Klik2 sahaja

Thursday, December 9, 2010

Kasut Tumit Tinggi

Semalam aku bermimpi.
Aku harus bergegas ke satu tempat.
Dan aku mencari sepatu aku.
Kasut tumit tinggi?
Aku berkejar ke satu tempat itu memakai kasut tumit tinggi?

Buat yang mengenali diri aku, pasti kalian pelik sebab aku pakai kasut tumit tinggi?


Aku pun yang entah kenal diri sendiri entah tidak ini pun sangat pelik.



                                                                          Lama lagi aku nak punyai sepatu-sepatu sebegini kerana...




























                   Ini adalah aku.




 Kalau ya pun aku nak pakai kasut tumit tinggi, aku nak macam ni...




















Baru jelita.




Saturday, December 4, 2010

Kejam



Aku rasa semacam bila tengok gambar ni. Sukar untuk aku gambarkan.
Aku rasa macam...

Sedih. Sebak. Insaf. Kesal. Syukur. Bersalah.




Kejamnya dunia. Kejamnya manusia. Kejamnya kita. Kejamnya aku.

Friday, December 3, 2010

Buah

Teringat. Lepas tu aku senyum sendiri.

Di tempat kerja lama aku dulu (secara rasminya, itu satu-satunya tempat kerja tetap aku sepanjang aku hidup setakat ini), ada seorang teman yang suka mengusik secara spontan. Dia biasanya mengusik orang yang kecil.

Dia memang besar pun.

Tinggi. Tegap. Lebar.


Nampak gagah.

Dia N.



Satu hari, Cik F berjalan ke arah cubicle ku.

F: Saya rasa macam nak beli buah la awak.
Aing: Oh, buah apa? Di mana?
N: (Menyambuk dari cubicle beliau) Eh, F kan dah ada buah. Dua biji lagi tu. (Sejurus kemudian, dia ketawa)

Pipi F mula kemerah-merahan. Dia berkulit putih merah. Apabila dia marah dan malu, pipinya mula kemerah-merahan.

Hamba Allah (aku lupa siapa): Jahat N. Kalau mengusik... Haisy

Aing: Haish, N. Bukan F je ada buah. Awak pun ada buah juga kan.

N: (Terdiam sejenak). Wah, Aisyah menjawab.




*Aku rasa N malu. Dan dia seorang lelaki.





Dapat tangkap apa maksud buah N dan buah F.
Bukan buah ni, ya.



Nota kaki: Jarang-jarang orang panggil aku Aisyah.

Aura Pagi

Bangun pagi.

Aku dapat aura pagi.
Tentunya kerana itu pagi.
Walau sepayah mana, seperit mana kehidupan, semut-semut ini tetap gagah untuk meneruskan kehidupan. Kalau mereka manusia, pasti wajah mereka kelihatan seperti ingin terberak dek keberatan epal mereka.


Aku mahu jadi seperti mereka.

Ayuh!

Wednesday, December 1, 2010

Hari Negatif.

Rasa semua tak menjadi. Semua tak kena. Semua tak betul. Semua salah.










Negatif.



Tuhan, ampuni dosa-dosaku. Amin