Klik2 sahaja

Friday, June 26, 2009

Semalam

Aku masih di sini. Sama seperti semalam. Aku fikir aku masih sama. Di sekeliling ku. Sekilas pandang. Sama seperti semalam. Pejamkan mata sejenak. Aku yang berubah atau jalan ini yang berubah?

-One litre of tears-

Monday, June 15, 2009

...




Hari ini aku jatuh lagi. Aku pandang langit. Masih biru, senyum padaku.
Esok, jika aku jatuh lagi. Aku tidak akan sedih lagi.


-One litre of tears-

Tuesday, June 9, 2009

Aku Rasa Dia Memang Kool

Satu malam, aku sedang bersantai. Makan burger. Kurang lazat dan berzat. Tapi sebab lapar, aku makan sampai habis.


Tiba-tiba, telefon bimbit ku yang buruk itu berbunyi. Bunyi sistem pesanan ringkas. Ada mesej masuk.

Semek Boloq: Aing ada di mana. Sihat? Cuti ke?

Aing: Sihat. UIA. Cuti tapi saya kerja sambilan di sini

Semeq Boloq: Nak minta tolong Aing. Boleh?

Aing: Kalau mampu, saya tolong. Apa dia?

Semeq Boloq: Ada lelaki bodoh kacau akak

Aing: Ok. Hmm... (So-what?)

Semeq Boloq: Tolong buat satu iklan kereta sewa paling murah, tampal di semua kampus perempuan di UIA

Aing: Hahaha. OK. Budak tu orang Terengganu ke?

Semeq Boloq: Ya. Dia mencabar keperempuanan akak.

Aing: Cool. Di tanggung beres.

Semeq Boloq: Terima kasih.



Iklan itu berbunyi begini:


Kereta Sewa Termurah. Hubungi **** 014*******

1 jam: RM4

1 hari: RM60

Ada yang berminat?


Nota: Cerita setelah diolah berdasarkan satu perbualan melalui sistem pesanan ringkas.


Monday, June 8, 2009

Nostalgia 1: Aku Benci Dia




Aku kurang faham kenapa aku menyampah akan dia. Mungkin kerana aku rasa dia berlagak. Apa yang pasti ramai kenalan aku tidak suka dia. Mungkin kerana dia ada teman lelaki hensem. Mungkin kerana kami cemburu.

Ketika itu, aku adalah pelajar tingkatan tiga sekolah itu. Kurang matang. Seperti biasa, pulang dari sekolah, kami bergegas ke dewan makan. Beratur untuk makan tengahari. Sekolah berasrama.

Suasana dewan makan itu gamat. Ada yang sibuk bercerita. Hanya omong-omong kosong namun itu memberi kepuasan kepada mereka. Ada yang memerhati mereka yang bercerita. Ada yang sibuk mencari kelibat pelajar lelaki yang mereka suka. Suka dalam diam. Sekolah menengah rendah… Itu perkara biasa. Remaja baru nak kenal dunia. Yang ada teman lelaki, cari teman lelaki masing-masing. Bila rasa dirinya dipandang, mula rasa malu. Cuba berlagak seperti terpandang.


Ada banyak karenah.

Sedang aku beratur, dia memotong barisan itu. Berdiri selang dua tiga orang di hadapanku. Sial. Memang aku rasa geram. Aku pandang. Bersahaja. Di dalam hati, aku sumpah seranah dia sepuas hati, jiwa dan raga. Aku tak tahu kenapa aku geram sangat. Mungkin kerana aku memang tidak suka akan dia.

“Kenapa kawan baik kau selamba potong barisan?” DD kurang puas hati.

“Kita tengok. Tak apa.” Aku senyum. (Dia bukan kawan baik aku).

Sebaik dulang makanan penuh berisi hidangan, aku bergegas ke tempat mengambil minuman. Dia? Dia meluru ke meja makan, meletakkan dulangnya terlebih dahulu tetapi aku yakin dia akan datang mengambil minuman.


Para pelajar boleh menambah minuman dan bebas untuk mengambil minuman terus atau mengambil minuman sesudah makan atau mengambil minuman selepas meletakkan dulang di atas meja makan. Dan aku yakin dia akan datang mengambil minuman sebentar lagi. Dia pergi cop meja tu.

Sangkaan aku tepat. Dia beratur di belakangku selang dua tiga orang untuk mengambil minuman.

Aku senyum (Di dalam hati). Berjalan ke arahnya. Sengaja kutumpahkan air sirap itu ke atas uniform putih itu.

“Aing!” Separa menjerit.

“Oh, maaf. Aku tak sengaja.” Muka tidak bersalah, seperti mahu menangis.

Aku rasa semua mata memandang kami. Lelaki mahupun perempuan.

“Aku…”

“Urgh! Aku dah tak boleh makan. Kena salin baju. Melekit!” Dengusnya. Manja. Dia bergegas keluar dari dewan makan itu.

Aku? Aku menuju ke arah DD. Meletakkan dulang berisi makanan dan pergi ke singki, mencuci tangan. Sebaik melabuhkan punggung ke kerusi, DD bertanya.

“Kau sengaja?”

“Kau rasa?” Aku senyum puas.

“Ish, kau ni! Dia marah tak?”

“Maraaah. Tapi apa boleh buat. Dia kena pulang ke dorm, mandi atau lap badan sebab baju dia basah kena air sirap murah yang pekat tu. Pewarna pun likat. Siap mandi, salin baju, dewan makan dah tutup. Dia tak boleh makan. Kena pergi prep terus.”

“Kau tak takut ke?”

“Takut apa. Memang dia tak suka aku?”

“Mana kau tahu?”

“Aku pernah baca diari dia.”

Mata DD bulat.

“Bukan aku seorang. Ramai.

Mata DD masih bulat.

Hari itu aku mengunyah makan tengahariku dengan puas. Aku berumur kurang lima belas tahun ketika itu. Kurang matang. *Senyum.

-Ainguzzle

Friday, June 5, 2009

Tagged Pt. 4

5 Tempat membeli belah yang wajib dikunjungi:

Jarang aku kunjungi tempat membeli belah. OK. Ini definisi tempat beli-belah aku.

1. KLCC: Dekat
2. Alpha Angle Wangsa Maju: Sangat dekat
3. Astaka Kuala Terengganu: Balik kampung kena teman mak aku beli barang dapur sebab dia tak reti baca
4. Pasar Malam BMI: Aku kena beli buah. Sini buah-buahan murah wa cakap lu
5. Pasar Pagi Pulau Kambing: Kena paksa rela ikut mak aku beli barang mentah bila balik
kampung. Apa yang penting sini ada satar yang masyuk.


5 benda yang wajib anda beli:

1. Air Mineral: Desa Mineral Water is my favourite
2. Makanan: Sushi, jagung, makanan berkuah blablabla
3. Satar: Bila ke pasar pagi
4. Buah-buahan: Bila ke pasar malam
5. Tiket LRT / Bus: Bila naik
public transport


5 benda yang wajib ada di dalam dompet anda:


1. Pelbagai kad: IC, StudentCard, ATM Cards,Credit Card
2. Money
3. Driving license: Though aku tak memandu
4. Nota untuk sesiapa (jika dompet aku hilang)
5.- !




5 tempat yang anda gemari bersantai bersama pasangan/teman anda:


1. Kedai makan: Borak dengan puas hati. Makan asyik topup
2. Tempat yang boleh tengok alam: Sebab dia pencinta alam kot
3. Tempat ilmiah. Tabah. (Tapi baru sekali)
4. Shopping Mall. Bosan
5.-!

5 topik yang anda gemari semasa bersama pasangan/teman anda:

1. Kutuk kritik cerita. Pengkritik filem. Yeah..
2.Pasal kerja masing-masing walaupun tak faham. Gagagaga
3. Pasal study aku. Huh. Kena luahkan. Stress dowh pendam
4. Pasal anak saudara dia. Tabah. Tak pun mak atau family dia. Atau adik aku.
5. Cerita rakan-rakan. Gosip kot. Heh



5 mangsa tag yang anda gemari:

Sesiapa yang lapang. Ngeh3 (Tak menjawab soalan)




Penutup: Kurang 5 items dalam wallet aku, kurang 5 tempat aku suka lepak dan aku tak tahu nak tag siapa.

Aku Orang Terengganu. So What?




This morning, while I was having my breakfast… Urgh. Not really breakfast. My friend bought me fruits. Good for health. So I ate an apple. An apple a day takes the doctor away… *Sigh.

OK. Here is the conversation between me and N.

N: Aku ke Uptown dengan Nickos semalam.

Aing: Hmm…

N: I heard this woman spoke. She is Sarawakian. I got excited.

*Aing still listening. She nodded.

N: Sarawakian sik? Aku excited. Aku tegur dia.

Aing: Tapi… (as if could guess what would happen next)

N: Yup. She looked at me and said nothing. OMG! Muka dia ada question mark besar. (Angry)

Aing: Hmm…

N: Nickos said that these people are ashamed of where they come from. This is not my first time.

Aing: Oh. I see… Bukan orang Sarawak je malu nak mengaku dia Sarawak. Classmate aku ni, orang Kelantan. Dia tengah sembang ngan Sara after class IOK. Budak Literature.
Siti mesti kenal.

N: Dah lama aku tak jumpa Siti. Mesti dia banyak cerita kan.

*Out of topic for a few seconds.

Aing brought in the story back.

Aing: Sara tanya dia, “Aren’t you going back?”. Aku tak tahu kenapa diorang melebat in English.

N: Ok.

Aing: Dia cakap, "No, I won't".
N: Aha

Aing: "Where are you from?" Tanya Sara. And he said, "Kelantan". Aku pun excited. Aku tak tahu kenapa. Bila jumpa orang Kelantan atau Terengganu, aku akan excited. Maybe sebab share sama bahasa. And sebab aku ada mak angkat kat sana. Kedah pun.
Sebab aku pernah belajar sana.

N: Oh. Of course. Same goes here.

Aing: Aku tanya, "Which part of Kelantan?" Dia cakap Machang. Then, aku cakap, "Kito jighe. I’m from Terengganu". And.. He said, "Why do you consider myself as your neighbour. We are not even in a same team for football. Kelantan and Terengganu. It is too far". Muka sinis as if aku ni asabiyyah kot.

N: WTF

Aing: Aku geram dan sedikit malu so aku cakap, "I am talking about border. Kelantan and Terengganu. When people say they are from Kuantan, I will consider themselves as my neighbours also. So, if you are not my neighbour so stay away and we are not friends". Mashi ngan Sara ketawa. Sara sambung. "Enemy, enemy".

N: Dia?

Aing: Dia cakap, "If we are talking about the border, we are neighbours". Aku buat muka Whaattever! Lepas tu attempted to have conversation with me. Aku bolayan. Dia guna English je. Aku tak tahu kenapa. Aku pernah dengar dia cakap Melayu. Ada slang Kelantan sikit. Malu kot. Kalau aku, aku tak kisah. Who cares.

N: Some people do care but just be yourself.

Aing: Yup. Even, kalau aku di UK. Aku jumpa Indonesian, aku akan excited.

N: Yes. Because we share the language.


Aing: Betul betul betul. Tabah.



Be proud of yourself.

I am positive today. *Smile

Thursday, June 4, 2009

Aku sedang merogol bahasa

Mamat ni melintas. Muka serabai. Pecah rumah. Pakai headphone gedabak yang memang old-skool gila2. (Buruk tah zaman bila).

Kataku kepada N, "Mesti dia rasa dia kool kan?"
N ketawa.
Bukan niat aku nak hina. Tapi apa yang dia buat memang...
"Memalukan diri sendiri," kata N.

Aku naik bas. Baru balik dari hospital. Panas. Berpeluh. Tengah hari. Tension. Sampai kat sebuah pekan ni, ramai budak sekolah menengah dan rendah naik bas buruk tu. Budak-budak laki ke belakang. Aku tak faham kenapa tempat duduk belakang bas dengan budak-budak laki sinonim. Bas bergerak perlahan. Nak muntah aku. Budak-budak laki kat belakang melalak, menjerit macam monyet. Aku rasa, mesti diorang rasa diri diorang kool. Aku pandang budak-budak pompuan sedang berdiri. Sarat. Busuk. Masam. Diorang pakai jam tangan sepesen. Beg sekolah pun lebih kurang sepesen. Aku rasa diorang rasa diri diorang kool gak. Jam dengan beg tu rata-rata beli kat pasar malam tak pun kat kiosk tepi-tepi di shopping mall. Aku bukan nak hina diorang tapi share pengalaman. Aku pernah jadi remaja gak. Pernah jadi mangsa fesyen gak sebab nak kool. Tapi aku harap dan rasa aku tak seteruk diorang. Tabah.

Sekarang aku dah dewasa. Dulu time belajar kat U. Aku perasan minah-minah yang bergaya. Bagus la bergaya. Aku tak kesah pun korang bergaya. Tapi, ada satu jenis manusia ni, diorang bila jalan mesti breast ke depan, bontot tonggek sikit ke belakang. Memang breast berada di depan dan bontot berada di belakang.Tapi diorang sengaja lebihkan aset diorang tu untuk terkeluar. Pastu jalan macam satu dunia pandang dia. Mungkin ini apa yang aku perasan je. Tapi seriously, hell yes. Ada manusia kategori macam gini.

Senior aku pernah cakap, "They think that they are the coolest people on earth". Aku ketawa.

Tapi aku bengang bila jalan laluan sempit diorang main langgar sebab taknak mengelak. Jadinya, aku yang dah mengelak akan tergesel bahu dengan kuat. Sakit la bodo. Muka tak cun pun! Tapi memang ada yang cun tapi rata-rata memang aku lagi pandai dari mereka. Tapi ada juga yang pandai dari aku. Tabah.

Satu hari tu, budak pompuan lisptik merah naik bas dengan muka the coolest person on earth. Aku pandang sekali. Terasa nak pandang lagi sebab...
Jadinya aku pandang dia dua kali. Muka dia memang berlagak habis rasa macam paling cun dalam bas tu lepas aku pandang dia dua kali. Sebab aku pandang kali ketiga, aku rasa macam nak tendang je muka lipstik merah tu. Menyampah!
Aku kesian, aku pandang kali ketiga sebab celah kangkang jeans dia yang ketat tu ada benang tertanggal. Panjang pulak tu. Tabah. Takpelah.

Bagus la. "Confident," kata D.

Ini cerita budak laki yang rasa diri dia hensem though dia tak hensem. Satu hari tu, aku duduk berdiri kat koridor tingkat dua. Pukul 2 petang. Aku praktis nak presentation. 5% je markahnya tapi aku nervous tahap jantung berdegup kencang nak mati. Aku perasan seorang mamat ni tengah jalan kat bawah sambil pandang aku. Aku pun pandang dia. Tapi dari air muka dia aku tahu dia rasa diperhatikan dan tengah kontrol macho. Aku buat dek je sebab aku tak kenal sapa dia dan aku takut serta cuak sebab presentation tu. Sedang aku berpraktis lagi. Gedebuk! Mamat tu terpeleot, jatuh. Aku terus blah sebab aku rasa dia malu sebab dia kontrol sangat pastu jalan tah macam mana jatuh kat tempat jalan rata. Tabah.


Kesimpulannya, jangan jangan jangan. Aku pun tak tahu apa. Yang aku tahu entri aku kali ini memang jelaslah bahawa aku sedang menjadi seorang perogol bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Tabah.

Aku benci boss aku. Aku rasa dia rasa diri dia best. Aku tak sabar nak tunggu bulan lapan ni takpun
dapat kerja baru. Siapa yang baca tolong doakan aku. Semenjak bermenjak ni, aku tempuhi banyak dugaan. Aku rasa aku banyak buat dosa tu sebab Tuhan kacau hidup aku nak kasi aku sedar sikit. Tabah. Aku memang berdosa. Tapi aku rasa aku manusia lemah. Aku memang lemah.

Aku tak tahu aku mampu atau tidak. Untuk tabah. I hate everything. Aku tahu kata-kata ini sungguh berbaur negatif. Negatif