Klik2 sahaja

Sunday, April 26, 2009

Lembu Jadian


Mereka beri aku tali. Mereka cucuk lubang hidung aku. Mereka tarik aku. Dan... aku patuh?
Ya, aku patuh. Aku akur kerana aku kurang sedar.

Aku fikir mereka ikhlas dan tulus. Rupa-rupanya, aku terlalu polos.

Apabila aku sedar, aku fikir aku bodoh. Sedangkan aku pandai. Pandai bererti aku matang. Aku ada akal.
Aku mampu fikir. Mana hijau dan mana...
Kita tukar warna.
Mana coklat dan mana tahi. Ok. Bukan warna. Pilih secara rawak.
Aku jadi lembu mereka. Semalam.
Hari ini, mereka ambil gunting dan potong tali itu.
Sedangkan aku mampu potong sendiri kerana aku ada tangan dan mata. Dan jari jemari.

Aku senyum. Senyuman tidak ikhlas. Itu balasan. Umpama susu dan tuba.
Seorang teman berbicara, "Di mana senjata engkau?"
"Senjata apa?"
"Peluru penembus hati itu. Sakit buat sekejap sahaja tetapi itu kebenaran."
"Aku simpan kerana aku fikir aku sudah dewasa. Harus berkelakuan seperti aku matang."
"Jangan dipijak orang kerana kita harus berpijak di atas tanah. Bukan atas orang."

Aku diam. Aku fikir lagi.
"Baik. Aku mahu kembali kepada manusia semulajadi."
"Bagus. Buang ilmu lembu jadian itu."

Akur dan nekad. Serta tekad mahu laksana. Janji aku. Doakan aku, ya. Hati aku mudah kendur.


Friday, April 24, 2009

Godaan Buas



Bisikannya gemersik
"Pergilah," dia membisik
Aku gagahkan diri
Menangkis kata hati
Namun aku kian tewas
Aku ditakluk olehnya
Aku terpana dengan godaan buas
Iblis, aku benci mereka!


Nota:

Aku selalu berusaha untuk cekal dan gigih belajar di dalam bilik yang penuh godaan seperti katilku yang sentiasa melambai-lambai ingin membelai dan mendodoi aku. Dan... komputer riba yang menyanyi-menyanyi memanggil aku.
Katanya, "Animasi sudah dimuat turun". Katanya lagi, "Filem-filem merayu minta ditonton".
Dan menurutnya, "Perisian permainan komputer pun merengek manja".

Aku? Aku paling longlai apabila berdepan dengan animasi dan permainan komputer. Kenapa? Kerana mereka sungguh menyeronokkan mengalahkan lelaki-lelaki yang tampak seksi apabila memasak. Melainkan, ada sesiapa mahu belanja aku stimbot dan tomyam ayam yang pedas dan penuh kuasa tendang?

Kesimpulannya, pergilah ke perpustakaan nescaya iblis tidak akan berjaya menakluki diri kau. Salah iblis atau aku? Fikir sendiri. Tak perlu jawab. Aku tahu jawapannya.

Hadiah Valentine




Hari Valentine dah lepas. Orang kata Hari Valentine dinamakan sempena nama seorang paderi bernama Valentino. Paderi itu menyeru orang ramai untuk menyemai kasih sayang sesama manusia.

Orang kata lagi Hari Valentine jatuh pada hari di mana umat Islam dibunuh secara beramai-ramai. Jadi menyambut hari Valentine sama seperti menyambut hari kematian umat Islam itu semua.

Saya kata saya sayang orang yang sayang saya. Yang tidak sayang, buat apa saya sayang? Fikir sejenak. Muktamad. Tiada perasaan. Tidak sayang. Tapi saya tidak tahu siapa yang sayang atau tidak sayang saya. Saya peduli apa! (Kata-kata manusia penuh amarah atau sombong atau bongkak atau ego). Abaikan.

Saya terima anugerah-anugerah ini dari seorang blogger. Sempena entri untuk kekasih-kekasih saya agaknya. (Senyum). Terima kasih, encik.


The Rules:

1. Place the award logo in one post as soon as you receive it.
2. Do not forget to mention who gives you the award.
3. Answer the award's question by writing the reason why you love blogging.
4. Tags and distribute this award to as many friends as you like.
5. Do not forget to place their links in your post.

Question 1: DONE

Question 2: DONE

Question 3: I like writing

Question 4: I will. InsyaAllah

Question 5: Whose links?

Tuesday, April 21, 2009

Sincerity Brings Happiness


Pada mulanya dia fikir manusia ini seorang yang sangat pendiam, baik hati namun agak sombong. Sedikit. Sekarang dia tahu manusia ini tidak pendiam. Masih baik hati. Sombong juga. Bertempat.


Manusia ini telus apabila berbicara. Lantang. Mungkin mengundang kebencian kerana bukan semua orang bersedia untuk menerima kebenaran. Kerana kebenaran itu pahit. Kadangkala. Namun, kadangkala kebenaran manis juga.


Dia fikir lagi. Manusia ini seorang yang sangat cinta akan kanak-kanak. Jujur juga. Bukan keras dan palsu seperti perempuan-perempuan tegur bayi-bayi atau kanak-kanak berhampiran mereka seperti ini.


A: Ini anak saya

B: Wah, comelnya anak encik. Alaaa


atau


C: Ini anak saudara aku

B: Coomeeelnya. Ala ala. Meh kat akak meh


Mungkin ada yang jujur. Situasi ini berlaku di depan mata dia dan dia tahu serta yakin B sangat palsu. Matanya, senyumannya. Palsu. Berbalik pada cerita asal.


Dia pernah lihat manusia ini menyuap makanan kerana adik itu terlantar sakit. Dia pernah dengar cerita bahawa manusia ini menemani adiknya yang berumur dua belas tahun mandi.


Manusia ini pendengar yang baik. Dia suka bercerita kerana manusia ini faham akan peranannya. Dengar dan komen jika perlu. Jika dia ingin mengeji, manusia ini memang pakar juga. Jujur. Mengeji itu memang kurang bagus. Tapi meluahkan ubat hati. Luahan kadangkala menyelitkan keji, maki dan umpat sebagai perisa tambahan. Jangan ikut tabiat mereka berdua. Mereka sedar tabiat ini tidak bagus untuk batin.


Baru-baru ini, dia terbuang sekeping kad hari lahir ke dalam plastik sampah. Kad hari lahir yang belum siap. Buatan sendiri. Untuk manusia ini. Ampun, sahabat! Kesibukan mencetuskan kealpaan lantas dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Perkenalkan, seorang lagi kekasih saya, Saufi Amri,


Manusia ini

Kenangan. Aku tak sinonim dengan ular. Jadi aku pandang sahaja



Rinduuu (Senyum)

Promosi kasut


Nota:
Lagi tiga bulan, aku belanja kau. Janji! (Sengih)

Thursday, April 16, 2009

Nasi Lemak, Roti Canai, Charkuetiau

Tengok video ni dari satu blog ni. Tertarik untuk ikut dia mempromosikan ini:








Nota:
Kita umpama nasi lemak, roti canai dan charkuetiau. Sedap!
Thanks ary, cause I never saw this before. Gila kuno aku. (Gigit kuku sampai hancur)
Aku suka suara Atilia dan Pete Teo.

Tuesday, April 14, 2009

Kekasih Saya


Saya ada seorang kekasih. Ramai kekasih. Tapi dia istimewa. Yang lain istimewa juga. Tapi dia lebih. Semalam dia hubungi saya. Dia telefon. Saya rasa seronok bercerita. Saya rasa rindu akan dia. Rindu. Dia suka peluk saya. Tapi itu dulu. Sekarang kami jarang berjumpa. Agak jarang. Ok. Kekasih. Perkenalkan. Dia budak sepet.














Dia suka buat muka bajet comel


Saya ingin mencapub juga


Ini versi gedik. Tapi hanya kami yang kelihatan gedik. Sila keji jika kurang puas hati


Bersama kekasih kami. Siapa paling buncit?




Yesterday. It was Nineteen-Fifty-Seven






One man climbed. He got the chair.
Directly. Indirectly.
Paradoxically, both took place.
One man went down.
One familiar man entered the house. Again.
Audiences are watching the play.
Some are confused.
Some are paranoid.
Some are satisfied.
Some are indifferent.
Which are you in?

Thursday, April 9, 2009

Mesej Lucah



Tit tit. Tit tit. Bunyi mesej telefon bimbit mengejutkan dia dari tidur. Pad kekunci diaktifkan bagi membaca mesej itu.

"Nombor siapa ni?" Getusnya di dalam hati.

"Apa hantar mesej lucah! Nombor sesat!" Dia sedikit geram akan tidurnya yang terganggu dek mesej itu.

Dia menutup mata, menyambung tidurnya. Dia cuba untuk tidur namun mindanya tidak lepas dari berfikir berkenaan mesej lucah itu.


Pad kekunci diaktifkan . Dia membalas mesej itu.

Mesej itu: Kenapa kita nampak awak kat sekolah? Kelas Seni pukul dua bukan?

Dia balas: Kelas Seni sekarang. Kelas 5 Delima. Cepat datang.

Dia memejamkan matanya. Katup. Sebelum tidur, memori persekolahan yang ditinggalkan semenjak tujuh tahun lalu menerjah ke ruang mindanya. Dia senyum.

Thursday, April 2, 2009

Kosong



Dunia aku gelap. Semalam, kawan aku pesan. Jangan tamak. Bersyukur. Baik. Dunia aku sudah ada cahaya tetapi kosong. Aku bersyukur akan itu. Betul. Tak bohong.

Dunia aku kosong. Kosong tapi bukan hitam. Putih. Mungkin. Aku sesat. Aku fikir aku lemas.
Bantuan pernafasan tidak diperlukan. Aku masih bernafas. Secara normal. Manusia selalu kurang puas.

Aku cuma perlu pen. Sebatang. Dua. Tiga. Pinjam kan kepada ku. Sesiapa. Ada?
Aku mahu lukis peta. Petunjuk bagi cari jalan keluar dari keserabutan yang kosong dan putih ini.

Siapa? Apa?

Mulut Emas bahagian 5




Betul Penyu bertelur
Salah
Telur berpenyu

Esan: OK. Siapa ada calendar.
* Semua orang mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Kecuali Azam.

Esan: Telefon korang ada cuti setahun ke?
*Azam ketawa. Yang lain, ketawa juga. Tidak ikhlas. Ada yang senyum. (Heh)

Azam: Aku ada calendar. (Mengeluarkan mini calendar dari dompet)
Azam: Ogos ada cuti. Merdeka.

Esan: Tak boleh. Kita kena pergi Julai. Telur berpenyu start akhir Jun sampai Julai.


* Gamat. Maki. Gegar.


Betul Mengaum
Salah
Mengimau

L: Game aku, biawak dan buaya. Biawak buaya biawak buaya (Sebut laju-laju)

D: Susah. Jadi biaya buawak

*Ketawa

Esan: Kita masuk kandang harimau kena mengimau

*Ketawa. Yang panjang

Betul
Abang Madi
Salah
Penyu

Esan: Aku kena tahu tarikh sekarang.

Azam: Lainkali. Tak pasti la.

D: Semua ambil cuti hari Jumaat, sudey.

Esan: Haa! Decide tarikh. Senang aku nak contact penyu

*Ketawa. Berpanjangan.

Esan: Aku contact Abang Madi, nak beritahu pasal kedatangan kita. (Serius)

*Masih ketawa

Sila bayangkan Esan menggunakan walkie-talkie bagi menghubungi penyu di dalam laut.
“Penyu, sila naik bertelur sekarang”. Oh, ya. Penyu memakai radar.