Klik2 sahaja

Sunday, May 30, 2010

Kisah betul orang yang saya sangat kenal.

Sibuk.
Ramai pelanggan.
Jalan laju-laju.
Buat kerja cepat-cepat.
Senyum.

Itu yang bermain di dalam fikiran N.

N melangkah selaju mungkin. Namun masih berhati-hati.
Membawa timbunan pinggan-pinggan ke belakang.

"Oh, my God! Shit!" Entah dari mana bunyi manusia menyumpah.
N berpaling kiri dan kanan.

"Shit!" Gema di dalam hati sahaja. N tertumpahkan sos dari dalam pinggan yang sedang dibawanya ke atas kasut manusia itu.
"Sorry," N rasa bersalah amat sangat. Kesal. Dia cepat-cepat berjalan ke belakang, membawa pinggan-pinggan itu.

N bergegas ke depan. Berjalan ke arah pelanggan tadi.
"Sorry. Saya tak perasan," N memang kesal amat sangat. Teramat sangat.

Pelanggan itu, seorang lelaki, lewat belasan tahun. Mungkin.
Melayu.
Tampak muda.
Berjaket mahal.

Gadis di depannya menjeling tajam N.
Cantik.
Seksi.
Sedang memujuk lelaki itu, mengusap-usap lengannya.

"Sorry," N masih di situ. Kelu.
Lelaki itu nampak tertekan.
"Sorry, saya betul tak perasan. Saya sanggup buat apa saja."

Itu satu kesilapan.

Sebaik N mengucapkan kata itu, lelaki itu mendongak. Memandang tepat ke arah muka N.
"This is Adidas, 3 stripes, blablabla, limited edition. I bought it for 700." Ada nada tegas.
N telan air liur. N tak ingat jenis kasut itu. Yang dia ingat, panjang namanya.
"Saya tak ada duit nak ganti. Saya buat apa saja tapi nak ganti tak mampu," N ingin menangis.
"It was your fault," gadis seksi itu menyampuk.
"Saya minta maaf," terasa bergenang air matanya.
"Apology can't undo what you've done." Sinis, dari lelaki itu.
"Saya cuba cuci kasut awak," ujar N, terasa lemah sendi-sendinya.

Lelaki itu senyum sinis, menghulurkan kakinya dari bawah meja.
N pandang kaki lelaki itu.
Lelaki itu memandang N.
N menundukkan badannya, melutut di atas lantai, meleraikan tali kasut, mencabut kasut itu dari kaki lelaki itu.

Mr. E datang. "Apa ni?"
N bingkas bangun, meluru ke belakang.

Mr. E cuba menenangkan pelanggan lelaki itu. Pelanggan-pelanggan lain menyaksikan kejadian itu.
Mr. E gagal. Dia meluru ke belakang.

N sedang mengeringkan kesan kotoran itu. Kotoran asal hanya sebesar kuku ibu jari tangan N. Selepas dicuci, kesan kotoran masih ada, sedikit pudar, tapi membesar sebesar ibu jari kaki N.
Ada cecair basah mengalir di pipinya.

"You balik. I cuba settle down dengan ini budak," pujuk Mr. E.
N diam. Kerongkong terasa disekat. Dia cuba bersuara. Namun gagal. Khuatir air mata makin deras mengalir.

"Aiya, N. You balik la." Mr. E mencapai kasut itu.
"No, it's okay," N tunduk. Memejamkan mata, menarik nafas.
Dia melangkah keluar.

Lelaki tadi menghulurkan kaki dari bawah meja. Sekali lagi. N menyarung kasut itu.
Mr. E berdiri di belakang N. Mencekak pinggang.
Lelaki itu tunduk, memandang kasutnya.
"The stain is still there." Marah
"Saya dah buat apa yang saya mampu buat."
"You have to pay."
"Saya tak ada duit sebanyak tu."
"I don't care. You have to pay."

N mengeluh, berjalan laju, keluar dari restoran itu.
Melilau. Air mata mengalir laju.
Buntu.

Dia berada di KLCC. Ada banyak kedai. Dia boleh beli dan ganti kasut lelaki itu. Dia sanggup belanjakan duit gaji dia bulan itu.

Air mata mencurah-curah.
Terasa bahunya, disentuh lembut. Dia berpaling.
Dua temannya, dari restoran itu.
"N, kau balik. Mr. E suruh kau balik."
"Aku kena....." N menangis teresak-esak.
"Ok. Ok. Jom kita cari kasut dia sama-sama." Temannya itu cuba memujuk N.

Mereka bertiga ke kedai Adidas dan Isetan.
Memang jenis kasut itu edisi terhad. Habis.

"Macam ni. Kau balik. Mr. E suruh kau rehat. Lelaki tu macam sial. Bodoh."
N masih tersedu-sedu.
"Baliklah N. Rehat. Esok ada kelas tak?"
N masih tersedu-sedu, menanggalkan apron.
"Aku....." berderai. Apron dihulur kepada mereka.
"Ya. Ya." Mereka mengangguk.

N sedih. Sangat. Teramat sangat.

Selepas peristiwa itu, N cuti dua minggu. Peperiksaan akhir semester.

Ketika dia bercuti, lelaki itu datang ke kedai, membawa ayahnya. Untuk menuntut ganti rugi mungkin.

Ayahnya terkejut sebaik berjumpa Mr. E.
Mr. E, pengurus di situ, teman akrabnya.

"Ini anak lu ka? Sial la you punya anak. Suruh budak saya melutut cabut kasut dia kasi cuci. Ini ambil kasut you, saya sudah hantar kedai Adidas kasi cuci, nampak macam baru. Ini I kasi 200, you jangan masuk ini kedai lagi." kata Mr. E.

"Mr. E, jangan ini macam. Saya minta maaf. Anak saya ni muda. Tak reti fikir. Mana budak tu. Saya mahu anak saya minta maaf." Lelaki separuh abad itu nampak malu.

Anaknya tunduk.

"Dia pelajar lagi maa. Final exam, cuti 2 minggu." Mr. E menyampah.

"Saya mahu jumpa dia sangat. Kami ambil kasut je. Duit you tak payah bagi." Lelaki separuh abad itu mengeluarkan duit dari dompetnya.

"Apa ni. Tak payah. Itu budak tak nak you punya duit. You balik sajalah. Jangan kasi you punya anak datang ini restoran lagi. Kalau mau makan, pergi branch lain."

"Yelah, Mr. E. Kirim salam itu budak ya." Lelaki itu senyum, menghulur tangan, berjambat salam.

 Mr. E sambut salam itu. Dan dua beranak itu keluar dari restoran itu.

Thursday, May 27, 2010

Sangap

Entri tahun lepas. Haha.


Susah bila ketagih. Lagha, kata orang.

Seingat aku dulu. Zaman kanak-kanak. Aku ketagih novel atau buku cerita.

Meningkat remaja, ketagih komik. Habis duit aku. Nasib duduk asrama. Boleh duit poket lebih. Ayah bagi dan biasiswa. Isy. Memang lagha. Masuk matrikulasi, aku tambah sikit hobi ketagih aku. Majalah. Bila aku fikir balik, perlu ke semua ni?

Memang tak perlu. Komik dan majalah. Habis duit biasiswa kerajaan.

Dan, seterusnya. Dek umur meningkat tua. Minda bertambah tajam. Aku mula menerjahkan diri aku ke dalam dunia yang lebih kreatif. Animasi Jepun atau anime dan permainan komputer. Aku lalai sehinggakan terpaksa sorok komputer riba. Gara-gara aku kemaruk dan rindu serta sangap.

Di tahun akhir pengajian. Aku terjurumus ke kancah Sudoku. Ini paling merbahaya. Namun aku tegar.

Kini, setelah aku tamat pengajian. Bekerja selama enam bulan. Aku lupa akan Sudoku. lenyap. Tenggelam...

Dan aku pada hari ini, di dalam semester kedua, pengajian Sarjana. Aku tewas lagi kepada Sudoku. Kenapa kau cuba hancuri hidupku? Kenapa kau kawal tangan dan minda ini? Lantas aku gagal. Gagal bermadu asmara bersama Semantics. Oh, Dr. S. Aku gagal kerana Killer Sudoku ini sungguh payah dan menyebabkan aku terjerat dengan api cintanya yang marak menyala. (Mengeluh)



















A Boss and an Employee

The Boss: TB
Bad employee: BE

TB: I need them ASAP
BE: We don't have the full list yet. There will be changes
TB: Just give me what you've got
BE: -

On the next day

TB: They don't match. Your list and the most current ones
BE: You told me to give you what I've got. I've told you that there will be changes
TB: What about X. It doesn't match. (Change the topic)
BE: This is what I have received
TB: X gave me other thing. X sent me an email, telling me the details
BE: I don't know. This is what X gave me.
TB: -

After 5 minutes.

TB: I've told you. what I've got is the right one.
BE: Give me the details, I'll update them. (Annoyed)

BE was thinking. TB wanted the list. What the hell with X that TB just brought in.

__________________________________________________________________________________


TB: Prepare these letters. I need them today. Send them today.
BE: There are a lot of stuff to do. Why don't we send them next week. This is not urgent. It is due in another 2 months.
TB: I need them by today.
BE: Ok. shgdfcfhfddfhvfv hj

After a few hours

BE: You want to check them first? Softcopy or hardcopy
TB: Do not produce them yet. There will be changes. Btw, where is the list that I asked you yesterday?
BE: -


BE left the room and...
___________________________________________________________________________________


TB texted BE.
TB: Come today. Urgent.
BE: I got an MC. I really cannot work.
TB: It is urgent. I need you.

BE went to work.
BE prepared all those urgent stuff.
After 2 hours, BE finished doing them.

BE: It is done. What's next?
TB: You look sick. Are you okay? I will send you to the hospital, if you want to (smiling)
BE: I'm good. What's next. You said it is urgent
TB: I think you may have a break now. Go back. After all, we cannot do anything because Big Boss (BB) is on leave today (smiling)
BE: You said it is urgent.
TB: I forgot that BB is on leave.

BE left.

___________________________________________________________________________________

TB: You have to come on Thursday
BE: I already bought the ticket. I will come on Monday
TB: It is urgent. I am afraid we cannot make it on time. Come on Thursday
BE: I'll try.

BE bought a new ticket. On Thursday morning, BE texted TB.

BE: I'll come today
TB: Come on Monday.
BE:-
___________________________________________________________________________________

TB: Find me a few songs. I want listen to them while I am working. In MP3 format
BE: Why should I do it
TB: Because I did not manage to find them through online
BE: Shame on you. Google it
TB: I've tried. Didn't work.
BE: Google doesn't like you
TB: Why
BE: You are not cool
TB: What do you mean by that
BE: Don't get too serious. Your life has no fun if you get too serious
TB:  -


___________________________________________________________________________________


TB: What are the most current news for now. Other than Aminulrasyid
BE: Election in Sibu, another teenage got shot, Riots in Thailand...
TB: Not interesting. Other issues?
BE: Why don't you read the news by yourself.
TB: I want a shortcut
BE: Hire me to be your broadcaster then
TB: -











This is life. Life is beautiful.

Monday, May 24, 2010

Tagged

Lama dah tak jawab tag. Di kala di rumah, sambil menidurkan anak saudara. Huh, aku seorang makcik. Aku jawab tag ini. Dari: si Bella.

3 names in your message inbox:
1) L
2) D
3) Saufi Amri

Your main ringtone:
Hey Man (Now You're Really Living) - Eels

What you did at 12 last night:
I slept

Who was the last person you went out with?where?
Ayue, Batu Burok Beach - hoho, classic!

The colour of t-shirt you're wearing now
blue shirt

The last thing you did
 gossiping with my mom

3 of your everyday favourite items
my computer, journal articles?, and news reports from USA Today (I really have to)

The colour of your bedroom
white, dull orange

How much money in your wallet now?
RM20

How's life?
I'm trying my best to be on the right track.

Your favourite songs:
Alones - Aqua Timez
If You Want To Sing Out, Sing Out - Yusuf Islam
Life is Like A Boat - Rei Fu
Empty Decorations - Indecisive
Bunyi Gitar - P Ramlee
Bad Day - Daniel Powter
Nobody's Home - Avril Lavigne

What will you do next weekend:
TBD

When was the last time you see your mum?
30min ago

Where is she now?
Her room

Who is the last person that talked with you last night?
Ayue

The last surprise you got?
a week ago. Sort of

The last thing you borrowed from your friend?
Nail clipper

Who is your bf / gf / husband / wife?
A human being. Heh


What do you feel right now?
Panas!

Wanna share with who?
Sesiapa la

Who know your secret?
God knows everything. Good friends of course. You know who you are. :) 
 
They keep your secret?
I believe so.

Are you angry with someone?
Things happened and I forgive but don't forget

Do you order at Mc'D?
Sometimes. It is a rare chance.

The last time you feel so sad?
Last 2 weeks

Mahu tag?
D
SaufiAmri
Fifon
Lina Chan
Sara
dan sesiapa saja yang baca blog ini. Muahaha

Tuesday, May 18, 2010

Mulut berbau

Satu suap.
Dua suap.
Aku mengunyah perlahan.

Senggugut.
Kesakitan itu cuba aku lupakan.

Aku menyuap lagi.
Dan mula mengunyah.

Tiba-tiba, ketika mengunyah...
Krupp. Ada bunyi. Aku tergigit sesuatu.
Aku berhenti mengunyah. Dan rasa macam ada benda mencair di dalam mulut aku.

Dan rasa semacam.

Rasa macam berangin. Hancing.Dan bau busuk.
Aku menghidu lagi.

Bau longkang, agaknya, fikirku. Ragu-ragu.

Aku hidu lagi.
Tak! Longkang tak berbau. Aku terus menghidu.
Sah, bukan bau alam sekeliling. Longkang mahupun apa saja.

Aku teruskan mengunyah. Rasa semacam. Dan berbau. Busuk.
Aku hembus nafas ke tapak tangan aku dan aku cium bau itu.

Shit! Aku ludah makanan yang belum lumat dikunyah itu ke atas pinggan. Bau itu datang dari mulut aku. Aku teguk air habis segelas. Aku hembus nafas lagi ke tapak tangan. Masih berbau.

Aku tengok jam. Pukul 11. Pagi. Aku bergegas ke kedai. Beli Mentos. Dan kunyah satu demi satu. Bau itu masih lekat. Serius, aku loya.

Pukul 5 petang, aku bergegas pulang. Sebaik tiba di bilik, aku gosok gigi lama-lama. Aku kumur guna Listerine lama-lama. Aku kumur guna air paip lama-lama. Aku teguk air masak banyak-banyak.

Aku hembus nafas ke tapak tangan. Bau sudah hilang. Syukur.

Aku terfikir. Apa aku makan tadi.






Telur cicak?

Thursday, May 13, 2010

Orang-orang yang kena masuk kelas Common Sense

Ramai orang yang aku rasa kena masuk kelas Common Sense untuk mengharungi kehidupan ini. Bukan bermakna aku bagus sangat tapi, aku rasa mereka memang kurang sensitif, kurang sensitif dan kurang sensitif dan kurang rasional. Mungkin.

1. Orang yang bila berborak tu, semua benda nak tegur. Tak fikir dulu, itu mungkin isu sensitif bagi sesetengah orang. Contoh ayat:

Pendeknya tunang kau.
Aku jumpa kau, asyik pakai baju sama je. Takde baju lain ya?
Cantik jerawat atas hidung.
Hidung dia kembang. Nanti dah kahwin, mesti hidung anak-anak dia semua kembang.

Ada sekali tu, aku berborak bersama 2 manusia. A dan B. Aku dan B berborak berkenaan zaman susah kami. Tiba-tiba A mencelah, "Aku hidup tak pernah susah." (Muka bongkak). Dia memang jatuh dalam kategori yang sama.


2. Orang yang  bila kita  sedang beratur ramai-ramai nak naik LRT, mereka suka tolak-tolak, macam mereka tak sabar-sabar nak pergi berak dan umpama LRT tu tandas mereka untuk berak. Nak je aku jerit, Sabar la woi!

3. Orang yang dalam surau di mana mana pusat beli belah atau kemudahan awam, bercakap telefon atau berborak dengan kawan dengan menggunakan tona suara yang kuat. Orang tengah solat woi!

Orang seperti ini mungkin ada di dalam panggung wayang juga. Nak borak, jangan tonton filem la woi!
Dan ketika menonton teater.


Orang macam ini mungkin ada di dalam perpustakaan juga. Mereka akan sentiasa lupa diamkan telefom bimbit mereka. Dan apabila mereka berborak dengan tona yang kuat, mereka mungkin akan di syyy. Apabila ini berlaku, mereka akan syyy kita balik.

4. Orang yang suka pakai duit kita. Contohnya, teman serumah kita, kita beli barang untuk seisi rumah. Dia akan pakai barang-barang itu tapi tak reti nak topup balik. Contoh: makanan, makanan, makanan, minuman dan sabun dan lain lain.

Tapi bila barang-barang yang mereka beli habis, mereka persoalkan siapa habiskan barang-barang mereka . Mereka sebenarnya marah dan rasa digunakan. Mereka juga selalu kirim beli apa-apa, tapi tak bayar balik. Itu kirim, bukan belanja.

Mereka juga suka pinjam duit kita dahulu tapi tak reti nak ingat dan bayar balik. Tipulah kalau dah lebih sepuluh kali bayar duit aku dulu, kau tak ingat kan?
Awas, mereka ini orang yang pandai ambil kesempatan.

5. Orang yang bila nak minta tolong, layan kita macam kawan lebih sepuluh tahun kenal. Lepas dah dapat apa yang mereka mahu, mereka akan buat-buat tak kenal atau rapat dengan kita. Contohnya, dalam kelas, mereka tak ada kumpulan untuk buat tugasan. Mereka tanya baik-baik: Cukup lagi tak orang?
Orang berbudi kita berbahasa. Habis kerja kumpulan, kita jumpa tengah jalan, kita senyum. Dia senyum tak ikhlas. Atau, buat-buat tak nampak, atau jeling je umpama dia artis, kita sampah.

Ada juga bila dah biasa berkepit dengan kekasih hati, bila putus cinta, asyik nak berkepit dengan kita. Ok. Memang mereka perlukan kawan. Tapi, dulu-dulu, masa zaman mereka syok bercinta, kita hubungi mereka, mereka cakap,

I need some space for myself

Tapi sekarang, bila dia sunyi, kita tak dapat temani mereka kerana urusan-urusan yang tak dapat dielakkan, kita dicop sebagai bukan kawan yang baik. Atau mereka akan berkata,

Yelah, kau ada teman perempuan/lelaki, aku tak ada sesiapa.

Padahal kita tak dapat temani mereka sebab kita ada urusan kerja, keluarga dan apa-apa je.


6. Orang yang bila kita cerita kesedihan kita dan kita perlukan pendengar, dia bagi jawapan yang konon selamat. Contoh,

Dah bukan rezeki
Dah bukan jodoh

atau jawapan yang tak selamat


Kan aku dah cakap

Itu hakikat, tak payah cakap. Boleh nak cakap, tapi ada caranya. Tapi sebenarnya wahai manusia, bila orang bercerita, mereka hanya perlu pendengar, bukan penyelesai masalah. Memang perlu komen sedikit, tapi ada caranya. Entahlah, aku memang bukan pakar.


Ada juga, apabila kita bersemangat untuk bercerita, dan mungkin mereka tak berminat akan isu itu, jadi mereka cakap,


Aku tak berminat pun 
Aku tak heran pun
Ada aku kisah


Tapi bila mereka bercerita berkenaan benda yang kita memang tak kisah, mata mereka bersinar-sinar, bulat, bercahaya, umpama mengharapkan kita perlu berminat dengan cerita mereka.


Dan banyak lagi contoh lain...





Aku tahu manusia tak sempurna.

Monday, May 10, 2010

Ratu

Pernah sekali tu, aku terbangun tengah malam. Aku nangis. Kerja sekolah Matematik tak siap. Aku takut akan cikgu Matematik aku. Cikgu Abdullah. Dia garang. Sangat. Aku buka lampu, aku ketuk pintu bilik dia.  Dia ambil kalkulator. Kalkulator besar gedabak. Sambil nangis, sambil aku kira pakai kalkulator besar gedabak tu. Dia temankan aku sampai kerja sekolah aku siap.


Pernah sekali tu, aku cuci pinggan mangkuk. Ada benda pecah dalam singki. Tangan aku terkena kaca. Lepas cuci aku cuba keluarkan kaca tu. Tak berjaya. Aku cuba lagi sampai tertidur atas lantai. Bila aku bangun tidur, kaca tu dah tak ada. Dia keluarkan masa aku tidur, lepas tu dia sapu minyak gamat, dia balut dengan cebisan kain buruk yang dikoyak.

Pernah sekali tu, aku kena anyam kertas-kertas bewarna, jadikan macam tikar bentuknya. Macam tikar mengkuang. Tapi tak sebesar tikar mengkuang. Itu untuk kelas Pendidikan Seni. Aku buat. Buruk. Pagi esok, nak pergi sekolah, aku nampak satu anyaman elok terletak di tepi beg sekolah aku. Aku rasa itu kerja dia.

Itu semua kisah aku ketika di sekolah rendah. Dia sentiasa ada bila aku perlu dia, walau aku tak beritahu aku perlu dia.

Aku tak rasa aku selalu ada bila dia perlu aku. Aku jahat.

Dia sebut Mister, walau dah lebih sepuluh kali aku betulkan. "Master la."

Dia sebut kokanh. Aku tanya apa tu. Dia cakap, "Ala yang makan dengan susu, iklan dalam tv tu." Itu Koko Crunch.

Dia sebut liktop. Dia sebenarnya nak sebut laptop.

Dia tak sekolah. Dia buta huruf. Dia tak kool di mata sesiapa.

Tapi, dia kool di mata aku.

Dia ratu aku dari dulu, sampai bila-bila.






Selamat hari ibu, emak.


                     Macam ni la lebih kurang kalkulator tu. Aku tak tahu mana ayah aku kutip. Masih ada dalam stor rumah kami.

Friday, May 7, 2010

Bila kehidupan berterabur



Kehidupan aku tak tersusun. 

Berkecamuk. Serabut. Bersepah dan yang sewaktu dengannya.

Sebaik aku pulang kerja, aku nampak atas meja bersepah. Atas katil semak. Atas lantai berterabur.

Ada buku-buku yang aku tak tahu bila aku akan baca dengan tekun. 
Benda-benda kecil (ada pelbagai benda yang harus aku kemas, berterabur).
Wayar-wayar berselirat.
Pakaian tak terlipat.
Gunting tepi katil?
Botol kosong atas meja?

Serius aku rimas.

Aku rasa ini waktu keserabutan aku fasa ketiga. Aku kecewa dengan diri aku.
Tak berdisiplin. Malas.

Teguran Dr. H membuatkan aku murung. Kemurungan bak kata kawan-kawan rapat aku. Niat dia baik. Semestinya. Namun, aku terasa. Hati tercalar. Ego pun tercalar. Aku tahu aku malas. Teruk sangat ke kerja aku? (Teruk lah, kalau tak, takkan ditegur sebegitu rupa).

Bila nak siap kalau begini keadaannya aku? Itu malas. Ini malas.
Aku terasa bodoh. Dan miskin.

Semalam cirit birit lagi. Lagi berterabur. Lepas tu jerawat-jerawat mendarat di muka aku. Pedih betul kawasan dagu ni. (Mengeluh).

Bila fikir-fikir balik. Aku patut bersyukur. Bukan senang nak senang.

Teringat waktu sakit dulu-dulu.



Aku banyak merungut. Tapi masalah tak selesai.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Satu jalan. Ikhtiar

                                                                                      gambar dari sini
                                                                           




Saturday, May 1, 2010

Bergesel dengan orang ramai yang padat dan gamat


Gamat. Padat.

Itu maksudnya sangat riuh dan sangat ramai orang. Aku di pesta buku. Aku sudah dapat buku yang aku mahu. 

Sebenarnya bukan buku itu yang aku mahu beli tapi dek kepadatan orang yang membuatkan aku terpaksa menggesel semua orang, aku mengalah. Aku beli buku ini sajalah. Menarik intipatinya.

Aku menunggu AA. Dia beli buku umpama beli stok dapur sebulan. Tabah. Aku cari ruang yang aku rasa udara segar-bugar sedikit dan ada ruang untuk kuak lentang. Baik, di penjuru itu.

Tiba-tiba aku terpandang dia. Di sebalik kepadatan orang, dia mencelah-celah untuk berjalan. Tampak tenang. Wajahnya telus. 

Senyum. 
Bersih. 
Ikhlas. 

Aku tersenyum sendiri. Aku doakan kau diberkati olehNya, dunia akhirat.

Dia bukan orang yang kukenal. Dia seorang remaja perempuan. Awal 20-an mungkin. Memeluk erat lengan ayahnya (aku rasa). Sambil bercerita dan ketawa. Lembut sahaja. Apa yang mengharukan aku. Ayahnya senyum, mendengar celotehnya. Dan ayahnya seorang buta.