Klik2 sahaja

Friday, January 29, 2010

Cinta Aku


Aku makin jatuh ke dalam rasa cinta itu. Cinta mendalam akan itu. Itu Islamofobia. Fobia akan Islam, atau diksriminasi terhadap orang-orang Islam kerana ramai pengganas adalah orang Islam. Makin aku sibuk menggodek-godek isu-isu semasa akan neologi ini, aku rasa sedih. Sedih kerana Islam diperlakukan begini. Sedikit emo. 

Bukan salah orang luar sahaja, aku akui salahnya ada dari kelompok kita juga. Kenapa harus melenting, jika ada penyelesaian cara damai. Kenapa tidak sabar kerana tidak rugi jika menunggu. Sekejap.

Itu isu nasional. Orang luar sibuk untuk menolong menyebarkan. Globalisasi. Itu termanya. Menurut kata pakar, Salman Rushdie adalah punca utama. Fikirku, itu memang salah dia, memperkotak-katikkan karakter Rasulullah S.A.W, Aisyah R.A, dan para malaikat. Jadi bahan jenaka. Tapi, ada juga salah kita. Marah yang meluap membawa kepada api yang membara. Api balik kepada siapa. Apa. Mereka dicipta daripada api. Kenapa pilih api?

Aku bukan orang bijak pandai. Aku sedar akan hakikat itu. Aku hanya terfikir dan berfikir.


Tuesday, January 19, 2010

Kawan-Kawan Saya Dan Friendster

Testimonials:


Amri 06/18/2006 2:18 pm
weh,jgn lupa sambut kami kat bandar terengganu ngan ketupat sotong..woo,da bape tahun aku xmakan ketupat sotong wei...da lama bonda kesayangan aku tue xwat..terbayang2 da nie..tp xmeleleh r air liur nie..wakakaka..jgn lupa dth erk ari rabu nie..ko kena jadi penunjuk arah..c u d ganu..
 
Amri 06/01/2006 12:26 pm
aku da baca kesinambungan peluru puitis tue..hahaha..aku bkn serkap jarang r tp da lukman anta xabes..peringatan,len kali nk anta testi kn abes n terang benderang..eh,lawa mug yg ko kasi kart akak aku n her husband..ooo,kart aku xnak kasi...hehehe..mula aku ingat diana yg kasi,skali ada kad daaa..b4 kitorg start operasi membuka adiah2 kawin aritue,aku pgg adiah yg ko bg tue(masa tue xbukak lagi...)..akak aku ckp adiah nie mesti simbolik..btol gak pe yg dia ckp..mmg simbolik dowh..2pasang mug tuk 2pasang kekasih yg sudah pun disatukan di majlis penyatuan kasih diorang mggu lps..eh,ko nak kawin awal kan??!!ko nk adiah pe??!!wakakakaka..aku blanje ko ngan husband ko tom yam secret recipe da la ek..masa ari perkahwinan ko tue aku kasi adiah 2slices kek secret recipe..simbolik dowh..muahahaha..selamat pengantin baru...
 
Luqman 02/14/2006 11:31 pm
Ke hadapan Cik Ain yang tidakku faham apa maksud guzzle dihujung namanye itu..
Ain yang baik... terima kasih ye...
Banyak menyumbang kebaikan, bantuan, kerjasama, jasa, sokongan, dorongan, senyuman dan keropok lekor atu apa saja selama perkenalan kite...
eheh..sungguh puitis ayat ku ini..

peluru puitis..Luqman
 
Shafa 05/31/2006 9:43 am
thanks..lawa dowh!
aku dh dpt 2 2 poskad tu...surat xdpt lg,aku blk kg...so xcheck g.adios...misz u
 
Shafa 05/04/2006 5:00 pm
ain..ko lak wat pe...tidow erk..
wei,kowang...aku windu kt kowang la...2 bln lg br jmpa.xpe r...aku ade luke ntuk tgk2 kan kowang.eh,kowang tolong efy sabtu ni erk...sian dia...then,kim salam kt sume.tlg handle adik2 mentee aku...sian diorg xde mentor.tlg erk...apa2 hal,gto la ku..huhu.aku sihat,tgh tunggu poskad kowang..hahaha.
 
 
Amri 05/03/2006 12:35 pm
Ain,ko x trust men?!!ala,jgn disebabkan perkara tue ko xnak percaya kat lelaki...come on la..itu satu pengalaman dlm kehidupan r beb.xda life yg xda cabaran.kalo xda cabaran nanti kita akan jd manusia yg x pandai bersyukur..jadikan kenangan yg xberapa nak manis tue sebagai satu ilmu tuk ko hadapi cabaran2 yg lain lak..ok...smileeee...eh,seram dowh dgr mimpi yana aritue..nauzubillah...see ya...
 
Dianarism 05/07/2006 2:21 am
sayang..
thanks a lot..
aku sgt2 terharu ngan korang..
pandai ek sorok ngan aku..
padan la ko suh aku mandi..
suh aku pakai lawa2....
suh aku order best2..
suh aku duk kat tempat gelap..
suh aku lepak kat bilik ko tgk gambo ***********...
suh aku jgn stg bilik ko..
suh aku janji ngan ko jek..
suh aku jgn kuor ngan sape...
suh aku itu..suh aku ini...
huhu..
thanks ler pasal kezutan yg membuat aku mmg terkezut pun...lilin pun dah cair kat atas kek..heheheeheh..
thanks kawan2...tanpa korang..hidup di kampus ini tidak bermakna...(mcm knal jek ayat)

hmm..
thanks berjuta lion kali....muah satu badan!
love u babeh!!!

p/s: aku utang ko dua hengget kan? heee...
 
Shafa 04/18/2006 7:05 pm
ain..huhu.ko ok dah...
ain ni...em dlm 2 thn gak la kenal!apa yg aku suka psl dia,dia sgt jujur,berani...kuat.pnah ari tu...kwn kitorg sakit,pd ms yg sama dia pun demam kuat,tp dia tlg jg kwn kitorg tuh.(nasib baik ada yana time tu)...dia ni,kecil2 cili api berapi tau!dia ok ngn sume org...tp jgn wat hal ngn dia,kang merana korg....:) sgt suke ngn good charlotte..apa je kwn2 mntk tlg,klu dia dpt,tang tu gak dia tlg...
basically,dia mmg kwn yg best...luv u ain....fship 4eva assurance!!! take care ah...
 
zezes 02/28/2006 2:30 am
alo...ain ko ckp aku penyuke eh..penuke tu aper?cuke org wat masak tu ker..nway thanks la ye bg aku pinjam laptop,ni aku anta testi pkai laptop ko la ni..haha,best gak ade ternet kat blk tp aku tak leh la nnti asyk bertapa dpn comp,em..k la,kem salam kat gf ko diana tu yerk..slmt berjumpe di lain hari..
 
 
Banyak lagi yang menarik. Yang ni yang ada dalam bookmark lists aku. Macam kelakar kan.
Hmm... (Teringat arwah Shapow- AlFatihah)

Wednesday, January 13, 2010

Benda Memalukan yang Pernah Aku Buat



Aku buat benda ni lebih kurang, tiga-empat tahun yang lampau. Atau dua-tiga tahun yang lampau. Aku tak pasti. Tapi, dulu, bukan sekarang. Bila teringat, rasa macam nak tergelak. Dan aku gelak. Sebab kelakar dan memalukan. Sedikit. Memalukan. Aku tak tahu orang lain buat ke tak. Atau aku yang tak berapa normal.

Aku terpandang seorang lelaki ni, semalam, aku teringat apa yang aku buat dulu-dulu.

Aku mengorat orang. Main mata. Tapi di dalam alam maya. Melalui Friendster. Yang dahulunya agak gah, namun sekarang tewas dengan Facebook. Entah hape-hape dua kejadah ni. Tapi, aku layan je. Nanti orang cakap tak kool. (Alasan).

Dalam Friendster, kita boleh tengok sesiapa yang menjenguk profil kita, jika kita turn on the setting. Aku sengaja menjenguk ke profil-profil pelajar Kejuruteraan dan Senibina. Jenguk je, tak tengok habis pun gambar. Jadinya, kalau mereka rajin dan tahu (mereka turn on the setting), mereka akan jenguk profil aku balik. Dan ada yang menghantar mesej peribadi, ajak berkenalan. Sebab aku agak menggeletis, remaja dan lumrah kehidupan, aku layan mereka.

Semalam, aku terpandang seorang lelaki ini yang pernah menghantar mesej untuk berkenalan. Aku sudah lama perasan akan muka dia. Sebelum aku graduasi untuk ijazah pertama lagi. Jadi, mungkin dia sedang buat ijazah sarjana seperti aku juga.

Kali pertama aku terperasan akan wajahnya, aku balik dan buka mesej lama Friendster. Itu dua tahun lepas. Sah! Itu adalah dia. Namun, aku tak pasti kenapa kami berhenti bermesej. Mungkin bosan. Mungkin sudah tidak berminat. Mungkin apa-apa je.

Apa yang pasti, aku sampai sekarang ingat muka dia, dan aku rasa dia tidak ingat siapa aku. Paling kuat pun, dia rasa muka aku macam familiar, namun "Di mana ya, ku pernah lihat gadis ini?"

Aku tidak tahu, bila aku berhenti mengorat melalui alam maya. Yang pasti, mengorat itu nikmat.


Saturday, January 9, 2010

Mesin Putar



Aku dapat rasa mesin itu memproses. Ngeri. Berputar dan terus berputar.
Memutarkan angin dan sedikit asid bersama. Meletup. "Kebush, kebush!"
Semakin sedikit acuan putaran, mesin masih ligat berputar.

Sisa-sisa itu dituang masuk. Ada toksin, ada asid, ada segala macam.
Berketul-ketul dan likat.
Bercampur. "Kebush, kebush."
Air ditambah untuk melancarkan proses.
Dan terus meletup. "Keboom!"
Letupan melonjakkan bahan keluar, dan tersembur dari balang.

Likat dan pekat.
Baunya pun kelat.

Aku muntah.
Itu gastrik lagi.
Lesu.

Friday, January 8, 2010

Kemurungan

Aku tidak tahu kenapa. Aku rasa sungguh lesu dan tidak bermaya. Aku rasa malas dan aku rasa rimas. Aku rasa resah dan aku rasa gelisah. Aku rasa sunyi. Aku rasa sepi. Aku menangis. Aku mandi sambil menangis. Aku solat dan aku menangis lagi. Aku tertidur sehingga rasa kendur. Aku rasa ruang udara ini sungguh sempit, seolah-olah aku terhimpit. Aku tak pasti akan rasa ini. Yang aku pasti, aku sangat sedih.

Wednesday, January 6, 2010

Cinta Zaman Dulu



Dia bukan orang senang, tinggal bersama neneknya. Tidak cukup duit selalu. Dia tidak ke sekolah. "Tidak cukup duit untuk hantar kamu ke sekolah". Alasan itu kuat. Dan dia akur.

Hari demi hari, meningkat remaja, dia sudah menjadi anak dara. Dia mahu melaram seperti orang lain. Dia ambil upah buat macam-macam. Paling dia suka, buat penyapu lidi dan panjat pokok duku. Kerja tetap dia buat penyapu lidi dan jual sebab duku berbuah ikut musim. Namun, kedua-dua kerja lumayan. Lumayan bagi dia. Dia bersyukur.

Poket berisi, dia suka hati. Dia melaram, keluar ke bandar. Berjalan kaki, lebih kurang sejauh 5km untuk sampai ke tempat menunggu bas. Bas tak masuk ke dalam. Waktu itu, lewat tahun 70-an. Kawasan luar bandar tidak dibangunkan. Ini rutin dia setiap minggu. Seminggu sekali.


Satu hari, ketika masih di bandar, dia berjalan untuk ke stesen bas. Seorang diri dan mahu pulang. Seorang lelaki bersama motosikal, menegurnya,

"Mahu pulang, saya boleh hantar".

"Boleh".

"Naik, saya hantar".

Itu zaman 70-an, tiada kes rogol atau jual orang. Itu sebabnya dia tanpa rasa bersalah naik motosikal bersama lelaki yang tidak dikenali. Lagipun, dia penat berjalan. Lagi penat lepas turun bas nanti, kena berjalan masuk kampung, 5km.

Lelaki itu hantar dia sampai ke depan rumah. Dia ucap terima kasih, senyum malu-malu. Waktu itu, umur dia 18 tahun. Lelaki itu, agak muda, lingkungan 20-an mungkin.

Selepas seminggu, lelaki itu datang lagi. Bukan seorang tetapi beramai-ramai. Bawa orang. Rombongan meminang. Neneknya menerima pinangan itu. Sudah pasti. Cucunya tiada apa, hanya reti masak, panjat pokok dan buat penyapu lidi. Lelaki itu? Orang kerajaan. Peluang hebat.

Kemudian, mereka kahwin. Berpindah ke berek perumahan kerajaan. Tiada lagi air telaga. Tiada lagi jalan kaki. Sekarang sudah naik motosikal. Dia bersyukur pada Tuhan. Selepas setahun, anak sulung lahir. Lelaki. Kalau bersiar-siar bertiga, hujan lebat, mereka berhenti di stesen minyak, untuk berteduh. Susah juga. Sedikit sahaja, berbanding dahulu, dan dia bahagia.

Selepas empat tahun, lahir anak kedua. Perempuan. Si suami membeli kereta. Payah menunggang motosikal bersama dua anak. Waktu itu tahun 1985, tahun kelahiran saya, ayah beli kereta terpakai, warna hitam.

Ini cerita ibu-bapa saya.


Gaya hebat zaman 70-an


Tuesday, January 5, 2010

Bodyguards and Assassins




Motif cerita ini agak kool, tiga orang perlu diselamatkan dalam masa sejam, ramai juga pengawal peribadi tapi pembunuh upahan yang sangat bersepah. Sangat. Pengakhirannya, selamatkah mereka? Sebuah filem epik sejarah dari Hong Kong. Aku pun kurang faham sejarah Cina dan 13 legasi atau daerah mereka. Yang pasti, mereka inginkan kemerdekaan.

Apa yang aku faham, semangat patriotik mereka sungguh tebal, kesetiaan kepada tuan, kawan dan guru digambarkan secara ringkas sahaja namun mesej sampai. Setia. Permainan emosi itu sungguh terbaik.Tahniah kepada Teddy Chan. Aku tak tahu kenapa aku emosi sangat. Yang pasti muka aku basah. Kali pertama, aku menangis di dalam panggung wayang. Secara bersungguh-sungguh. Air mata berebut-rebut untuk memeriahkan kesedihan aku. Penutup cerita, ringkas dan memadai dengan penerangan ringkas tentang sejarah mereka. Bagus.

Sentuhan emosi sungguh kuat. Antara nyawa sendiri, bangsa, maruah, kasih dan cinta. Apa pilihan kau?

Aku suka ini:

"Sebelum kau pejamkan mata setiap malam, kau bayangkan Ah Chun. Sebelum aku pejamkan mata setiap malam, aku bayangkan bangsaku bebas"

dan

"Dari kecil aku bercita-cita ingin menjadi doktor. Aku mahu mencipta revolusi juga untuk bangsaku. Namun, jika aku pilih doktor, hanya beberapa nyawa dapat aku selamatkan. Jika aku pilih revolusi, aku akan selamatkan mereka, satu bangsa kesemuanya"

Ah-Si dan Ah Chun, senyum sebaik Tuan Yu melamar Ah Chun, menghulurkan duit berkepul. Ironi. Senyuman ikhlas si jejaka dan senyuman kasih si dara. Aku sebak, melihat Ah Chun, tempang. Kasih mereka sungguh telus. Ah-Si, sebelah mata agak cacat, ditetak.

Si kaki judi, bersungguh-sungguh mengawal keselamatan Tuan Yu, demi kasih kepada anak perempuannya. (Nasib kau comel). Ilusi menunggang kuda bersama si kekasih dan anak, lalu tumpas. Namun, Donnie Yen. Kau punya wushu memang mantap. Tegak bulu roma aku. Tangkas, hensem dan ternganga.

Sebak ketiga, di saat Ah-Si, yang menarik beca, dan tidak tahu berkungfu, begitu tegar demi menyelamatkan tuan muda, menahan penjahat yang rambut terlucut tu dari terus mengejar mereka. Tumpasnya dia sungguh hidup!

Pembunuh upahan pakai pistol, senapang dll dan sungguh ramai. Pengawal peribadi hanya terdiri daripada geng tarik beca dan ramai orang yang tak mahir berkungfu. Lepas tu, harapkan pasu-pasu bunga dan buluh-buluh tepi jalan. Agak keji pembunuh upahan dahulukala. 

Namun, memang terbaik, pembunuh upahan mereka sungguh bergaya. Nampak perkasa. Satu perkataan. Kool. Aku suka idea ninja turun dari atap. Masa Tuan Sun sampai pun sangat cantik. Idea kamera meliar, watak-watak pengawal peribadi bersepah, dengan gaya masing-masing, di tepi jeti. Berterabur, namun jelas dan kemas. Kareographer yang mahir.

Spoiler. Tuan Muda Liu, lakonan Leon Lai, kipas kau memang bergaya, namun kesedihan kau agak plastik. Watak yang agak lemah. (Merujuk kepada sejarah hidup beliau sahaja, senjata kipas boleh dipuji). Permulaan cerita agak lembap. Siapa yang tak sabar, mungkin dah boleh bosan.


Kesimpulannya, cerita ini memang hebat. Kalau Malaysia boleh bikin cerita epik sejarah macam ni, aku rasa kurang sikit bilangan mat-mat rempit dan lain-lain sampah masyarakat. Terkesan. Sangat terkesan. Baru rasa nak sayangkan tanahair bersungguh-sungguh. Susah nak merdeka. Bukan senang.


P/S: Li YuChun dan Donnie Yen, aksi-aksi buatan sendiri tanpa pelagak ngeri rasanya. Hebat.


Pejuang tanahair mereka:




Trailer:



Monday, January 4, 2010

Kawan-kawan aku barang rare


I learned new things that I am really interested to indulge myself in. Critical Discourse Analysis. There are a lot of new terms "jargon" that I should familiarise myself with. One of them, civil society, a group of people who want to scratch the boundary. For example, The Opponents in Malaysia are the civil members in political society, Yasmin Ahmad and Khabir Batia are the civil members in film industry, and finally, Tun Mahathir and Anuar Ibrahim are the civil members in leaders society.

From the explanation given, I perceive civil society members are people who are different and different usually hardly found and this means they are rare.

I know a lot of people but I don't have many friends. And I do believe that a lot of my friends (who would consider me as one of their friends also) could be considered as civil society members. They are rare, they are different, they are unique, and they are my friends.

Being non-typical is the key. Yet, they don't ask for it but they are what they are. The way they think of something, the way they speak up their mind, the way they view of this world, and the way they be as my friends.

They are the minorities, and this makes them to be weird and hardly understood by others. Then, "Scratching the boundary" occurred because when they speak, people are challenged and might disagree, when they produce, people open up their eyes because they could see the other side of something.

To my dear friends, who are rare. Rare usually considered as barang baik. Please don't change because you are beautiful in your own way. Let us be what we are. :)