Klik2 sahaja

Wednesday, October 21, 2009

Kawan Saya dan Kisah Cinta Beliau

Teringat waktu dulu. Kawan aku, A dan B bercinta. Apabila mereka ingin meluahkan sesuatu, aku orangnya. A geram dengan B, A cari aku. B geram dengan A, B cari aku. Selalunya aku main reverse pshycology. Contohnya:

B: Aku tak tahu, aku dah cuba faham dia. Tapi dia tak faham apa yang aku rasa

Aku: Mungkin dia rasa dia dah cuba faham kau juga. Tapi kau tak faham apa yang dia rasa

Kesimpulannya, aku rasa aku tak membantu sangat. Hanya sebagai pendengar. Bila aku dah kelu, aku buat macam ni. Aku beritahu apa B luahkan pada A. Dan aku beritahu apa A luahkan pada B. Sometimes, I hide some details. Untuk kebaikan sejagat.

Satu malam, aku rasa diriku sangat geram. B mesej aku. Secara ringkasnya begini.

B: Aku tak tahu apa dia nak
Aku: Dia dah cakap apa dia nak
B: Aku tak mahu tahu pasal siapa suka dia. Apa dia ingat aku tak ada peminat?
Aku: Dia nak kongsi, apa salahnya. Niat dia tak nak sembunyikan apa-apa dari kau. Bagus bukan.
B: Hmm. Itu ke kau rasa.
Aku: Certainly, I do
B: OK. Aku terfikir kenapa dia ramai peminat sangat. Apa salahnya seorang dua peminat dia pergi kat kau.
Aku: -Terdiamseketika - Apa kes?
Aku balas: Apa kau fikir aku single, tak ada orang suka aku? Kalau ada pun, perlu ke aku cerita pada kau. Kau siapa? Hahaha.
B: Nite

Well, on that time I was hoping that they would break up. And they do now. And I was hoping for a thank-you reply instead of "Nite".

To B, hope your mum would be doing OK no matter what. Hope God would ease in the progress. Amin.

To A, I know you are reading this. :)