Klik2 sahaja

Monday, February 1, 2010

Aku Sangat Marah!



Aku sangat marah sekarang. Sangat. Aku rasa aku kurang profesional, aku tak tahu kenapa. Aku tahu aku bersalah dan kurang sabar dan cepat melenting. Tapi, yang pasti aku marah. Aku rasa keputusan mereka kurang rasional dan tidak adil. 

Aku: Assalamualaikum. Saya nak hantar borang ni
Lelaki: Waalaikumussalam. (Mencapai borang dan meneliti)
Aku: Boleh pakai bilik ni?
Lelaki: (Masih meneliti)
Aku: (Menunggu)
Lelaki: Siapa pengajar?
Aku: Saya
Lelaki: Awak pelajar bukan? 
Aku: Ya
Lelaki: Duduk. (Mengeluh). Begini, kami tidak boleh luluskan permohonan untuk staf tidak tetap
Aku: (Mengerutkan kening). Saya buat kelas di sini semester lepas, boleh. Peraturan baru ke?
Lelaki: Sudah lama. Saya rasa di belakang borang ini sudah nyata dijelaskan peraturan-peraturannya
Aku: Saya buat semester lepas, diluluskan
Lelaki: Mungkin kami tersilap pandang. Tapi, saya tak boleh luluskan
Aku: Kenapa ya? Ini untuk kelas. Pelajar-pelajar saya, pelajar-pelajar tetap di sini. Kelas ini wajib diambil. Kenapa tidak boleh?
Lelaki: Sebab kelas macam awak mengajar ni, bukan dari kuliyah, tapi dari unit. CCAC. Kami pernah benarkan, tapi mereka bawa makanan. Buat jamuan. Buat program

Muka aku mula berubah. Tidak paus hati.
Aku: OK. Saya buat kelas. Saya mengajar. Itu pun tak boleh?
Lelaki: Tak boleh. Sebab awak sambilan. Orang yang menandatangani borang ni mesti hadir malam tu. Saya tahu, awak minta tandatangan Direktor, tapi dia bukan pengajar. Dia tidak hadir malam itu
Aku: Tapi, ini untuk kelas wajib. Tak adil lah macam ni. Mereka wajib ambil subjek ini. Kenapa mereka dilarang untuk guna kemudahan perpustakaan. Ini bukan program. Ini kelas

(Aku rasa alasan dia sudah berpusing-pusing).

Lelaki: Saya boleh benarkan jika awak ada surat menyatakan awak staf 
Aku: Saya ada
Lelaki: Staf tetap?
Aku: Sambilan. Kontrak
Lelaki: Tak boleh. Tetap sahaja. Kalau awak staf tetap saya akan benarkan
Aku: OK. Takpela. (Mengangkat kaki untuk pergi)
Lelaki: Kalau awak nak guna juga...
Aku: Takpe. Awak simpan je borang tu. (Pandang sekilas)
Lelaki: (Sedikit melaung, sebab aku sudah pergi) Terima kasih
Aku: (Tak pandang. Marah)

Aku berlalu pergi dengan bengang. Aku tahu aku salah. Aku rasa bersalah sebab lelaki itu bercakap tenang. Aku agak tenang tapi intonasi aku menunjukkan aku tidak tenang, dan kurang puas hati. Macam mana aku akan berpuas hati, aku sebagai tenaga pengajar dilarang menggunakan perpustakaan untuk mengajar pelajar-pelajar universiti ini. Kenapa? Mereka pelajar di sini. Aku bukan buat program. Aku buat kelas. Mereka bukan daftar kelas ini suka-suki. Ini kelas fasa ketiga untuk kelas kemahiran mereka. Kalau mereka gagal, kena ulang semester, wajib lulus untuk graduasi. Aku konon nak menunjukkan kelas ini penting. Aku tahu, tak penting mana. Tapi, kenapa aku dilarang menggunakan kemudahan universiti untuk mengajar subjek wajib universiti? Atas alasaan aku staf tidak tetap.

Habis, bagaimana staf tetap lain, yang menjadi pengajar sambilan subjek ini? Mereka sambilan juga tapi mereka adalah staf tetap memandangkan mereka ingin cari duit lebih, lalu mereka pohon mengajar subjek ini. Mereka bukan pensyarah. Mereka staf-staf pengurusan. Dari pelbagai unit. Aku rasa status kami untuk hal ini sama. Aku pengajar sambilan untuk subjek ini, sama juga mereka. Cuma, mereka staf tetap di sini untuk unit lain, manakala aku, pelajar di sini. 

Aku tahu aku salah. Tapi (untuk menyedapkan hati), aku rasa aku tak salah sebab sedikit ketidakadilan berlaku. (Aku yakin, ia berlaku). Tapi, lelaki itu hanya menjalankan tugas. Aku rasa bersalah pada dia. Rasa berdosa, rasa macam kena minta maaf. Aku dah lupa muka dia. Aku harap, dia maafkan aku sebelum dia tidur malam ini. Atau, aku harap, dia langsung tidak terasa hati dengan aku. 

Sekarang, aku kena fikir di mana aku harus buat kelas itu. Kelas ganti.

Kesimpulan: Jaga hubungan sesama manusia sementara kita masih hidup.

7 comments:

Saufi Amri Mohamad Zahid said...

Oh, kalaulah kau ini adalah rakyat bukan Malaysia, pasti semudah itu lelaki itu meluluskan.

ainguzzle said...

mungkin!
pernah sekali, lunch hour, aku print barang d hs lab. kertas habis. aku pegi bilik techician mintak kertas. dia ckp, "lunch hour. dtg balik pukul2".

aku patuh.

skali, ada brother ni sorang and he is black. dia minta kertas, dan2 je abg tu bg kertas.

ngn foreigner takut. tah hape2

diana ghazali said...

aku baru bincang isu ni tadi kat kolej. cam haram kadang2

ainguzzle said...

Kenapa nor diana?

Same case ke?

Aku jumpa semua orang aku cite psl cerita library ni, masa aku nak keluar library semlm, aku cari borang report form tp tak ada pulak. Aku nak komen aku tak puas hati psl peraturan senget sebelah tu.

Anonymous said...

diskriminasi boleh blaku bkn je sbb status tapi jantina dan juge sbb kite nmpk kecik cm student

diana ghazali said...

hihi. pengalaman kak chik kechik ye. ciannn.. tp kan, mmg camni lah. lahabau btol (skali skala cursing, mmg best!)

ainguzzle said...

kak cik: awet muda. tapi tak syok jika begini

diana: curse. aku mmg not in the mood today