Klik2 sahaja

Wednesday, February 4, 2009

PMS


Fifon, adikku bertanya akan PMS aku secara tidak langsung. Inilah dia. Di antara PMS terburuk aku. 2 Februari 2009.

Sakit di abdomen itu seakan ususku dipulas dan diperah.
Ditambah dengan lenguh di otot kaki seakan aku merentas desa sepanjang hari tanpa senaman asas.
Sakit pinggang seakan dipaksa membengkokkan badan selama sejam.
Oleh yang demikian, sebaik ingin menyandar, rasa sengal di pinggang.
Baik. Rasa itu hilang. Sesekali ingin menggerakkan badan, rasa sengal itu datang lagi.
Membelit pinggangku.

Aku bangun.
Aduh! Membelit dan memeluk kuat pinggangku.
Aku melangkah selangah, rasa seperti usus aku ingin jatuh.
Kawan bertanya, "Rasa macam ovari akan jatuh kah?"
(Ketawa). "Rasa seperti direbus dan sedang menggelegak."

(Tidur). Empat jam berlalu. Mata dibuka. Sakit kepala berdenyut-denyut. Bangun.
Ingin muntah. Rimas dan serabut. Ah, rasa seperti ia menggelegak lagi!

Baringkan tubuh ini. Sakit di pinggang sudah hilang. Belitan dan pelukan itu pergi.
Terima kasih.
Perut di tuam.
Ah. (Pejam mata). Sangat lega.
Perut di tuam.
Ah. Lega. Mahu lagi. Ah. Dan lagi. Ah. Ah. Ah.

Aku gagah sedikit.
Bangun. Berdiri. Mandi.

Sejuk sekali. Mual rasa di dalam tekak ini. Aku cuba bertahan.
Gagal. Aku muntah air kuning. Air mata mengalir.
Aku mandi dan bertahan.
Berhenti aksi muntah.

Segar bugar tubuh aku.
Memakai baju.
Berjalan lemah. Mencari tenaga untuk usus cerna.
Bubur nasi menyentuh selera.

"Bubur nasi. Satu. Bungkus."
"Habis, dik." (Senyum).
(Senyum kurang ikhlas).

Berjalan menukar arah.
"Coklat panas ada?"
"Cadbury?"
"Ya."
"Habiis." (Mimik kurang mesra pelanggan).
(Celaka!)

Aku rimas dan serabut dengan sekeliling.
Pulang dengan sup dan makanan sejuk beku yang direbus.

Aku makan. Minum segelas air panas dicampur Horlicks. Menelan dua biji Panadol.
Aku pengsan.
-Ainguzzle

No comments: