Klik2 sahaja

Monday, March 30, 2009

Susu dan Tuba



Mesej A: Hi. Kabare

Mesej B: Sihat

Mesej A: Saje SMS. Dah lama tak dengar cerita

Mesej B: Nak habiskan kredit lah ni

Mesej A: Mana ada. Tak terfikir pun

Mesej B: Dah tu. Bosan? Pastu mesej semua orang?

Mesej A: Aku mesej kau seorang je. Tak apa lah. Ada kerja. Bye

Mesej B: Eh, tiba-tiba. Nak jimat kredit la tu.





A dengan rasa ikhlas ingin bertanya khabar si B. B sungguh kerek dan negatif. Kali ini keikhlasan tidak membawa kegembiraan.



Selepas sehari dua.



Mesej B: (Mesej forward wishes)

* A berfikir: Apa kes



Nota: Tabah!

Tagged pt. 3




1. Go to "My Pictures" or your Photo Folders in your computer

2. Go to the sixth folder of your photos' folders

3. Go to the sixth photo of that folder
4. Upload it here

5. Describe it

6. And finally, tag six other bloggers and leave a comment in their pages.



This is the photo ...



Dua orang kanak-kanak sengal.

You are tagged:
D
Sara
Fifon
SaufiAmri
KakDira
3GadisDTMP

Saturday, March 7, 2009

Ah Beng



P/S: This is not mine. Someone forwarded this to me. Enjoy!

Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said, 'My Mobile No. has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'



Ah Beng: I am a proud, coz my son is in Medical College.

Friend: Really, what is he studying?
Ah Beng: No, he is not studying, they are studying him.



Ah Beng: Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng: Can I take this tomorrow, tonight is final game.



Ah Beng: If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng: No, I'll also stay with your sister.



Ah Beng: People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng: When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.



Ah Beng complained to the police: Sir, all items are missing, except the TV in my house.

Police: How the thief did not take TV?
Ah Beng : I was watching TV news...



Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'. He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complimnt.'



How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.



Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other. So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot



Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and Says 'Hello, how did you know I was here?'



Ah Beng: Why are all these people running?
Man: This is a race, the winner will get the cup.
Ah Beng: If only the winner will get the cup, why others running?



Teacher: 'I killed a person'. Convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'



Ah Beng told his servant: Go and water the plants!
Servant: It's already raining.
Ah Beng : So what? Take an umbrella and go.





Wednesday, March 4, 2009

Herman dan Julius Lester

“Tajuk cerita pendek saya ialah Orang-orang Yang Boleh Terbang, dikarang oleh Julius Lester.”

Diam. Seisi kelas diam. Memberi perhatian. Namun, lain di fikiran Herman. Gusar melihat semua mata memandang, seolah-olah tidak mengerti.

“Mereka memang terbang. Jangan tanya kenapa. Saya tidak tahu.” Bulat mata Herman meyakinkan.

Seisi kelas gamat. Gamat dengan ketawa.

“Saya serius. Saya tidak tahu, kenapa mereka terbang,” Herman bimbang.

“Tak mengapa. Teruskan. Kami ingin tahu,” kata Khadeeja.

Mereka ketawa lagi. Dahi Herman berkerut. “Boleh saya teruskan?”

“Boleh!” Kedengaran beberapa suara menjawab. Serentak.

“Tahi lembu jantan! Kenapa mereka ketawa. Aku serius!” Herman bermonolog di dalam hati. Serius. Dia bimbang. Dia memandang Farid. Farid masih ketawa bersama Hidayah. “Tahi!”

Herman menelan air liur.

“Kisah ini berlaku selepas perang dunia kedua. Orang-orang barat, berkulit putih berlayar ke Afrika. Di Afrika, orang-orang Amerika membawa orang-orang Afrika pulang bersama mereka ke Amerika.” Herman diam seketika. Seisi kelas diam.

Herman mengangkat keningnya, seperti bertanya tanpa suara. “Kenapa? Aku silap cakap ke?” Fikirnya.

Beberapa orang pelajar ketawa.

“Maksud saya di sini, mereka dibawa secara paksa. Bukan dengan kerelaan hati.”

Mereka ketawa lagi melihat mimik muka Herman. Termasuk Farid, kawan rapatnya.

“Baiklah. Di dalam perjalanan ke Amerika. Ramai yang meninggal dunia kerana keadaan di dalam kapal yang sesak. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada yang meninggal dunia. Jangan tanya saya kerana pengarang tidak menulis berkenaan mereka. Mereka yang telah meninggal dunia.”

Mereka ketawa lagi. Dahi Herman berkerut memandang seisi kelas. “Aku berjenaka ke?” Kurang puas hati.

“Mereka tiba di Selatan Carolina, Amerika. Di sana, orang-orang Afrika dijadikan hamba dan bekerja di ladang milik orang-orang berkulit putih. Mereka dipaksa menjadi hamba-hamba kepada orang-orang Amerika. Oleh kerana tidak tahan dipaksa bekerja keras, ada di antara mereka yang cuba melarikan diri. Mereka melarikan diri melalui laut. Menurut petikan di dalam cerita ini, “…mereka berjalan di atas air untuk melarikan diri”. Halaman satu. Secara jujurnya, saya rasa maksud pengarang ialah berenang. Mana mungkin manusia boleh berjalan…”

Gamat. Ketawa lagi. Herman terkejut melihat ketawa mereka pecah. Berderai.

“Kamu fikir mereka berjalan di atas air?” Soal Herman. Kurang puas hati.

“Teruskan, Herman.” Khadeeja, sedang merakam pembentangan Herman.

“Eh, kenapa kau rakam aku?” Herman terkejut. “Teruskan…” kata Khadeeja lagi. Khadeeja, duduk di barisan paling hadapan di dalam kelas itu.

“Oleh kerana mereka pilih untuk melarikan diri, semestinya mereka meninggal dunia. Berenang dari Amerika ke Afrika? Mustahil untuk sampai, bukan?” Herman berhenti seketika. Dia berfikir.

“Mungkin ada yang tiba di Afrika, siapa tahu, kuasa Tuhan.”

Kali ini ketawa pecah lagi. Khadeeja menahan dirinya daripada ketawa, mengelak untuk rakaman video Herman kelihatan bergegar. Herman mengeluh. Kurang puas hati. “Kenapa aku diketawakan!” Bergema di dalam hati.

“Apa yang pasti, tindakan untuk melarikan diri melalui laut digambarkan oleh pengarang sebagai bunuh diri. Menurut pengarang, mereka lebih rela mati daripada diperlakukan sebagai hamba-hamba kepada orang-orang kulit putih itu.” Herman diam seketika. “Mereka tidak ketawa. Petanda baik.” Herman senyum. Khadeeja ketawa.

“Kenapa? Aku hanya senyum. Senyum itu sedekah,” Herman kurang puas hati.

“Teruskan, Her,” ujar Farid. Dia duduk di barisan paling belakang.

“Suatu hari yang sangat panas, seorang hamba wanita yang sarat mengandung pengsan. Seorang lelaki berkulit putih datang kepadanya dan menyebatnya sehingga dia terjaga.” Herman membuat lagak sebat itu. Seisi kelas ketawa lagi. Herman tidak mengendahkan mereka. “Saya tidak tahu apa jawatan dia. Mandur, barangkali. Jangan tanya saya apa jawatannya.”

Kali ini kelas gamat dengan ketawa lagi. Herman terkebil-kebil.

“Di dalam ladang itu, terdapat seorang dukun. Namun, tiada siapa yang tahu bahawa dia seorang dukun. Dia datang secara perlahan-lahan ke arah wanita itu.” Herman membuat lagak berjalan secara perlahan-lahan.

Farid ketawa berdekah-dekah. Seisi kelas turut ketawa mendengar tawa Farid.

“Lagu Harimau Merah Jambu mengisi ruang kepala aku. Kau memang geliga, Her.” Farid ketawa. Hidayah memandang Farid. Pelik, kenapa Farid masih ketawa.

“Perlu ke dia lakonkan aksi itu di hadapan?” Aing ketawa.

“Aku setuju. Aku rasa dia memang seorang yang kelakar. Dia masih kelihatan keliru. Mungkin, dia tidak sedar bahawa dia seorang yang kelakar.” Nurul senyum. Aing senyum. “Sah, Herman sudah ada peminat!” Fikir Aing.

Malas untuk memikirkan punca rakan-rakan ketawa, Herman meneruskan pembentangannya. “Dukun itu berbisik sesuatu di telinga wanita mengandung itu. Tiba-tiba, seorang lagi hamba pengsan.” Herman diam. Berfikir. “Mungkin kerana cuaca yang panas.”

Terdengar suara perlahan, ketawa. “Tahi! Kamu semua!” Di dalam hati. Herman geram.

“Orang kulit putih itu menuju ke arah hamba yang pengsan itu. Dia menyebatnya sehingga hamba itu terjaga. Sebaik lelaki kulit putih itu berlalu, dukun itu datang dan membisikkan sesuatu ke telinganya. Dia bangun, berdiri dan terbang. Terbang begitu sahaja.”

Ketawa.

“Dukun itu berbisik ke telinga hamba lain. Hamba-hamba itu menyebarkan bisikan itu. Mungkin satu mentera. Apa menteranya, jangan tanya saya. Saya tidak tahu.”

Ketawa.

Herman mengerutkan kening. “Akhirnya mentera itu tersebar dan semua hamba terbang di udara. Saya tidak tahu samada mereka benar-benar terbang atau tidak kerana saya tidak berada di tempat kejadian…”

Ketawa.
Kali ini, Herman betul-betul gusar. Dia bimbang akan markah pembentangannya. Apa kata Doktor K di belakang? Dia serius dan rakan-rakan fikir dia berjenaka.

“Saya tidak pasti mereka berjaya melarikan diri atau tidak. Menurut pengarang, sehingga kini tiada siapa yang tahu apa yang dibisikkan oleh dukun itu dan tiada siapa yang tahu, ke mana mereka semua terbang. Saya harap hamba-hamba itu selamat dan bebas. Moga hidup mereka bahagia sepanjang hayat.”

Farid menepuk meja. Dia ketawa berdekah-dekah. Yang lain turut ketawa.

“Tahi, kau Farid.” Di dalam hati. Geram. Herman memandang Farid, senyum sinis.

Herman menelan air liur. Pembentangannya harus diteruskan.

“Menurut Al-Attas…”

Sepuluh minit kemudian, Herman kembali ke tempat duduknya, di sebelah kiri Farid.

“Kenapa kau tahi lembu jantan? Kau ketawakan aku!” Tanya Herman.

“Her, jangan emosi. Nanti kau gila. Serius, sahabat. Kau memang lucu di hadapan tadi. Aku tidak tahan. Aku suka pembentangan kau. Bijaksana.” Farid bersungguh-sungguh.

“Aku rasa seolah-olah aku diketawakan.”

“Memang kau diketawakan.” Farid berfikir. Kurang faham.

“Herman, aku tidak tahu yang kau fasih berbahasa Melayu. Kau dari Indonesia, bukan?” Soal Nurul. Nurul mencuri dengar perbualan mereka berdua.

Oh, ya! Mereka pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menjadi pengantara mereka di dalam kelas. Herman, berdarah kacuk, sering disangka bukan anak jati Malaysia.

“Aku orang Malaysia. Anak jati Malaysia.” Herman senyum. Kurang ikhlas.

“Dia memang pendatang. Wajahnya persis orang-orang Indonesia, bukan,” sampuk Farid. Sengih.

“Tahi. Diam Farid.”

“Aku sangka kau dari Indonesia. Salam perkenalan. Aku Nurul,” Nurul senyum.

“Aku Herman. Salam perkenalan.” Senyum. Tidak ikhlas.

“Herman ada peminat…” bisik Farid perlahan ke telinga Herman.

“Diam, kau tahi.” Herman rimas.

“Aku bukan tahi. Aku seorang manusia.” Farid kembali serius. Dia tahu itu gurauan.

Herman sengih. Senyum. Ikhlas.

Mereka menumpukan perhatian kepada pembentangan seterusnya. Pembentangan yang bosan.

Pukul 7.15 malam. Farid dan Herman meluru keluar dari kelas. Pelik melihat pelajar-pelajar perempuan mengerumuni Doktor K.

“Herman. Tahniah! Menarik sekali pembentangan kau,” ujar Aing.

“Tahi. Aku hairan kenapa aku diketawakan.”

“Jangan fikir lagi, Her. Aku rasa baik kau pulang. Kau ada janji temu dengan Nadya, bukan? Aing, Nadya, teman istimewa Herman. Sila tulis di dalam blog.” Farid senyum.

Aing senyum.

“Tahi, Farid.” Herman sengih. “Teman wanita Farid bernama Balqis.” Sinis senyuman Herman.

“Neraka berdarah. Aku bujang!”

“Siapa cakap kau sudah kahwin.” Herman sengih.

“Aing, aku bujang.” Farid cuba meyakinkan Aing.

“Aku mahu makan dan pulang. Selamat tinggal.” Sengih. Senyum. Nakal senyuman itu.

Nota:

*Harimau Merah Jambu: Pink Panther

-Ainguzzle



MULUT EMAS bahagian 4

1.


Salah Kosmopolitant
Betul Cosmopoint

Sara: Dia belajar kat Kolej Kosmopolitant.

D: Ada ke Kolej Kosmpolitant? (Berkerut)

Sara: Eh, Cosmopoint.

D: Haha. Kau ni laju mulut dari otak.


*Ain, secara diam-diam mencatat kesilapan Sara



2.


Salah Cincai
Betul
Cincau

Paten: Air bancau tu macam mana?

Bet: Tak silap aku cincai campur bandung.


*Paten yang sedang bersolek berfikir. Berkerut keningnya. Bandung cincai?


Bet: Cincau.

Paten: Tadi kau sebut cincai.

Bet: Tak. Aku sebut cincau.

Paten: Cincai.

Bet: Ye. Aku tulis sekarang.


*Paten ketawa versi hikhik


3.


Salah Gaji
Betul
Kerja


Paten: Aku pergi gaji dulu kawan-kawan.

Paten: (Ketawa versi hikhik). Aku pergi kerja. Ni sebab J**** bayar gaji lambat. Tersasul gaji.

D: Tulis, tulis!


4.


Salah Inspirasi
Betul Aspirasi

Ain: Aku rasa Inspirasi akan kalah. Inspirasi U** hampeh banyak.

Bet: Jadi, Inspirasi kalah? WUFI menang?

Ain: Aku rasa lah.

Bet: Inspirasi? (Bingkas bangun)

Ain: Aspirasi. Hehehe. Mulut emas, eh?

Bet: Semestinya. (Sedang mencatat)


Nota tambahan: Cerita ini mungkin kurang tepat berdasarkan cerita asal. Namun, hanya sesiapa yang memahami akan faham. Buat D, Paten, Sara, Bet, dan pengunjung Nusaibah E2.8

-Ainguzzle-


Sunday, March 1, 2009

Awas, cerita tersebar!

Siti dan Ros

Ros: Siti, lamanya tak berjumpa! Apa khabar?
Siti: Aku sihat. Aku dah kahwin.
Ros: Tahniah! Dengan Ahmad? (Terkejut)
Siti: Bukan jodoh aku dengan dia. Kami putus tunang.
Ros: Oh, sorry. Aku tak tahu
Siti: Tak mengapa. Mungkin aku tidak cukup baik untuk dia. Aku bahagia sekarang.


Ros, Jannah dan Lili

Ros: Aku jumpa Siti semalam
Jannah: Oh, lama aku tidak bertemu dia. Apa khabar dia sekarang?
Ros: Dia bahagia sekarang. Sudah berkahwin.
Lili: Abang Ahmad tunang dia, bukan? Abang Ahmad itu hensem.
Jannah: Lama mereka bercinta. Dari tahun pertama di universiti.
Ros: Bukan. Dia putus tunang. Bukan Ahmad yang menjadi suaminya.
Lili: Kenapa?
Jannah: Dulu, Ahmad kelihatan begitu mencintai Siti
Ros: Kata Siti, bukan jodoh. Mungkin dia tidak cukup baik untuk Ahmad. Mungkin tiada keserasian.
Jannah: Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Moga Siti bahagia sepanjang hayat dan Ahmad bertemu jodoh yang baik.



Lili dan Aida
Lili: Abang Ahmad dah putus tunang.
Aida: Eh, tunang dia Kak Siti, bukan?
Lili: Putus. Kak Siti sudah berkahwin dengan orang lain.
Aida: Mana kau tahu?
Lili: Kawan kakak aku, Kak Ros bertemu dia. Katanya, Abang Ahmad bukan lelaki baik
Aida: Dia hensem dan nampak baik. Mana mungkin.
Lili: Aku pun tak tahu. Ini apa yang aku dengar.


Aida dan Syafiq
Aida: Saya dengar bahawa Ahmad, kawan awak sudah putus tunang.
Syafiq: Cerita mana. Mana awak dengar?
Aida: Dari Lili. Kawan kepada kawannya berjumpa Kak Siti, bekas tunangnya.
Syafiq: Oh.
Aida: Kak Siti cakap yang Ahmad bukan lelaki baik. Betul ke?
Syafiq: Eh, Siti bukan begitu orangnya. Mana mungkin. Awak ni...
Aida: Oh, awak bela perempuan lain, ya. Awak nak cakap saya buat cerita la ni.
Syafiq: Bukan. Kawan awak tersilap dengar agaknya. Saya percaya awak.
Aida: Jadi, Lili yang buat cerita? Begitu?
Syafiq: Bukan. Dua-dua bukan. Kesimpulannya, Siti dan Ahmad tiada jodoh.

Syafiq dan Latif

Syafiq: Semalam Aida cerita yang kawan kepada kawannya terserempak dengan Siti.
Latif: Bekas tunang Ahmad?
Syafiq: Ya. Kata Aida, Siti beritahu kawannya yang Ahmad bukan lelaki baik.
Latif: Benarkah?
Syafiq: Aku kurang pasti. Aku rasa Siti bukan perempuan begitu. Mana mungkin dia burukkan nama Ahmad.
Latif: Siapa tahu?
Syafiq: Ada kemungkinannya juga. Aku pun kurang rapat dengan Siti.
Latif: Kalau ya, tidak patut Siti beritahu kawannya begitu. Ahmad tidak pernah memburukkan namanya.
Syafiq: Ya.

Ahmad

Ini Ahmad. Sejurus Ahmad mengetahui cerita ini ada dua kemungkinan.
Positif: Siapa sebarkan cerita karut ini. (Ketawa)
Negatif: Sampai hati Siti berkata sedemikian. (Kecewa)
Kesimpulan: Jangan begitu yakin apabila bercerita akan sesuatu yang didengari dari mulut orang lain. Atau, pilih untuk tidak bercerita. One story makes two. Two stories make more.