Klik2 sahaja

Sunday, February 22, 2009

Minit Terakhir

Mata Herman ligat mencari kod 6218. Tangannya menari-nari di sebalik buku-buku di rak itu.

“Man, kau buat apa?”

“Nik, terkejut aku! Aku cari buku untuk tugasan esok.”

“Kelas Language Acquistion?” Nik mengangkat kening.

“Baru nak cari buku?” Nik bertanya lagi.

Herman angguk. Senyum. Kurang ikhlas.

“Aku tahu kau fikir aku seorang yang pemalas.” Fikir Herman di dalam hati.

“Apa tajuk kau?” Soal Nik lagi, kaget melihat Herman senyum.

Informal Language Learning. Asalnya aku mahu buat Interlanguage. Aku bimbang kerana terlampau luas bidangnya,” ujar Herman, sedikit serius.

“Okey. Semoga berjaya. Aku pergi dahulu,” Nik menepuk bahu Herman.

Herman senyum. Tidak ikhlas. “Terima kasih.”

Herman menyeluk poket seluarnya. Nombor Farid dicari di dalam buku telefon.

“Helo, Farid.”

“Herman. Kenapa?” Suara Farid jelas menunjukkan dia baru terjaga dari tidur.

“Kau dah taip berapa helai? Language Acquisition.” Sedikit cemas.

“Ehem.” Berdehem. Kurang selesa kerana baru terjaga dari tidur.

“Aku baru taip suku helai. Kurang sehelai. Aku tertidur. Aku pun lupa bagaimana aku boleh tertidur,” Farid keliru.

“Hahaha. Bagus! Bila kau mahu bekerja secara serius?” Herman sedikit lega mendengar Farid masih belum menyiapkan tugasan itu.

“Sedang berusaha,” Farid bangun, berdiri, menenyeh matanya.

Herman ketawa lagi. “Okey, aku di perpustakaan, mencari buku. Malam ini aku akan mulakan analisis ini.”
Herman menamatkan perbualan.

Farid berjalan ke arah singki, mencuci muka. Perutnya terasa lapar. Dia menyarung kemeja T, mencapai dompet dan keluar dari biliknya. Perut perlu diisi untuk menjamin kerja berjalan dengan lancar. Maka, produk lebih berkesan.

Setengah jam kemudian, mata semakin berat dek perut penuh berisi. Farid tumbang lagi. Nyata tilam empuk itu sungguh berkuasa.

Jam 8.00 malam, Farid sudah berada di stesen minyak Petronas. Telefon bimbitnya bergegar. Dia mencuit kawan sekerjanya, menunjukkan isyarat bahawa dia perlu menjawab panggilan itu. Kawan itu, mengambil alih tugasnya, menjadi juruwang.

“Herman, aku sedang bekerja.”

“Tahi, aku lupa!” Herman, gemar memaki sesiapa saja.

“Kau berusaha, ya. Aku rasa aku mampu siapkan sebelum esok pagi.”

“Engkau pun. Aku sedikit cuak. Hehe.” Herman ketawa. Ikhlas.

“Aku dilarang menggunakan telefon.”

“Aku tahu. Kau pernah beritahu. Okey, aku mabuk. Selamat tinggal.”

Farid mematikan telefon bimbitnya, gusar jika ditegur lagi. Dia perlukan kerja itu bagi membiayai pengajiannya. Farid berjalan menuju ke arah pekerja dari Bangladesh itu. “Terima kasih, ya.” Dia senyum.

Pukul 11.03 malam, Herman menatap skrin komputernya. Otaknya kaku. Bunyi mesej masuk menyedarkannya. “Tahi, aku tatap skrin hampir setengah jam tanpa menaip!” Bergema tanpa suara.

Mesej dari Farid: Aku balik awal. Sudah berapa helai.

Herman balas: Suku helai. Otak aku gagal berfungsi. Aku lapar.

Farid balas: Aku pun. Kafeteria masih beroperasi, bukan?

Herman balas: Aku terasa ingin makan mi segera. Kau datang ke bilik aku, kita siapkan bersama.

Farid balas: Aku terasa malas. Aku pun mahu makan mi segera. Ayuh, makan!

Pukul 11.30 malam, Herman ke kafeteria, memesan Char Kuey Teow dan ke kedai runcit, membeli dua bungkus mi segera dan sebotol Redbull. “Tahi, nafsu makan aku besar!”

Pukul 11.30 malam, Farid ke kedai runcit, membeli mi segera dan gula-gula. Gula menjana mindanya.

Oh, ya! Mereka tinggal di kampus berlainan. Oleh yang demikian, mereka tidak bertembung. Di dalam perjalanan pulang ke bilik masing-masing…

Herman terserempak dengan kawan sekuliah.

“Man, banyak makanan. Lapar?”

“Entah kenapa, perut terasa lapar.” Herman senyum. Ikhlas.

“Mahu berjaga ke?”

“Ya, ada tugasan harus disiapkan.”

“Bila tarikh hantar?”

“Esok, 10.00 pagi.”

“Oh, dalam proses menyiapkan.” Senyum.

“Tak, baru bermula.” Membalas senyuman itu.

“Oh.” Kelu dan kaku.

“Aku memang malas.” Senyum. Tidak ikhlas.

“Eh, kau pelajar Sarjana. Sibuk, bukan?” Senyum. Herman tahu itu dibuat-buat.

Sengih. “Aku pergi dahulu, ya.”

“Oh. Baiklah.”

Farid terserempak dengan seorang kawan sekuliah.

“Farid, mata kelihatan sembap. Banyak tugasan?”

Farid senyum. “Aku tidur siang tadi. Bangun pukul 2.00 petang. Pukul 6.00 tidur lagi.”

“Sungguh dewa.” Ketawa.

“Sekarang, aku harus berjaga. Ada tugasan perlu diserahkan esok pagi.”

“Oh, baru bermula atau sedang dalam proses?”

“Baru.” Sengih.

Terkejut. “Jelas sekali kau memang seorang dewa.”

“Dewa pemalas.”

Mereka ketawa terbahak-bahak. Farid kurang pasti itu satu jenaka atau tidak.

Mereka pulang ke bilik masing-masing. Makan. Minum. Herman menatap skrin komputer. Farid menyembah kepadaNya. Tuntutan waktu kelima.

Farid menyelak helaian buku pertama. Dia mula membaca. Lima belas minit. Buku kedua. Membaca selama sepuluh minit. Buku ketiga. Dia membaca selama lima minit. Buku keempat. Dia menutup buku itu. Komputer riba dihidupkan. “Tahi, membaca menghidupkan aroma tidur!”

Dia mula menaip. Otaknya laju, tangannya ligat. Segala ilmu berkaitan Informal Language Learning dimuntahkan. Dia rasa seperti orang bijak pandai. Oh, riak dan takbur! Sekadar menyedapkan hati sendiri. Sejam berlalu, sehelai siap ditaip. Bunyi mesej masuk tanda dia perlu berehat.

Mesej dari Herman: Aku baru siap mencari petikan dari orang bijak pandai. Kau?

Farid balas: Aku taip dahulu. Aku lemas dengan membaca. Khuatir tidur.

Herman balas: Celaka! Sudah berapa helai?

Farid balas: Jangan bimbang, saudara. Aku belum ada petikan orang bijak pandai.

Herman balas: Aku cemburu.

Farid balas: Ayuh, usaha tangga kejayaan!

Sesi menghantar pesanan ringkas dihentikan. Mereka menyambung proses yang terbengkalai.

Pukul 4.00 pagi. Farid mula mencari petikan-petikan orang-orang bijak pandai bagi menyokong hujah-hujah kurang bernas beliau. Herman masih menaip. Di halaman kelima. Farid rasa seolah-olah dia perlukan bantuan pernafasan. Rasa sesak di dada. Gagal bernafas dengan baik. Herman pula, berusaha menyekang mata. Matanya makin mengecil. Dia masih gagah dan sememangnya gagah. Kurang perkasa.

Pukul 7.00 pagi. Herman hampir rebah. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Farid.

Mesej Herman: Aku hampir rebah. Di halaman kesembilan. Wajibkan sepuluh helai?

Farid balas: Ayuh, Herman. Herman gagah, kuat, hensem, bijaksana. (Aku nyanyi).

Herman ketawa. Sekurang-kurangnya dia mampu bertahan untuk menyiapkan helaian terakhir tugasan itu. “Farid memang bangang!” Ketawa. Lucu.

Pukul 8.00 pagi. Herman dan Farid mandi. Gosok gigi. Pakai baju. Farid rasa seperti kebulur. Pagi itu, sebelum membasahi tubuhnya, dia muntah keluar asid. Nyata itu serangan gastrik ringan-ringan. Oleh kerana itu, dia mandi dengan rasa lemah dan malas. “Lapar, neraka berdarah!” Minda yang negatif merangsang dirinya untuk bergerak secara pasif. Dikala dia sedang menari mendengar lagu Perempuan Gaga, Menarilah, Herman sudah tiba ke lab komputer untuk mencetak tugasan. Herman sempat membalas testi-testi bagi akaun Friendster dan mengemaskini akaun Facebook miliknya. Cekap Herman, ya! Dan Farid, masih di bilik.

Selesai menari mengikut irama lagu, Farid rasa sedikit bertenaga. Dia berjalan ke lab komputer. Sebaik mencetak tugasan, Farid mengajak Herman bersarapan. “Aku kebulur tahap neraka berdarah.” “Ayuh! Aku kebulur tahap babi mengawan.” Seru Herman. Farid berfikir. “Ada ke babi mengawan?” “Ada, kalau tiada, macam mana anak babi lahir?” Herman keliru. Dia fikir Farid sedang mabuk.

Pukul 10.00 pagi. Di dalam kelas Language Acquisition, Farid dan Herman tiba agak awal. Rakan-rakan kagum dengan mereka. Cerita mereka pelajar yang ‘rajin’ menyiapkan tugasan tersebar. Ada yang terkejut kerana mereka berjaya menyiapkan tugasan. Mereka terkejut kerana yakin Farid dan Herman akan gagal. Celaka kepada doa itu! (Istighfar). Farid dan Herman sedikit khuatir kerana mereka menyiapkan di dalam keadaan tergesa-gesa. Atas desakan hidup.

Pukul 11.30 pagi, selepas rehat. Masih di dalam kelas yang sama. Farid tidur. Seorang rakan sekelas sedang melakukan pembentangan. Profesor di belakang tidak perasan akan Farid. Herman menyepak kaki Farid, khuatir air liurnya meleleh.

Herman mengeluh. “Betul atau tidak tindakan aku memilih untuk melakukan Ijazah Sarjana ini?” Matanya kian layu.

-Ainguzzle

Thursday, February 19, 2009

Aku Sudah Dewasa


Jika aku bersuara
Alunan itu mencetuskannya
Boleh jadi itu penawarnya
Boleh jadi itu wabak kedua

Jika aku membisu
Kunci itu kaku
Wabak pertama terus merebak
Tersebar secara rawak

Membisu atau bersuara
Cetus atau bisu
Di dalam jiwa ia bergema
Aku masih kelu

Aku pilih untuk bersuara
Penawar dan wabak, kedua-duanya
Bersatu sehingga aku terdera
Paksaan untuk terus berbicara

Jujur dan telus
Jiwanya mulus
Atau mungkin berselindung
Untuk berlagak kudung

Minda aku merantau bebas
Udara-udara ditebas
Aku perlu sedikit ruang
Bagi hentikan perang

Ini bukan dugaan
Nyata ia tersimpang
Aku fikir aku bertelanjang
Jelas aku berpakaian

Bisu atau bicara
Aku pilih bicara
Biar aku didera
Namun aku tidak sengsara

-Ainguzzle

Saturday, February 14, 2009

It's 911!

She was walking. She looked around herself. She lived in a peaceful country and she was glad with it. She smiled. Suddenly, she felt something uneasy. And that was unpeace! She ran. She saw a door and that symbol. She pushed the door and yelled. "Help me!"


Again, "Help me!"


"Help me!"


"I guess no one is here."


She went into one of those rooms. She settled her business. She really had to do it.


"Ah, it is so good."


She wanted to go out from that room but she had to make sure that everything went accordingly so, she yelled. "Help me!"


"Help me!"


"Help me!"


No response.


She smiled, unlocked the door and went out.




Today's lesson: For females only. If there is urgency in which you have to go to washroom, and you can not wait but you see only gents. You can go in. Before you enter, yell thrice. If no one turns up. You can enter. After the business. Make sure to yell thrice. No response: You can go out.


But. There is always but for everything. You have to be creative if suddenly you yell, someone turns up or you yell (once you get in), someone responses. Live your life, babes!


*Based on a true event.

Cipta Memori


Situasi: Indah



Objektif: Buncit


Situasi: Kenyang diisi dengan makanan Barat


Situasi: Kepenatan



Objektif: Aku peluk kau

Situasi: Mengumpat dan ketawa






Kawan-kawan:
Terima kasih kerana sudi menjadi teman. Panas, hiba, hambar, tawar, manis, tawa dsb berarak di samping memori tercipta. Jangan hidup dalam kenangan. Tetapi kenangan itu, indah sekali. Selamat Hari Kasih Sayang.
Aku: Ainrakus

Tuesday, February 10, 2009

Old Town White Coffee: Makanan Tidak Halal


Menurut sumber-sumber yang didapati, sijil halal untuk minuman digunakan mewakili semua makanan. Oleh yang demikian, mereka berjaya mengelirukan JAKIM kerana sijil halal yang mengelirukan itu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak.
Dua links di bawah ini menerangkan secara menyeluruh beserta sebab musababnya. Jika prihatin, sila baca. Jika tidak percaya, tidak mengapa. Hanya ingin berkongsi.

Sunday, February 8, 2009

Lawak Ujang


Reunion with friends brings happiness. We may share everything without even realise that we are sharing. Small conversation might turn into long ones. Simple jokes might be things that are kept as the sweetest memory in that moment, etc. January 27, 2009. We shared this thing. Well, I am proud to be a Malaysian. I love Ujang and this entry gives credit to Ujang. (click here).This is taken from Ujang. (Attention: There are slight changes from the original version)


Peristiwa 1


A: Kau buat apa di luar rumah tu? Panas terik tu

B: Kaki aku lenguh. Sapu minyak urut ni

A: Kan ke boleh sapu di dalam rumah.Ada kipas. Ada atap

B: Kau tak pernah sapu minyak ke? Arahan botol ni. Untuk kegunaan luar sahaja



Peristiwa 2:


A: Kau dah bayar bil air dan eletrik?

B: Eletrik dah. Air belum

A: Eh, nanti kene potong air, baru sibuk nak bayar. Duit aku bagi kau buat apa?

B: Jangan bimbang, air di cincang tidak akan putus



Peristiwa 3:


A: Bagaimana caranya untuk menjadi seorang jutawan?

B: Cari duit sejuta


Peristiwa 4:


B: Anak pak cik ke Kuala Lumpur, bekerja (Bangga)

C: Anak pak cik kerja apa?

B: Any vacancies

C: Oh (Tidak terkata apa)


P/S: Mungkin ada yang tidak memahami peristiwa ini. Abaikan. Untuk Zezeq, SaufiAmri, dan Pow


-Ainguzzle

Saturday, February 7, 2009

Tagged pt. 2

Name:
Siti Aisyah bt. Ramli
Nicknames:
Aing
Kaq
Ainguzzle
Aisyah
Syaah
Sisters:
5 (Aciq, Zdah, Sarah, Yana, Aqasyaa)
Brothers:
2 (Lid, Abang Qimi)
Shoe size:
4-6 (I would say it is always 5)
Height:
150 cm
Where do you live:
Terengganu
Have you ever been on a plane:
Not yet. (Bila akan ada peluang, ya?)
Swam in the ocean:
Yezza
Fallen asleep at school:
Always. (Boarding schools, yeah)
Broken someone’s heart:
Yezza
Fell off your chair:
Yezza
Sat by the phone all night waiting for someone to call:
Zaman bercinta dolo-dolo
Saved e-mails:
Yezza
What is your room like:
Home: Too many books. I wish I had a mini library. (Heh)
Right now: Messy
What’s right beside you:
Lotion (Aku pakai losyen? Muntah sekarang)
What is the last thing you ate:
Yong Tau Fu (Soup)
Ever had Chicken pox:
I am normal so the answer is Yes
Sore throat:
Absolutely
Stitches:
Not yet and hope it would be NO for the rest of my life
Do you believe in love at first sight:
Yes but it won't be applied to me
Like picnics:
Neutral
Who was/were the last person you danced with:
Friends. Not properly knowing them yet. I remember faces but names
Last made you smile:
An hour ago phone call
You last yelled at:
Aciq
Talked to someone you like:
Three days ago
Kissed anyone:
Yesterday
Got sick:
Sunday-Tuesday (February 1-3, 2009)
Talked to an ex:
Last two weeks
Miss someone:
Yes I am
Who do you really hate:
No one kot
Do you like your hand-writing:
It becomes worst. Urgh
Are your toe nails painted:
Hyena
Whose bed other than yours would you rather sleep in:
I love mine
What color shirt are you wearing now:
Yellow
Are you a friendly person:
I am but sometimes it depends on my mood as well
Do you have any pets:
Nope. (Nak bela harimau, boleh?)
Do you sleep with the TV on:
I would say I fell asleep. Sometimes
What are you doing right now:
Formating laptop. My friend's
Can you handle the truth:
I am a grown up person now. So... I am (kot)
Are you closer to your mother or father:
Mother, mother, mother, father
Do you eat healthy food:
Yes (kot)
Do you still have pictures of you & your ex:
Yes. Memory
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
Sometimes no one
Sometimes D, Sara, Rihan, Paten, SaufiAmri
Are you confident:
I am
5 things I was doing 10 years ago:
1) Puppy love
2) Kawad peringkat kebangsaan (I am proud with it)
3) Read and collected Hajime Kindaichi
4) Befriended to three people: Mena, Nabella, Aimi
5) Read and collected Galaxie
5 things I would do if I were a billionaire:
1) Haj (Me and family)
2) Orphanage house with school(s)
3) Renovate my home
4) Travel and travel and travel
5) Terengganu traditional food restaurant with branches (Secret recipe belongs to my mom)
5 of my bad habits:
1) Easily annoyed with people surround me
2) Anime and PC games (Addicted to them)
3) Kutuk, maki (Apply these when I am mad to those who I am mad. I had reasons always)
4) I love eating (Wasting money)
5) Negative thoughts always with me
5 places I’ve lived/living:
1) Kuala Berang
2) Marang
3) I'd rather say that I stayed in Pendang (2 years)
4) I'd rather say that I stayed (again) in Petaling Jaya (one and half years)
5) I am staying in Gombak now
People to tag this survey:
1) D
2) Fifon
3) SaufiAmri

Wednesday, February 4, 2009

PMS


Fifon, adikku bertanya akan PMS aku secara tidak langsung. Inilah dia. Di antara PMS terburuk aku. 2 Februari 2009.

Sakit di abdomen itu seakan ususku dipulas dan diperah.
Ditambah dengan lenguh di otot kaki seakan aku merentas desa sepanjang hari tanpa senaman asas.
Sakit pinggang seakan dipaksa membengkokkan badan selama sejam.
Oleh yang demikian, sebaik ingin menyandar, rasa sengal di pinggang.
Baik. Rasa itu hilang. Sesekali ingin menggerakkan badan, rasa sengal itu datang lagi.
Membelit pinggangku.

Aku bangun.
Aduh! Membelit dan memeluk kuat pinggangku.
Aku melangkah selangah, rasa seperti usus aku ingin jatuh.
Kawan bertanya, "Rasa macam ovari akan jatuh kah?"
(Ketawa). "Rasa seperti direbus dan sedang menggelegak."

(Tidur). Empat jam berlalu. Mata dibuka. Sakit kepala berdenyut-denyut. Bangun.
Ingin muntah. Rimas dan serabut. Ah, rasa seperti ia menggelegak lagi!

Baringkan tubuh ini. Sakit di pinggang sudah hilang. Belitan dan pelukan itu pergi.
Terima kasih.
Perut di tuam.
Ah. (Pejam mata). Sangat lega.
Perut di tuam.
Ah. Lega. Mahu lagi. Ah. Dan lagi. Ah. Ah. Ah.

Aku gagah sedikit.
Bangun. Berdiri. Mandi.

Sejuk sekali. Mual rasa di dalam tekak ini. Aku cuba bertahan.
Gagal. Aku muntah air kuning. Air mata mengalir.
Aku mandi dan bertahan.
Berhenti aksi muntah.

Segar bugar tubuh aku.
Memakai baju.
Berjalan lemah. Mencari tenaga untuk usus cerna.
Bubur nasi menyentuh selera.

"Bubur nasi. Satu. Bungkus."
"Habis, dik." (Senyum).
(Senyum kurang ikhlas).

Berjalan menukar arah.
"Coklat panas ada?"
"Cadbury?"
"Ya."
"Habiis." (Mimik kurang mesra pelanggan).
(Celaka!)

Aku rimas dan serabut dengan sekeliling.
Pulang dengan sup dan makanan sejuk beku yang direbus.

Aku makan. Minum segelas air panas dicampur Horlicks. Menelan dua biji Panadol.
Aku pengsan.
-Ainguzzle

Sunday, February 1, 2009

Tagged pt. 1

Ok. Aku perlu membayar hutang-piutang Tagged aku.




10 perkara berkenaan D si Sepet


1. Teman akrab aku.
2. Bermata sepet, mempunyai darah kacukan Komunis. Oleh itu bukan dia seorang wanita komunis terakhir. (Wanita? Ketawa)
3. Suka kucing dan sangat berlawanan dengan aku.
4. Dia lagi jahat dari aku though people will assume that I am the bad ass. (Sengih). Jahat di sini secara literal, ok.
5. Suka tengok bulan.
6. Mempunyai muka yang tak berperasaan. (Kadang-kadang aku geram dengan mimik muka itu)
7. Manja. Mudah menangis. (Damn true!)
8. Mempunyai seorang girlfriend, bondanya.
9. Sudah pandai mencalit make up di wajah sendiri. (Ketawa lagi!)
10. My good listener. Recently. Yes



10 perkara berkenaan Sara


1. Suka mencarut. Dia ada banyak vocabularies untuk maki hamun
2. 5 tahun sudah... Aku tak suka dia. Aku fikir dia fikir dia bagus
3. Sekarang, dia teman akrabku di sini. Yes. Aku sudah suka akan dia
4. She is in love. (Yeaaaaaaaaaaahhhhhh. Ketawa)
5. Dia sangat critical in thinking. (Tetapi, kenapa kau pilih Linguistik)
6. Suka dengar lagu pelik-pelik. (Tak ramai orang suka dengar)
7. Suka tengok cerita yang separa pelik. (I like that)
8. Gamer
9. Suka tidur. Bukan sekadar suka malah cinta.
10. Tak pandai masak, pandai makan. (Damn similar to me)



10 perkara berkenaan Fifon

1. Budak BENL yang layan lagu cintan leleh Melayu
2. Mempunyai banyak wangi-wangian berjenama dan mahal
3. Suka make up
4. Suka ketawa, pantang aku melawak (Aku pun tak perasan bila aku melawak)
5. Sambil naik escalator di shopping mall(s), dia buat bunyi kucing. (Sengih)
6. Dia pandang perempuan cantik macam lelaki pandang perempuan cantik. Dia teruja ok. Jangan fikir lain. She is damn straight!
7. Kadang-kadang, sambil bercerita di tempat awam, dia menyanyi dengan kuat. Dan aku malu.
8. Kelakar
9. Mempunyai banyak baju kurung
10. Kawan baik Bai


10 perkara berkenaan aku


1. Sensitif apabila berbicara isu keluarga. Aku mudah menangis sebab ini
2. Aku fikir aku tegas dan garang
3. Aku sudah pandai mandi pagi. (Give a big clap to me!)
4. Suka anime dan PC games. (Hell yes!)
5. Suka makan makanan bersup seperti tomyam, stimbot, dsb
6. Makan pengubat di kala aku stres, kecewa, dan marah
7. Aku akan telefon D untuk maki hamun sesiapa yang aku nak maki hamun dan pastinya itu bersebab. Thanks, D
8. Sara teman akrabku sekarang. Kami, pelajar malas. (Istighfar)
9. Aku keras kepala, keras hati, degil, dan kepala batu
10. Recently, aku agak manja. Aku sudah beberapa kali menangis di hadapan Rihan. Thanks, Rihan