Klik2 sahaja

Tuesday, April 13, 2010

Hisap Rokok


Waktu itu aku darjah empat, umur sepuluh tahun.

Di dalam kelas Matematik. Cikgu mengajar Cikgu Mahmud. Biasalah, selang seli pengajaran, cikgu suka bercerita. Entah macam mana, tersasar cerita rokok. 

Pesan Cikgu Mahmud kepada kami: 
"Kamu jangan merokok. Bla bla bla (Aku lupa)... Jangan bila pulang ke rumah, curi rokok ayah atau abang, pergi merokok di dalam tandas".

Aku tidak tahu nasihat itu dilontarkan kepada siapa. Apa yang aku ingat, aku pulang ke rumah, aku mencari peluang. Aku curi rokok ayah aku sebatang. Dunhill Double. Kotak rokok bewarna emas ada garis garis merah. Aku pergi hisap rokok di dalam tandas. Lepas habis sebatang aku tunggu dan flush sisa rokok. 

Rasa hisap rokok? Biasa je. 

Kesimpulannya, aku tidak tahu bagaimana murid Tahun 4 Mawar menerima nasihat itu. Tetapi, aku percaya akan konsep 'Budak-budak tak boleh larang, makin dibuatnya nanti'.

4 comments:

diana ghazali said...

haihh.. mcm mana ye nak suh org berenti smoking. bahaya kesihatan, tak tahu ke. huhuhu

ainguzzle said...

Masa aku isap habis sebtg tu, aku tak rasa nikmat pon. Aku pelik. To masa tu aku tak pk bahaya ke tak. Hehe.

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

isap rokok bes. baru paru2 kuat. haha

ainguzzle said...

hahhahah. tergelak aku. kuatnya paru2 mereka.