Klik2 sahaja

Monday, October 25, 2010

Rindu Saat Itu

Memang aku rindu akan saat itu.
Bermain-main di dalam kelas sehingga ditegur pensyarah
Main tulis-tulis nota atas kertas sehingga pernah ditegur N, kawan sekelas dari Yaman
"Aing dan Sara, apa kamu buat?"
Pernah di syyy oleh Dr. K
Pernah Dr. S jenguk, mahu melihat apa yang kami tulis
Ketawa perlahan-lahan ketika rakan sekelas membentangkan hasil kajian mereka
Aku rindu.

Aku rindu berjaga malam
Aroma kopi kacip fatimah menyegarkan minda aku
Tekun menyiapkan tugasan dan kertas kerja sambil membalas sistem pesanan ringkas bertanyakan pasal tugasan yang sama
Tidak tidur semalaman
Kadang-kadang berjaga di bilik Sara
Pinjam kain batik Sara
Aku tidur, dia jaga
Aku jaga, dia tidur
Penat, letih
Namun puas
Sangat puas tatkala ia selesai
Terasa bijaksana
(Ketawa)

Aku rindu
Melepak di HS Cafe
Berborak bersama mereka
Sebaik pulang dari kelas atau peperiksaan akhir
Kemudian,
Sebaik pulang ke bilik
Aku tumbang
Tidur selena-lenanya
Sepuas-puasnya
Kadang-kadang aku matikan telefon

Aku rindu membelek nota-nota bersepah di atas lantai
Meminjam bertimbun buku dari perpustakaan

Aku rindu rasa rungsing
Aku rindu rasa resah
Dan
rasa puas
rasa lega
tatkala ia habis



Serius, aku rindu.

Terima kawan-kawan buat memori itu

2 comments:

Anonymous said...

i totally understand this feeling.i was like u.but we have to move on.am sure one day we will look back and glad that we have had this kind of feeling to be reminisced through out our life.

Faz-blog hopping :-)

liyana said...

i miss that too...now we're like selfish people who only cares for ourselves...no more studying together, just feeling envious towards each other while writing..