Klik2 sahaja

Tuesday, April 27, 2010

Ustaz MR dan 'Subuh Gajah'


Tatkala azan Subuh berkumandang, ramai pelajar yang masih lena. Mungkin ada yang separa lena. Aku diantaranya yang separa lena. Aku, sedar tak sedar, terdengar orang melangkah keluar masuk dorm. Katil aku letaknya di bahagian depan dorm, 5-6 langkah menuju ke pintu depan. Kesibukan manusia-manusia itu tentunya kedengaran dek lokasi katil aku itu.

Aku rasa silau, ada orang buka suiz lampu depan, mungkin. Namun, aku masih degil. Air kencing syaitan dah segelen agaknya dalam telinga aku. Aku memang tegar dan malas untuk bangun untuk berjemaah solat Subuh di surau asrama. "Sembahyang di dalam dorm, sembahyang juga. Asal sembahyang sudah." Itu yang aku fikir.

Aku tak pasti aku terlelap berapa lama. Yang aku pasti, sebaik aku mandi, aku masuk ke dalam bilik dan aku nampak pelajar-pelajar patuh yang berjemaah di surau, sudah pulang.

Sejuk. Menggigil.
Rasa seperti akan beku. Bak kata orang, sejuk hingga ke tulang hitam.
Aku rasa waktu itu, sekitar pukul 6.45 pagi. Masih gelap.

Aku mencapai telekung dan sejadah. 

Sebaik selesai solat, aku dengar keriuhan di ruang tengah dorm. Di ruang tengah dorm itu ada lagi sebuah pintu. Pintu itu, biasa kami gunakan untuk turun makan kerana berdekatan dengan dewan makan.

"Ustaz MR panggil turun sesiapa yang tidak berjemaah Subuh!" Panik.
"Macam mana ni? Kena turun ke?" Menggelabah.
"Kalau tak turun macam mana?"
"Pakai telekung atau baju sekolah terus?"
"Bawa beg sekolah terus ke?"
"Jom lah, aku takut turun sendiri. Kita pergi ramai-ramai."

Aku seriau. Terbayang wajah Ustaz MR. Bengis. Aku pernah dimarahi di khayalak ramai oleh beliau. Aku melangkah ke arah mereka. Laju. Berdebar juga.

Kami memutuskan untuk turun bertelekung ke surau. (Taktiknya, kami terbangun lambat lalu turun tergesa-gesa ke surau dengan niat mahu solat Subuh di surau juga).

Bak kata orang, matlamat tidak menghalalkan cara. Ustaz MR, mencekak pinggang, menghambat kami ke ruang depan pejabat domestik asrama. Terselit rotan di sebelah tangannya.

Serius. Aku tidak cuak sangat. Mungkin kerana ramai yang tidak turun berjemaah. Kami berjalan laju-laju seperti pelarian ke ruang domestik. Dan kami bertelekung. Ada yang membawa sejadah. 

Ketika itu, ada beberapa pelajar lelaki berlegar-legar di tepi pejabat domestik. Ada yang berbaju sekolah. Ada yang berbaju kemeja T dan berkain pelikat.

"Panggil semua budak lelaki lain, datang sini, tengok ni, perempuan perempuan yang tidak boleh dibuat isteri!" Laung Ustaz MR kepada mereka.

Pelajar-pelajar perempuan yang duduk di tepi, mula rasa malu. Mereka sebolehnya cuba untuk mengelak dari pandangan pelajar-pelajar lelaki.

"Seorang jadi imam di sini. Saya mahu kamu sembahyang berjemaah di sini. Subuh gajah." Tegas Ustaz.
Waktu itu, hari makin cerah. Aku rasa sudah pukul 7 lebih. Mungkin 7.15 pagi. Aku lupa siapa yang mengimami kami. Yang aku ingat, aku solat di atas lantai berterapkan tar itu sambil ketawa.

Aku rasa itu kelakar. Aku solat dua kali Subuh hari itu. Kali kedua, di tepi Y. Y memang tergelak bergegar-gegar, lucu mungkin. Dia bertelekung. Di sebalik telekung itu, dia hanya memakai kain dalam dan baju dalam. 



Hari itu, kami ke sekolah lambat. Pukul 9 baru tiba di sekolah. Ada ujian bulanan subjek Geografi hari itu. Kami ke sekolah sambil ketawa. Apa yang sungguh menggembirakan pun aku tidak tahu apa. Namun, aku ingat, aku antara yang ketawa.

Sudahnya, aku dapat B untuk Geografi bulan itu.  

Denda itu biasa ketika aku berada di sekolah itu. Kalau pelajar lelaki yang tidak berjemaah, tak silap aku, mereka berkain pelikat tanpa baju dan berkopiah berdiri di depan bendera. Mereka diberi satu bekas air dan satu berus gigi. Ustaz MR mencekak pinggang sambil melihat mereka bergilir gilir menggosok gigi dan berkumur menggunakan berus gigi dan bekas air itu.


Friday, April 23, 2010

What u'll give, u'll get back



We are selfish in our own ways. We want to be noticed. We want to be appreciated. Don't say that you are not in this group. It is a big NO! Because, to have this kind of feeling (being appreciated and noticed by others) is normal.

I learnt something yesterday.

Do something without other intention but, sincerely. Don't wait for a thank-you reply because, we might not be getting it for today, yet, someday with something that might be bigger that it.

We might not be getting it from whom we have helped but from others whom we don't know, or from Him, the God.

Miracle don't happen, but we work for it though we don't realise that we are working for it. Ironically, this kind of stuff happens everyday in our lives.

Don't stop giving. We wont lose anything.

Under-appreciated? Let the feeling go away, welcome other things that are much much much more important that it!

Wednesday, April 21, 2010

Something to ponder


I work for money.
I study for knowledge.
I read for fun (sometimes for other purposes).
I cry for sadness, happiness, confused, humility, terrified, anger.
I laugh for jokes, especially the witty ones, not to forget stupid jokes those are rare (like Ujang's).

I pray for gratitude, and sometimes I felt like it is a compulsory daily routine to be done.

My friend, once said (unintentionally, to give ceramah or for religious purposes):

We don't pray because it is a daily routine...

I lost in the statement, wondering what I perceive praying 5 times a day is like.

It was not for gratitude only, it was not a daily routine only. 
I felt like I am the tiniest creature in the world. 
The sky is not so high as I perceive it to be,
and this life is not easy, yet it is not difficult either.


Monday, April 19, 2010

Tak betul tapi mesej sampai




Hari tu, ayah aku bosan agaknya. Dia bawa Khalid bersiar-siar melihat alam. Waktu itu Khalid masih kecil. Enam tahun. Aku tak tahu ke mana mereka pergi. Yang aku tahu, balik bekerja, ayah aku simpan barang, meneguk habis secawan teh O, mandi dan solat Asar. Kemudian, "Lid, meh ikuk ayoh". (Teka, dialek apa).

Vrrooom! Kereta buruk yang banyak berjasa kepada keluarga kami itu mengaum. Serius. Aku kecut bila memandu kereta itu.

Aku kurang pasti pukul berapa mereka keluar. Tetapi, lebih kurang azan Maghrib berkumandang seminit dua. (Mungkin tidak, agakan aku sahaja). Mereka selamat tiba di rumah.

"Pergi mana Lid?" Emak bertanya.
"Lid gi tengok kapal terbang berak keluar orang?" Bersungguh-sungguh.
"Hah?" Emak terkejut. Aku yang turut memasang telinga, terkejut.
*Setelah diterjemah.

"Pergi tengok askar terjun dari helikopter guna payung terjun" Jelas ayah. Ketawa.
Emak ketawa. Terhibur barangkali.
Aku turut ketawa. 


Sekarang apabila terkenang, aku rasa kelakar tapi menarik. Satu perkataan. Jujur.

Friday, April 16, 2010

No words best used to describe this.

This is descriptive enough to be described.

This is taken from Ujang's.

Tuesday, April 13, 2010

Hisap Rokok


Waktu itu aku darjah empat, umur sepuluh tahun.

Di dalam kelas Matematik. Cikgu mengajar Cikgu Mahmud. Biasalah, selang seli pengajaran, cikgu suka bercerita. Entah macam mana, tersasar cerita rokok. 

Pesan Cikgu Mahmud kepada kami: 
"Kamu jangan merokok. Bla bla bla (Aku lupa)... Jangan bila pulang ke rumah, curi rokok ayah atau abang, pergi merokok di dalam tandas".

Aku tidak tahu nasihat itu dilontarkan kepada siapa. Apa yang aku ingat, aku pulang ke rumah, aku mencari peluang. Aku curi rokok ayah aku sebatang. Dunhill Double. Kotak rokok bewarna emas ada garis garis merah. Aku pergi hisap rokok di dalam tandas. Lepas habis sebatang aku tunggu dan flush sisa rokok. 

Rasa hisap rokok? Biasa je. 

Kesimpulannya, aku tidak tahu bagaimana murid Tahun 4 Mawar menerima nasihat itu. Tetapi, aku percaya akan konsep 'Budak-budak tak boleh larang, makin dibuatnya nanti'.

Sunday, April 11, 2010

Alice in Wonderland

Alice in Wonderland. Tiga bulan aku menunggumu. Akhirnya, aku ketemu sama kamu.
Tim Burton cuba untuk menjadi seorang yang lain dari pencipta asal si Alice, mungkin. Alice kali ini, seorang gadis remaja. 'Lawatan' ke Wonderland kali ini, lawatan kali kedua. Aku sedikit lost, cuba mengingat kembali apa dia buat waktu lawatan pertama dahulu.

Dalam filem ini, aku suka watak Permaisuri Merah. Agak kuat. Hobi dia pancung orang. Dan aku rasa, watak-watak lain kurang kuat. Macam tersasar sedikit arah tuju mungkin.

Jalan cerita yang agak mudah. Aku harap, cabaran membuak-buak sedikit. Setiap aspek, scene umpama tidak cukup rencah, cepat benar beralih, atau tidak likat ramuannya. Boleh nak buat sekejap tapi intipati perlu mantap Encik Burton. Mungkin sejam empat puluh minit tidak cukup untuk penonton seperti aku. Bagi penonton lain sudah memadai. Mungkin.

Kesimpulannya, aku sedikit kecewa. Apapun, 3Dimensi punya tayangan , baik punya. Aku ter mengelak ketika menonton. Macam batu-batu kecil keluar dari skrin. Haha. Baru feel beb! Namun, 3Dimensi Avatar tentunya lagi maharaja dari Alice.