Ramadhan ini terasa lain macam.
Kali pertama Ramadhan bersama suami.
Kali pertama Ramadhan, lepas memandu pulang sendiri ke rumah. Sungguh penat.
Kali pertama Ramadhan, lepas memandu pulang sendiri ke rumah. Sungguh penat.
Kali pertama Ramadhan, sangat jarang solat tarawih. Sungguh. Tidak larat. Lepas berbuka, harus tidur.
Kali pertama Ramadhan, tak lalu makan. Biasanya, nak makan itu ini. Siap ada round. Tidak kali ini.
Kali pertama Ramadhan, masak sendiri dengan agak kerap dari biasa. Dan masak nasi ayam? Mahu masak lagi.
Kali pertama Ramadhan bawa anak dalam perut. Sudah bergerak-gerak dan sangat kerap kadang-kadang. Impaknya, diri terasa letih. Kenapa ya?
Kali pertama Ramadhan, banyak merungut kepenatan. Rasa berdosa juga. Semacam tak ikhlas.
Kali pertama Ramadhan, banyak merungut kepenatan. Rasa berdosa juga. Semacam tak ikhlas.
Sentiasa akan ada pertama kali untuk semua benda.
Syukur, aku masih hidup di dunia ini untuk merasa nikmat kali ini dan menambah amal jariah dek umur makin banyak, ajal makin dekat.
Terima kasih buat suami yang sungguh aku sayang. Sumpah! Sungguh sabar dengan aku yang kerap meragam itu dan ini. Sensitif lain macam sekarang.
Tesis oh tesis, pasti Dr. H fikir macam-macam negatif. Aku asyik tangguh waktu hantar. Aduhai, Aing.


3 comments:
First time mom. takpe. nnti lg besar baby lagi penat. mari bertabah. u can do it babeh
penat berjalan dan lenguh berdiri. ada hari aku sempat duduk dlm 2-3 jam je in total kalo weekdays (waktu bekerja la). duduk lama bile balik umah je. penat berfikir juga kdg2. tetibe aku kagum ngn mak sndiri. mngandung tp kene jaga anak yg ramai tuh, kene buat bekal anak bile g skola, amsak lunch dinner, dan bole berpuasa juga. meh kagum utk ibu2 kita.
hai aing saye rubiiiiiii
oh, say hai to baybeh alolo buat ibu dia pnat ye...
Post a Comment