Klik2 sahaja

Friday, May 29, 2009

Rasa itu pahit




Ubat itu pahit. Rasa perit. Perit itu rasa sakit.
Bagaimana rasa itu? Seringkali mereka tanya akan rasa itu.
Baiklah. Kalian mahu tahu.


Rasa itu seperti urat-urat umpama wayar-wayar berlingkaran terbelit dan dipintal. Dan dipintal. Dan diperah dan diperah. Ah, perit. Itulah dia. Umpama setelah urat-urat itu berbelit dan menjadi seperti bola, dicucuh pula dengan api yang separa marak. Ngilu sedikit.

Aku mengerang. Meramas cadar. Cuba menggapai apa-apa di sekelilingku. Jatuh bergelimpangan barang-barang di tepiku.


Aku mengerang lagi. Otot-otot mula menegang. Kejang. Bibir diketap. Mata dikejam. Rapat. Air mata mengalir. Terhapus dosa kata orang. Mudah-mudahan ya.


Aku bangun dan berlari. Belum sempat sampai ke tempat di tuju. Muntah tersembur. Aku hamburkan segalanya. Sisa-sisa yang belum tercerna menjadi tenaga. Baunya memang boleh tahan. Terduduk dan tersandar. Bibir menggeletar. Tangan menggeletar.


Gagahi diri bangun. Mencuci muka dan berkumur. Rebah lagi. Rasa datang lagi. Tidak mampu untuk mengerang lagi. Air mata saksi rasa itu. Gugur menemani sepiku.

Wednesday, May 20, 2009

Dumb or Sincere?

I was reading my so-called 'oldies' emails. I found these. Sort of funny but yeah, children are sincere enough. Enjoy!

































































Tuesday, May 19, 2009

Hari Jahat 190509

Semalam kau tipu aku. Dua kali.
Kau fikir aku tidak tahu?
Penipu!

Kau sombong. Melarikan diri. Pelawaan tidak ditolak.
Namun kau tidak hadir. Menyepi. Ditolak. Fikirku.

Aku keluar bersama teman kau. Teman akrab kau. Kekasih kau. Itu mungkin apa yang kau fikir.
Apa? Tidak cukup berkasih seorang? Sehingga aku kau cemburui?
Apa? Kau cukup kenal dia? Sehingga semua ayat ucapku kau sangkal?
Apa? Aku ganggu hidup kau? Ada? Bila ya?

Aku pelik. Aku rungsing juga. Seketika fikirku. Lama juga rupanya.
Umpama lalat menerawang ke dalam setiap pelosok kotak fikiranku.
Baik. Geli tekak. Lalat hijau. Tapi itu umpama. Umpama.

Aku cuma pelik. Kau benci aku, ya?Apa salahku? Apa kataku semua salah.
Aku fikir kau seorang kawan.
Rupanya kau seorang lawan.


Aku masih berfikir walau aku tahu tiada guna aku berfikir.
Banyak lagi masalah dunia dan akhirat yang perlu aku fikir
Siapa tahu aku mungkin mati esok.
Jadi, aku mahu minta ampun sama kau.
Kalau aku ada buat salah.

Jangan benci akan aku. Kerana aku pernah sayang akan kau.
Jangan berlagak kau tahu semua.
Kerana… kerana... kerana...
Ya, aku tiada sebab kukuh.
Namun jangan berlagak tahu.
Sebab tiada siapa yang tahu.
Apa yang bakal berlaku.

Semalam aku sedih. Hari ini aku kesal.
Esok, aku pun tidak tahu. Apa?

Bad Ass 190509

I checked my bank account
They banked in my salary
What-the-fcuk!
It was only 240
It supposes to be more
I counted. I thought. For awhile
Yezza



I taught at least 5-hours per week
Let me count first...
What if I taught 4 hours a week?
It will be 160 hours a month and I taught for three months and I did not submit the third month attendance.
So it will be 160 multiply 2.
Ha! 320.
So it supposes to be 320!
It is the minimum amount and I taught more than this.

I want to quit. I renewed my position but I’ll quit. No regrets!
Time is precious. I want to be firm. Determined.

I checked my second bank account
What-the-duck!
The payment is not yet banked in
But...
This fucking connection between MEPS and BANKCARD
Government-Private
They cut off my money for 14.
Yeah. Perhaps it is a small amount but it means a lot for me now.
I wish the money is there before new semester begins

I walked down the street

Shitshitshitshitshitshitshitshitshit

(Astaghfirullah…)


Did I do anything bad? Perhaps so…

Another bad day. Urgh.

Thursday, May 14, 2009

Asshole




She rolled her eyes
No point of smiling anymore
Because that was really ass-hoooole


*Damn
-No regrets!

Friday, May 8, 2009

Terkandas



Semalam aku perasan ada sesuatu di belakangku. Aku gusar. Temanku ajak siasat. Aku fikir elok biarkan saja. Dia gesa aku. Aku akur.


Sesudah siasat. Benda itu berbahaya. Jadi, aku mahu selamatkan diri. Aku lihat sekeliling. Laut. Itu jalan tunggal.


Aku cari sampan. Ingin mendayung ke daratan sana. Aku jumpa satu sampan. Tetapi perlu dibaiki dahulu. Aku cari peralatan. Terokai pelosok kecil yang belum pernah aku terokai.


Siap dibaiki. Tiada pendayung. Aku cari, jejaki. Aku jumpa.


Aku mula mendayung. Fikir. Aku harus selamatkan diri. Laut gelora. Hari ini aku terkandas. Aku tunggu dan masih menunggu. Sampai surut. Sedikit.


Hari-hari jahat.

Tuesday, May 5, 2009

Ayuh Kahwin



Dia menjadi pemerhati. Mereka bercakap itu dan ini. Depan dan belakang. Luar dan dalam. Bukan seluar dalam.

Kahwin. Nikah.

Nikah tuntutan. Walimatul urus tuntutan juga. Apa itu walimatul urus. Itu kahwin.

Wajarkah perkahwinan itu gilang gemilang? Wajarkah perkahwinan itu meriah? Dia fikir wajar tetapi kegemilangan dan kemeriahan itu di atas pemahaman maksud setiap individu. Ada majlis memerlukan kurang puluhan ribu ongkosnya. Ada majlis memerlukan lebih. Terpulang. Apa yang penting? Kerjasama. Kata Wonderpets. Kerjasama bagaimana? Organisasi dan pengurusan.

Jiran-jiran mengata. Saudara-mara mengata juga. Ada yang mengherdik. Ada yang mengomel. Ada yang simpati. Ada yang menolong.

Dia mahu simpan duit. Kahwin dengan orang kaya. Biar tiada air mata kesedihan mengalir. Air mata kegembiraan dibenarkan. "Pedulikan." Boleh saja... tetapi dia tidak kuat. Tapi tak mengapa. Lambat lagi dia mahu kahwin. (Ketawa)

Dia fikir lagi. Seorang teman bakal berkahwin nanti. Bakal. Tak sabar menanti hari indah, kamu. (Sengih nampak gusi)