Klik2 sahaja

Thursday, January 8, 2009

Mulut Emas Bahagian 3


1.

Salah Dewam makam

Betul Dewan makan

Aing : Zaman asrama, dewam makam tempat mengorat
Aing : Eh (gelak sendiri). Dewan makan
D : Dewam makam ye, Aing
Aing : Tulis, tulis. Aku terbelit lidah tadi. (Ketawa)



2.

Salah
pati inkan
Betul
pati ikan

Paten : Minyak ikan kod tu bagus ke?
Aing : Pati inkan, kan?
D : Mulut emas. Hahaha. (Muka jahat sambil meluru keluar dari bilik Paten)
Aing : Aku tak habis cakap lagi. Pati ikan macam hanyir.
D : Aing, cover malu.

*D dan Paten ketawa jahat.

Nota:
Aing berasal dari Terengganu dan kadang-kadang terkeliru dengan m,n dan ng. Harap maklum. Terima kasih. D mengambil kesempatan ke atas kelemahan ini untuk mencatat setiap kesilapan Aing ke dalang. Eh, ke dalam mulut emas.

3.

Salah mengingat
Betul memikat


D : Apa ada pada hijau, Aing. Stop lah. Tak perlu suka dia
Aing : Rupa parasnya mengingat hati
Yahyah: Ingat?
Aing : Akak sebut apa tadi?
Yahyah: Mengingat hati
Aing : Eh, memikat sepatutnya (Bersahaja)


*Yahyah dan D berpandangan. Ketawa pecah setelah tujuh saat berlalu. Aing, menyusul kemudian, ketawa tak ikhlas.

4-

Salah majlis
Betul masjid

Yahyah: Sembahyang terawih kat majlis biasanya satu juz
Paten : Majlis apa
Yahyah: (Menutup mulutnya). Oh, man! Mulut emas. Masjid la kak.
Paten : (Ketawa terbahak-bahak, Paten special edition)


Nota:

Paten mempunyai versi ketawa yang agak pelik. Jesteru itu di gelar, Paten special edition.
“Oh, man!” : Yahyah’s favourite phrase

-Ainguzzle-

Koleksi Teka-teki 3


Teka-teki 11

Ada seorang lelaki berumur 40-an menaiki kapal terbang. Di dalam kapal terbang, dia menggunakan tandas. Selesai melunaskan projek, dia menvabut mangkuk tandas dan membuangnya dari kapal terbang. (Bagaimana dibuang usah ditanya). Persoalannya, kenapa dia buang mangkuk tandas itu?

:: Dia kuat
:: Tak flush / Bau busuk
:: Rosak

SALAH!
Jawapan:
Dia gila.

Oleh: D


Teka-teki 12

Kisah ini berlaku pada tahun 2008. Satu pasangan kekasih remaja menaiki Eye on Malaysia di Titiwangsa. Sebaik turun, mereka berjalan seiringan berpegangan tangan. Tiba-tiba, si lelaki jatuh pengsan. Kenapa?

:: Pening
:: Muntah
:: Mengantuk

SALAH!
Jawapan: Mangkuk tandas tadi jatuh di atas kepala lelaki remaja itu.

Oleh: D


Teka-teki 13

Ikan apa mempunyai kepala sebesar kepala manusia?

:: Ikan tilapia
:: Ikan jerung
:: Ikan paus
SALAH!
Jawapan: Ikan keli yang pakai helmet.

Bantahan:
Kenapa ikan keli? (Marah)
Bantahan tidak diterima: Aku pemberi teka-teki berkuasa mutlak ke atas teka-teki aku.

Oleh: L


Teka-teki 14

Ikan keli yang pakai helmet
Bantahan: Kenapa ikan keli? (Marah)
Bantahan tidak diterima: Aku pemberi teka-teki berkuasa mutlak ke atas teka-teki aku.

SALAH!
Jawapan: Teh tarik

Oleh: RidhwanAshar

Teka-teki 15

Tiga ekor anjing laut berlumba lari. Seekor bewarna hitam, seekor bewarna hijau dan seekor lagi bewarna merah. Yang mana akan menang.

:: Hijau, sebab lampu hijau boleh jalan
:: Merah lah kalau bukan hijau.
:: Ok, kenapa hitam?

SALAH!
Jawapan: Hitam sebab anjing laut hanya bewarna hitam. Tak sekolah ke?

Oleh: L

Nota:
Kurang puas hati? “Pemberi teka-teki mempunyai kuasa mutlak untuk jawapan teka-teki mereka.” Ingat, ya!

Rumit bahagian 3

Dia yakin itu hanya mimpi
Dia senyum sambil berlari
Deringan loceng, nyaring berbunyi
Lelaki memakai pagoda sedang menyanyi

“Perempuan, apa kau mahu?”
“Lelaki, aku pun tidak tahu”
“Aku tahu apa yang kau tak tahu”
“Apa kau tahu yang tidak aku tahu?”

“Kau sedang terkurung”
“Tuhanku, aku minta tolong”
“Aku bukan Tuhan tapi aku akan tolong”
“Terima kasih, tunjukkan aku lorong”

Lelaki itu mengusap pipinya
Dia itu terkesima
Lelaki itu akan mengiringinya
Dia tidak perlu lari lagi entah ke mana

Lelaki itu memegang tangannya
Gelap, tidak nampak apa-apa
Dia nampak satu dunia berbeza
Laut biru, pasir putih, nyamannya

Akhirnya, dia terjaga dari mimpi
Dia pandang atas bawah, sedang berdiri
Dia senyum dan berterima kasih kepada itu lelaki
Eh, di mana dia? Tiba-tiba telefon berbunyi

“Helo, sedang bercakap ialah aku.”
“Apa, kau mahu mengunjungiku”
“Oh, aku sudah siapkan lukisan itu”
“Rumit, itu nama lukisan terbaru aku.”

Rumit, itulah pendorong
Satu lukisan, satu cerita, satu lorong
Dia melukisnya kerana terdorong
Hanya satu lukisan, dan tiada orang minta tolong

Gadis berbaju putih juga tiada
Kerana itu hanyalah sesuatu yang tidak nyata
Rumit, lukisan itu, dia memandangnya
Kemudia, berlalu melangkah keluar

Jiwanya diserap ketika mencoretnya
Diserap ke dalam lukisan hasil tangannya
Celaka, dia rindu akan lelaki memakai pagoda
Lelaki itu terkurung kerana dia hanya ciptaannya
TAMAT.
-Ainguzzle
Poems related:

Unsolved pt. 3


She thought that it was a dream
She ran and ran and she beamed
She heard a bell which was ringing
Then she saw that vest guy was humming

“What you are doing here?”
“I don’t know, Sir.”
“This is something that you want to hear.”
“What is it, Sir?”

“You are trapped in this.”
“Oh, my God! Could you help me, please.”
“I’ll show you the way to bliss.”
“Thank you, Sir. I am pleased!”

He touched her face and smiled
She knew things would be alright
He would show her the light
She needed not to run nor fight

He held her hand
Everything went blank and
She saw a new land
The sea and white sand

Finally, she woke up from the dream
She touched her limb
She smiled and thanked him
Yet he was not there and phone was ringing

“Hello, yes, it is me, dear.”
“Do you want to come here?”
“I finished that painting for real.”
“I named it Unsolved because it is mere.”

Unsolved, and here it is
The painting, a story, she is going to miss
She painted this and was trapped in this
This is just a painting and no hypnotist

Also, no girl in white
Because everything is alright
Unsolved, a painting, on her side
She turns off the light

She was absorbed back then
Into the painting, made by her own hand
Now, she misses that man, damn!
He is trapped, still, because he is not a real man.
THE END.
-Ainguzzle
Poems related: