Klik2 sahaja

Saturday, July 24, 2010

Makhluk halus

Sakit  lama aku tu datang lagi. Kali ini lebih menyakitkan berbanding dulu. Ada kala aku rasa macam nak putus asa. Atau aku rasa tidak terkata apa, jadi aku nangis.

Manja.
Lemah.

Tak kisah lah apa orang sekeliling kata apa.

Ramai orang sekeliling aku khuatir, risau, bimbang dan mengambil berat akan aku. Jutaan terima kasih tak terbalas aku ucapkan. Lalu, bermacam spekulasi dan cadangan diutarakan.

Bukan aku tak mahu cuba, tapi aku sudah jadi keliru dan tak tahu nak buat apa. Aku cuba satu satu, ya. (Senyum).

Terima kasih.

Bukan ini kisah utama entri ini. Kisah utama kali ini macam mana nak mengelak gangguan hantu.

Mak aku, bukan main tak percaya ketika aku main teka-teka. "Ada hantu di badan Kaq agaknya."
*Kaq: Panggilan mak, ayah dan adik-adik.

Tadi, persepsi dia berubah lepas bawa aku jumpa bidan kampung. Bidan tu cakap mungkin ada pelesit melekat di badan aku. Jadi kami pergi jumpa Pak cik yang boleh baca ayat-ayat Quran untuk halau makhluk-makhluk halus.

Aku tanya, "Betul ke ada, Pak cik."
"Huh, sikit sangat yang singgah. Sikit sangat. Tak usah risau." Riak wajahnya seumpama berkata, ada besar tahi gigi je.

Aku yakin mak aku kecewa. Sebab dia percaya bidan tu cakap apa.
Bukan bidan tu cakap dengan yakin. Dia ada sebut "mungkin".
Mak aku yang cepat risau. Lantas, dia cerita pada ayah aku dan kami bergegas ke rumah Pak cik ini.

Teringat zaman sekolah dulu. Duduk asrama.
Asrama mana tak ada hantu ya.
Masa tu aku tingkatan dua. Aku tak tahu masa tu musim hantu apa. Sekolah aku banyak hantu.

Yang aku ingat orang cakap pakai baju terbalik nanti hantu tak kacau. Jadi, malam-malam, lepas solat Isyak berjemaah atau minum malam, aku balik bilik dan terus tukar baju, pakai baju tidur atau kemeja T terbalik.

Lagi satu cara, pakai stokin sebab hantu masuk ikut ibu jari kaki.
Pakai stokin kira macam melindungi ibu jari kaki kita dari terdedah kepada makhluk-makhluk halus.
Ni apa orang cakap la.
Jadi, kalau aku tak ada stokin waktu itu, aku akan tidur bersila untuk memastikan hantu tak berjaya masuk ke dalam badan aku.

Aku tak tahu betul ke tak.
Yang pasti, sampai sekarang, aku masih tidur bersila jika aku rasa seram.

Tuesday, July 20, 2010

:(

I feel like shit. Unwanted. Useless.
How does it feel when you have been rejected? This is the feeling.
A loser. :(
Perhaps so.

Ustaz I once said that everything is a test. Every single thing happened in our lives comes from God so there are good reasons behind it. I have tried to digest this.
Still trying to do it.

I hope everything will be okay by tomorrow or the day after tomorrow, or this week. The sooner the better.

Oh, God, please show me the way how to deal with this. Amiin

Thursday, July 8, 2010

Kata mereka

Pucat.
Cengkung.
Kurus.




Thanks for your concern friends. :)



Aku bersyukur aku masih bernyawa.

Tuesday, July 6, 2010

Hadiah untuk keluarga

A: Banyak membeli belah kali ini
B: Untuk keluarga di Palestin.
A: Oh, kirim guna pos, ya?
B: Tak. Mana mungkin. Kiriman pos dari luar tidak akan sampai ke tangan mereka
A: (Kelu, mencari perkataan)
A: Jadi, mahu bawa pulang ya? (Senyum)
B: Aku tidak tahu mereka masih hidup atau tidak sebaik aku pulang ke Palestin nanti
A: (Kelu lagi, mencari perkataan).
A: Maafkan aku bertanya, kenapa kau beli untuk mereka kalau begitu.
B: Untuk sedapkan hati, tanda aku masih punya keluarga. 

Bergenang air mata B ketika itu, buat-buat sibuk mengemas barang. 













Yahudi, kaum yang dilaknat.


Surah Al Maa-idah: 78 - 79 
"Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Mariyam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan." 

Surah Ali Imran : 112
"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) dimana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum- hukum Allah)

Friday, July 2, 2010

Guilts

I know I shouldn't have said that
And I know you won't be reading this
And I don't know why I posted this here
I am truly sorry
Sorry sorry sorry sorry
:(