Klik2 sahaja

Monday, February 15, 2010

Telefon Berenang



Aku punya banyak kisah bersama telefon bimbit. Dahulu punya cerita. Telefon bimbit aku suka berenang dalam apa apa berbentuk cecair. 

Kisah 1:

Aku sedang berborak bersama teman sebilik. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan. Yang aku ingat, aku baru sudah makan nasi putih tomyam. Sisa tomyam masih di dalam mangkuk. Kuah tomyam menggiurkan untuk dihirup. Aku memegang telefon bimbit dan terlucut jatuh ke dalam 'kolam' tomyam. Aku separa menjerit. "Ya rabbi!" 
Teman sebilik ku, turut terkejut. Aku dengan tabah, membogelkan telefon itu, dan menjemurnya. Keesokan harinya, aku beli pakaian 'housing' baru telefon aku.


Kisah 2:

Aku sedang makan di kafeteria bersama seorang teman. Dia minta  aku hulur telefon  bimbit aku. Sambil mata menatap kaca televisyen, aku hulur telefon bimbit aku. Aku fikir, telah bersambut, aku lepaskan telefon bimbit aku. Jatuh. Sekali lagi ke dalam mangkuk tomyam. "Aing!" Jerit si teman. "Ya," aku tabah mencapai tisu, mengelap telefon bimbit aku. Aku fikir, kena beli pakaian 'housing' baru lagi.


Kisah 3:

Aku sedang bergegas ke satu tempat untuk menghadiri program selaku pelajar yang konon macam aktif kokurikulum. Sambil berjalan, aku menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas. Entah macam mana, telefon bimbit aku terlucut jatuh, tergolek manja, jatuh ke dalam longkang. Longkang dalam. Aku terkesima. Seorang jejaka baik hati, juga terkesima. Dia sedang berjalan bertentangan arah dengan aku. Aku pandang dan senyum tawar. Dia kasihan, barangkali. Menawarkan dirinya tanpa berkata apa, mengutip telefon bimbit ku. 
"Housing sudah pecah," katanya. "Tak mengapa. Tak mengapa. Terima kasih," aku senyum dan mencapai telefon itu. Aku bogelkan telefon bimbitku dan mengelap kotoran longkang yang tercemar.
Selepas seminggu baru aku beli pakaian 'housing' baru. Itu pun setelah mendapat kerlingan tajam seorang lelaki, di dalam Watson ketika aku gigih menaip mesej sistem pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit terbogel itu. Aku malu.

Ini rupa telefon saya. Ketika baru dibeli. Tahun 2004


10 comments:

sarah baharudin said...

syarikat 'housing' kaya dgn kau je. :)

ainguzzle said...

sarah, tu tak campur tuka housing sebb tergolek dlm cecair lg. lebih sploh kali aku rasa tuka. kene tnye diana

diana ghazali said...

iye. telepun ni jugak pernah menjadi pda aing, kene taip satu huruf pakai pensel, chopstick, atau ape2 yg panjang dan tajam. hehe. tabah!

Encik Puaka said...

kesimpulan bawang.
aing suke makan tomyam. hahahahahah

tak tema kan aku.

ainguzzle said...

D: nanti aku buat cerita hp part 2
bawang: haa. atleast ko tau thru cite ni aku suka mkn tomyam

diana ghazali said...

ain mmg hantu tomyam pun. pastu, bila dia bercerai dgn tomyam kejap, keje dia makan yong tau fu je hari2. hehe. tapi ain tak kedekut makanan :)

ainguzzle said...

hahah. yong tau fu sup. makanan aku berelemen kuah

sarah baharudin said...

kesimpulan: kalu nak selamatkan telepon ko dari lemas lagi. makan la makanan kering.

sekian. :P

diana ghazali said...

haha. pandai sara ni. mi goreng pasti selamat kan

ainguzzle said...

cerita hp terbaru. hilang enath ke mana. hahahha