Klik2 sahaja

Sunday, June 27, 2010

Tawar

Air kalau tawar, boleh letak gula.
Hati kalau tawar, gula tak makna apa-apa.

Tuesday, June 22, 2010

Tak salah kalau sensitif, tu tanda kau ada perasaaan

Aku baca wall post kawan aku tadi, aku terdetik, kenapa? Kenapa? Kenapa ada orang kurang sensitif. Lepas tu, bila mereka kurang sensitif, ada orang yang sensitif ni terasa. Bila yang sensitif ni terasa, orang lain kena ejek-ejek dan melawak, seolah-olah yang sensitif ni salah.

Tak salah kalau sensitif sikit, hormat lah sikit orang yang tengah terasa tu. Bukan semua benda boleh diketawakan. Ada benda yang boleh ketawa, ketawalah sampai luruh gigi. Ada benda yang kena diam, ayuh diam. (Aku ni macam bajet bagus pula, ya).

Kawan aku nama Mariam. Dia tulis.
"Nama saya Mariam, bukan Meriam".

Lepas tu, ada orang ejek ejek lagi, Meriam dan blablabla. Dia tegaskan lagi sekali. "Saya Mariam, bukan Meriam"

Itu nama orang. Kenapa perlu suka suki tukar nama orang.

Dalam nama aku ada Aisyah. Dua tahun lepas ada orang panggil aku Esah. Aku tak suka. Ya, aku sensitif.
Aku cakap. "Aisyah. Bukan Esah"
Dia cakap. "Esah Esah Esah"
Aku memang sensitif dan terasa lalu aku cakap. "Pendek pendek pendek"

Haa. Kan aku pula yang tak sensitif.
Dia diam, berlalu pergi. Dia tak panggil dah aku Esah.



Ya, aku tahu aku tak sensitif. Siapa suruh buat aku dulu?

Sunday, June 20, 2010

Ngomelan peribadi

Banyak benda berlaku Jun kali ini.

Kawan baik saya selamat diijabkabulkan dengan orang yang dicintai. Alhamdulillah. Aku doakan kau bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang sihat, comel, soleh dan solehah. Amiin.

Kawan baik saya bertunang dengan orang yang dicintai. Alhamdulillah. Aku doakan agar proses-proses seterusnya dipermudahkan olehNya. Oleh kerana darah kau manis, kurangkan gula dalam minuman. (Hehe).

Buat kali pertamanya, saya membentangkan kajian saya di persidangan antarabangsa. Saya kecewa dengan persembahan saya, namun itu yang terbaik saya mampu lakukan. Harapnya, di masa akan datang, saya boleh jadi lagi baik!

Terlaksana sudah persidangan di tempat kerja saya. Hari terakhir saya di pejabat itu pada 30 Jun ini dan saya akan pulang ke kampung untuk berehaaaaat! sementara menunggu semesetr baru bukaaaa.

Saya wajib cari kerja baru Isnin ini. (Hantar resume di semua tempat!)

Saya wajib siapkan pembetulan kertas kerja. (Bila mau siap tesis, kalau asyik bertangguh ya, Aing)

Saya wajib hubungi adik saya. Sesi menasihati adik saya. (Paling penting!)



Saya sungguh penat. Dan letih.



Saya gembira. Saya syukur. Masih bernyawa saya pada hari ini.


Sarah dan Nissa, ayuh bercinta!

Wednesday, June 2, 2010

Duit, di mana kau?

Rezeki ada di mana mana. Aku tahu.
Pasti. Sangat pasti.

Tapi, sekali sekala, rasa ini datang jua.

Duit duit, di mana kau duit.
Duit duit, di mana kau duit.
(Baca macam dalam lagu tu laaa).