Alhamdulillah, saya sudah bertukar status, saya sudah jadi isteri orang. Macam sekejap masa berlalu. Hujung 2004 kenal dia, awal 2011, nikah dengan dia.
Mak, ayah, adik-adik banyak membantu. Banyak sangat. Kalau nak balas, nak hitung semua, memang tak boleh balas, tak boleh hitung. Mak gembira bukan main. Ayah gembira juga tapi buat buat kool, tak tunjuk. Adik-adik seronok. Walau penat, rasa keikhlasan dan kemeriahan itu terbit dan mekar. Saya sayang kamu semua. Sayang. Sangat. Tak boleh hitung.
Tak lupa saudara mara yang membantu dan juga jiran-jiran pun banyak membantu. Bantu membantu dari segi tulang empat kerat, pendapat membina, kreativiti dan kritikan ikhlas. Ada yang menghulurkan bantuan kewangan. Terkejut saya. Sungguh, bukan itu yang kami harapkan. Ada yang datang balik hari kerana komitmen kerja, ada yang itu, ada yang ini. Terima kasih semua.
Bingit kemeriahan semalam terngiang-ngiang.
Ibu mertua, pakcik, makcik, sepupu, ipar duai dan biras-biras. Terima kasih di atas sokongan, bantuan, kerjasama dan apa saja kamu hulurkan. Terima kasih, menerima saya sebagai ahli baru. Saya, seorang yang banyak kekurangan. Saya cuba perbaiki mana kelemahan saya. Terima kasih kerana terima saya sebagai ahli keluarga kamu semua. Terbayang senyuman semua yang hadir ketika majlis ringkas pertunangan dan walimah kedua-dua pihak. Sungguh. Terima kasih.
Kawan-kawan, yang membantu dari segi persiapan dari tunang dan nikah. Kawan-kawan Mister saya dan dua kawan rapat sekolah saya. Ada seorang ni, siap tolong sponsor hantaran. Saya ingat kamu main-main. Beria betul kamu dan kamu serius. Malu, segan. Sungguh saya terharu. Terharu dengan kamu, kamu, kamu semua. Banyak sungguh saya hutang budi.
Tak lupa kawan-kawan bukan Mister atau bukan kawan-kawan sekolah, iaitu kawan-kawan rapat saya. Kamu teman saya, kamu bagi pendapat, kamu tolong saya, tak lupa yang mengkritik secara ikhlas dan macam-macam lagi. Macam-macam kamu semua tolong, nak senaraikan semua, tidak terfikir saya. Bila difikirkan, satu demi satu muncul di kepala kotak fikiran saya. Memang tidak boleh disenaraikan.
Dan doa kamu semua. Banyak sungguh jasa kamu. Banyak. Bila fikir-fikir balik, saya yang minta tolong banyak dari kamu semua. Saya doakan kelak apabila kamu perlukan pertolongan, saya ada si situ untuk membantu seboleh mana.
Kawan-kawan yang hadir. Sungguh saya terharu. Maaf, saya tidak berbual panjang, melayan kamu sebagaimana seharusnya saya melayan. Banyak kekurangan dari pihak saya dan suami, saya pohon maaf. Kedatangan, doa, senyuman dan hadiah-hadiah kamu semua (perlu ke tulis hadiah-hadiah?) amat kami hargai. Tanpa kamu semua tidak lengkap majlis kami.
Dan, untuk suami saya, terima kasih ajak saya nikah dengan kamu. Sungguh saya bersyukur. Saya banyak kekurangan, kurang serba serbi, dari segala segi. Kamu terima saya seadanya. Saya akan cuba perbaiki diri, jadi isteri solehah. Saya minta maaf jika saya tidak mampu. Tapi, saya akan cuba, sentiasa cuba.
Saya sayang kamu. Betul. Sangat sayang.
Yang paling utama, syukur alhamdulillah ya Tuhan. Kau permudahkan urusan kami. Kau makbulkan doa kami.
Kami memang kerdil. Kami memang lemah. Aku pohon panduan dan rahmat Kau untuk masjid ini kekal hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat-zuriat soleh dan solehah, sihat walafiat kesemuanya. Amin ya Tuhan. Amin ya rabbal alamin.
Nota kaki: Aku rasa entri kali ini sungguh peribadi dan sangat berlainan dari biasa. Oh, ya. Pejam celik pejam celik, sudah sebulan lebih saya menikah. !

6 comments:
Btol. Entri agak personal this time.
You and him look great together. Really GREAT.
I wish you all the happiness in the world.
saya sukakan entri ini.
at last. ada gak entri. jenuh aku tunggu. hehe. :)
Ho3, 3-3 kamu ada di dalam entri tersebut.
terima kasih naa chan dan sopi. Amin ya Tuhan. sopi, saya pun suka
Sara, nanti aku akan lebih rajin, hidup baru nak tersusun sikit
indah. indah. indah...segalanya yg indah untuk kalian berdua. Ameen ya Allah! =D
Amin. Terima kasih akak :)
Post a Comment