Klik2 sahaja

Sunday, March 28, 2010

Nelayan dan Aku

Apa kita buat macam tebar jala dalam lautan. Apa kita dapat. Rezeki. Apa tidak dapat, bukan rezeki.  Hari ni kita cuba menjala ikan besar. Kalau tak dapat, esok cuba lagi.
Tapi, kalau terjala barang tidak baik, macam mana? Sendiri fikir, mahu buat apa.



Definisi tebar jala itu, macam mengharung kehidupan. Asalnya, aku rasa macam cedok ilmu je.

Tiap mata pasti akan menangis pada Hari Kiamat kecuali mata yang dipejamkan segala yang haram; dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah; dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah (Riwayat Abu Naim)

Memetik kata-kata ini dari laman sosial, Facebook si Adib. Terima kasih. Saya tersentap.

Monday, March 22, 2010

Hutang Duniawi Aku

Aku tidak suka tulis apa hutang-hutang tertunggak. Pada suatu hari, ada seorang itu yang memberi kesan kepada hidupku, suruh aku tulis kesemuanya. Aku enggan. Aku rimas. Biar hutang-hutang itu, tertulis di dalam minda. Asal aku ingat. Sudah.

Pagi ini, aku bangun tidur. Aku rasa serabut dan rimas. Banyak hutang-piutang. Aku akur. Baik. Aku akan langsaikan dalam 3 minggu ini. Janji aku, InsyaAllah.

1. Tugasan Theories of Grammatical Analysis 1
2. Tugasan Theories of Grammatical Analysis 2
3. Tonton Alice in Wonderland. 3D. Harus
4. Tonton Anime Ouran High School. Dah mula, kena habiskan
5. Urusan Bank 1 (M)
6. Urusan Bank 2 (P)
7. Urusan Bank 3 (F)
8. Nota belajar Theories of Grammatical Analysis
9. Nota belajar Critical Discourse Analysis
10. Nota belajar English for Specific Purposes
11. Excess Membership Card
12. Semantics paper - Amal's request
13. Marks for Leadership Class
14. CCAC - form
15. PWTC - Bookfair
16. Proposal ready
17. Notes and books - Compilation
18. Nazlyn's request
19. Syam's request
20. Una's treat.
21...

Baiklah. Banyak lagi. Lagi aku senaraikan. Lagi aku bimbang dan gusar. Oh duniawi, akan aku langsaikan satu demi satu. Dan, aku tidak boleh berjanji. *Mengeluh

Friday, March 19, 2010

Aku, bunga dan layu

Ini apa yang aku rasa dan aku pelajari semenjak, dua menjak ini.

Hidup ini umpama menanam pokok bunga. (Pilih pokok kesukaan sendiri). Baja, sekali sudah memadai. Siram, perlu dengan kerap. Ikut keperluan. Kalau aku lalai, alpa dan sambil lewa, bunga itu layu, kering, mati. Pastu, menyesal sampai mati. 

Jika mahu tanam pokok bunga lain, nilai itu sudah tidak sama seperti yang sebelumnya. 

Aku hadapi benda ini dalam semua perkara; Bekerja, menuntut ilmu, berkawan, keluarga, dan beribadat.

Semuanya perlu dijaga. Konsisten. Kelak, ia pudar. Bila pudar, umpama bunga mati. Layu terkulai.

 Dulu, dalam kelas Halaqah aku, kakak itu ajar topik seumpama ini. Istiqamah.


 Aku tidak mahu bunga aku jaga jadi begini. 

Monday, March 1, 2010

Tips Melarikan Diri Dari



Spontan dari kawan saya.

Situasi 1:

Kami sedang menggunakan sebuah kelas di universiti kami, ketika menuntut untuk ijazah pertama dahulu. Dahulu. Dua tahun lepas. Waktu itu, lepas maghrib, lepas berbuka. Ramadhan. Tiba-tiba, pintu dikuak. Seorang siswi menjenguk.

Siswi: Kami ada mesyuarat persatuan di sini?
Aku: Kamu pohon untuk kelas ini ke?
Siswi: -Tidak menjawab dan menutup pintu.

Selepas beberapa minit, pintu dikuak lagi. Kali ini oleh seorang teruna.

Siswa: (Nada tegas). Kami ada mesyuarat persatuan di sini. Kamu buat apa, ya?
Kawan aku: (Nada tegas dan bersahaja). Pembentangan PhD.
Siswa: Oh, maaf. (Rendah diri)

Aku dan seorang kawan lain lagi: -Saling berpandangan.

Nota: Kawan aku tipu. Kami hanya pelajar tahun ketiga ijazah pertama. Tapi mereka percaya. Hikmahnya, kami guna kelas itu untuk bilik perbincangan kami.

Situasi 2:

Di Pasaraya Giant, Batu Caves. Kawan aku dikunjungi seorang jurujual. 

Jurujual: Linguaphone. Bagus untuk... blablablabla
Kawan aku: (Pandangan tegas dan bersahaja). Saya Dr. Ada PhD.
Jurujual: Oh, maaf Dr. (Berlalu, senyum kulat)

Situasi 3:

Di sebuah tempat yang ramai orang. Lupa di mana. Kawanku dikunjugi seorang jurujual.
Jurujual: Kak, barang ini blablabla
Kawan aku: (Buat gaya pekak dan bisu)

Jurujual itu percaya dan berlalu pergi.


Kawan aku namanya, Nor Diana, si spontan.
Semalam, kami berborak akan dia, mengenangkan helah dia. Oh, Diana.