Klik2 sahaja

Wednesday, April 10, 2013

Salmon Olio untuk bayi


Tidak menulis untuk satu ketika yang agak lama. Sibuk dengan urusan duniawi. Urgh. Kurang dua bulan sebelum mencuba sesuatu yang tidak pasti. Mudah-mudahan ini keputusan yang baik. Insha Allah.


Alang-alang cuti sakit, mari menulis blog. Resipi makanan bayi, Salmon Olio.



Bahan-bahan:


Ikan salmon (dicincang halus)

Tomato cherry (dicincang halus)
Segenggam pasta. Saya pakai pasta bintang Heinz. Klik untuk view gambar. (Ada halal, jangan bimbang)
Setengah bawang putih dan setengah  bawang merah. (ditumbuk lumat)
Satu sudu teh minyak zaitun
Sedikit daun parsley

Mula memasak:


1. Rebus pasta.

2. Toskan pasta sesudah ia masak.
3. Tumis bawang merah dan putih dengan minyak zaitun.
4. Masukkan salmon. Kacau. Sesudah salmon masak, masukkan tomato cherry. Masukkan air sedikit jika terlampau kering
5. Masukkan pasta. Kacau sehingga masak.
6. Tabur sedikit daun parsley. Kacau. 

Tadaa! It's ready!

                                         Cubaan pertama. Terlebih minyak zaitun tapi Sumayya suka sangat.