Klik2 sahaja

Friday, August 20, 2010

Itu Ramadhan

Teringat ketika kanak-kanak dulu.
Ramadhan itu, saat yang indah.

Aku kira, waktu itu, aku masih belum kenal apa itu pahala berganda. Aku tidak mengerti Ramadhan itu bulan disarankan kita beribadat. Aku tidak faham kenapa Ramadhan itu mulia. Dan aku tidak tahu Ramadhan itu seperti yang aku tahu sekarang.

Apa yang pasti, dulu, ketika kecil, Ramadhan itu, bulan yang aku patut rasa gembira.

Esok dijangka umat Islam akan berpuasa (sebab tengok kalendar). Jadi, malam itu, pukul 8.30 malam, aku sudah duduk tercangak di depan kaca televisyen.
Bersiap sedia.
Mahu dengar penyimpan mohor besar diraja buat pengumuman.
Walau dia cakap perlahan, aku tegar menanti. Dan sebaik dia cakap "tarikh satu Ramadhan jatuh kepada....(esok hari)"... Aku terus rasa gembira bukan kepalang. Begitu juga dengan adik-adik aku yang turut serta dengan aktiviti aku.

Esoknya, kena bangun sahur. (Aku memang liat untuk bangun).
Tapi, bangun sahur itu wajib untuk semua orang di dalam rumah aku.
Jadi, aku dan adik-adik bangun. Biasanya, lauk pauk ketika sahur, tidak meriah sangat. Tidak semeriah berbuka. Dan kami minum air panas seperti Milo O atau Teh O atau Kopi O.

Hari pertama di sekolah memang lemau. Tapi, kami berjaya harunginya dengan jayanya. Walau aku terpaksa berbasikal ke sekolah dan Matahari panas terik. Aku kira, aku sudah "get used to it".

Sebelah petangnya, sambil menolong mak aku menyiapkan bahan-bahan untuk aktiviti memasak juadah berbuka, aku akan tonton televisyen lagi.
Aku tonton waktu berbuka satu Malaysia.
Apa tujuan aku tonton itu, aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku selalu rasa seronok kerana kami di Terengganu berbuka awal dari sesetengah tempat di Malaysia. Rasa itu macam... seronok.

Ketika berbuka pula, kuih muih kegemaran aku ialah tepung gomok (orang biasa panggil tepung gomak), onde-onde, seri muka dan tapai ubi makan bersama santan.
Sedap.

Selepas berbuka, kami ke surau atau masjid. Kalau masa ketika di bangku sekolah rendah, aku akan kayuh basikal untuk ke surau. Waktu itu, aku malas ikut ayah aku ke masjid. 20 rakaat terawih, aku tidak mampu.
Jadinya, aku ke surau bersama adikku. Sambil mengayuh basikal, ada makcik-makcik bertelekung, berjalan kaki, berlampu suluh kecil, menuju ke surau. Ada pakcik-pakcik yang berjalan juga, atau berbasikal.
Ramai kanak-kanak sebaya aku berbasikal ke surau. Kalau ada yang berjalan kaki, kebiasaannya, menemani nenek mereka.

Ketika terawih, saat yang aku paling suka ketika habis solat terawih 2 rakaat, ada selawat dilaungkan bersama. Apabila tok imam melaungkannya dan jemaah lelaki menyambutnya. "Sallallahu wasallama alaih",
aku tidak tahu bagaimana harus aku gambarkan.
Satu perkataan.
Indah.
Sekali.

Dan sekarang, Ramadhan datang lagi. Sudah seminggu berlalu.
Kali ini, aku sudah dewasa.
Aku sudah jelas akan pengertian Ramadhan.

Jadinya, aku harapkan Ramadhan kali ini, lebih baik dari tahun yang sudah.

Ramadhan Mubarak, kawan-kawan.
:)

Terima kasih kepada seseorang. (Jika kamu membaca)

Wednesday, August 11, 2010

Keluh kesah

Serius aku rasa tak cukup udara untuk bernafas. Rasa macam tak sempat. Macam ruang ini cukup sempit.
(Kalau dalam kubur lagi sempit dari ini macam mana?).

Kertas kerja aku masih lagi di situ. Aku geram. Aku buat semua benda dari awal balik. Aku guna sepuluh artikel sebagai eksperimen. Aku kaji terus. Sekarang macam renyah sikit sebab aku macam dah buat tesis betul-betul untuk bahagian hasil kajian.

Aku rasa sungguh sibuk. (walhal aku tidur 6 jam semalam di siang hari, gara-gara makan ubat batuk dan selsema). Aku sepatutnya makan di malam hari. Pengurusan masa aku memang teruk.

Aku berhenti mengkaji sebentar. (Nak buat luahan, tiada sesiapa boleh mendengar. Ikut blog pun jadilah).
Oh, duniawi.

Aku hampir putus asa.
Kalau aku tahu tajuk Islamofobia sesusah ini, aku tak buat tajuk ini awal-awal.
Dr. S begitu tegar tidak suka akan tajuk aku. Dia cakap aku emosi dan aku tak layak untuk buat topik ini
(Mengeluh).


Tuhan, berikanlah kekuatan. Aku mahu teruskan.

(Mahu merenung masa depan).

Aku fikir kajian adalah sesuatu yang tidak pasti akan berjaya atau tidak. Habis tu, kenapa tak bagi aku peluang cuba dahulu? Kenapa sekat aku?