Klik2 sahaja

Thursday, February 19, 2009

Aku Sudah Dewasa


Jika aku bersuara
Alunan itu mencetuskannya
Boleh jadi itu penawarnya
Boleh jadi itu wabak kedua

Jika aku membisu
Kunci itu kaku
Wabak pertama terus merebak
Tersebar secara rawak

Membisu atau bersuara
Cetus atau bisu
Di dalam jiwa ia bergema
Aku masih kelu

Aku pilih untuk bersuara
Penawar dan wabak, kedua-duanya
Bersatu sehingga aku terdera
Paksaan untuk terus berbicara

Jujur dan telus
Jiwanya mulus
Atau mungkin berselindung
Untuk berlagak kudung

Minda aku merantau bebas
Udara-udara ditebas
Aku perlu sedikit ruang
Bagi hentikan perang

Ini bukan dugaan
Nyata ia tersimpang
Aku fikir aku bertelanjang
Jelas aku berpakaian

Bisu atau bicara
Aku pilih bicara
Biar aku didera
Namun aku tidak sengsara

-Ainguzzle

No comments: