Klik2 sahaja

Monday, December 21, 2009

Random Thought

When things annoy me, i might opt to do something irrational.

And I wonder why people I expect to understand yet they do not... And thank you to somebody who really understood that, Saufi Amri

Wednesday, November 18, 2009

Kalau...



Aku kemudi kapal itu, bersahaja, aku rasa akan hanyut. Aku kesal akan kealpaan itu. Kenapa aku bersahaja? Kenapa aku tidak bersungguh? Kesal, kalau la aku bersungguh, rasa kesal ini tidak akan tumbuh. 


Tapi, itu kalau. Kalau lah...



Aku sudah pun alpa, sudah pun mekar rasa ini. Rasa kesal.

Aku termenung seketika. Berfikir, hala tuju untuk kemudi kapal ini, agar aku selamat. Dan mendarat


Saturday, November 7, 2009

Jatuh Cinta Lagi


Kenapa kau comel sangat?

Tapi kasut kau memang kotor gila.

Wednesday, October 21, 2009

Kawan Saya dan Kisah Cinta Beliau

Teringat waktu dulu. Kawan aku, A dan B bercinta. Apabila mereka ingin meluahkan sesuatu, aku orangnya. A geram dengan B, A cari aku. B geram dengan A, B cari aku. Selalunya aku main reverse pshycology. Contohnya:

B: Aku tak tahu, aku dah cuba faham dia. Tapi dia tak faham apa yang aku rasa

Aku: Mungkin dia rasa dia dah cuba faham kau juga. Tapi kau tak faham apa yang dia rasa

Kesimpulannya, aku rasa aku tak membantu sangat. Hanya sebagai pendengar. Bila aku dah kelu, aku buat macam ni. Aku beritahu apa B luahkan pada A. Dan aku beritahu apa A luahkan pada B. Sometimes, I hide some details. Untuk kebaikan sejagat.

Satu malam, aku rasa diriku sangat geram. B mesej aku. Secara ringkasnya begini.

B: Aku tak tahu apa dia nak
Aku: Dia dah cakap apa dia nak
B: Aku tak mahu tahu pasal siapa suka dia. Apa dia ingat aku tak ada peminat?
Aku: Dia nak kongsi, apa salahnya. Niat dia tak nak sembunyikan apa-apa dari kau. Bagus bukan.
B: Hmm. Itu ke kau rasa.
Aku: Certainly, I do
B: OK. Aku terfikir kenapa dia ramai peminat sangat. Apa salahnya seorang dua peminat dia pergi kat kau.
Aku: -Terdiamseketika - Apa kes?
Aku balas: Apa kau fikir aku single, tak ada orang suka aku? Kalau ada pun, perlu ke aku cerita pada kau. Kau siapa? Hahaha.
B: Nite

Well, on that time I was hoping that they would break up. And they do now. And I was hoping for a thank-you reply instead of "Nite".

To B, hope your mum would be doing OK no matter what. Hope God would ease in the progress. Amin.

To A, I know you are reading this. :)

Monday, September 28, 2009

Mood: Jiwang 2

Interesting song.




You won't admit you love me
And so how am I ever to know?
You always tell me
Perhaps, perhaps, perhaps

A million times I've asked you,
And then I ask you over again
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps

If you can't make your mind up
We'll never get started
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted

So if you really love me
Say yes, but if you don't dear, confess
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps

Perhaps, perhaps, perhaps

If you can't make your mind up
We'll never get started
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted

So if you really love me
Say yes, but if you don't dear, confess
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps
Perhaps, perhaps, perhaps
Perhaps, perhaps, (giggle) perhaps
(giggle)


P/S: Head-ache!!!

Thursday, September 10, 2009

Aku pergi

Hancur bersepah di atas lantai
Aku biarkan
Menunggu ada orang kutip, cantum, simpan
Khuatir itu suatu impian tak pasti
Lalu aku pergi

Tuesday, August 25, 2009

Malaysia is Our Home

I think:


The Chinese boy speaks fluently in English and possesses good knowledge. This is portrayed when he is presenting. Whether he reads a lot, or travels a lot or, watches good programme a lot. Somehow, he is exposed to what he has used (his vocabulary), for instance, great wall of something something.


The Malay boy speaks Malay while Rama and the Chinese boy use English. It shows what, huh? Heh. Then, "Ini rumah saya sebab saya kaya. Ini pool saya sebab saya kaya. Ini kereta saya Ferrirra". No content but just a matter of presenting. Fikir cincai, asal present sudah. Tabah. And, do not really know what he is up to talk about. Ferrirra?


The Indian boy. Rama. When he opens up his mouth. "This is my house". He is very confident until his teacher distracts him. The teacher seems to be really shocked and thinks that Rama does not understand what ‘dream’ means so he switches to Tamil. Unfortunately, the teacher is the one who does not understand what Rama wants to deliver. At least, he is thankful and dare to tell about what he has.


The producer said that though it is just a house yet it means something that is worthy for the boy. (Rama).


Meanwhile, when the Chinese boy and Malay boy tease Rama, the producer is trying to juxtapose the adults (Chinese and Malay) who try to demolish his real house. (In which, Rama’s mother fails to fight for it).


I read comments from youtube. Some think that this is political agenda, some believe that this is a jumbled-up piece of work, some think that this is good.


I think this is the reality. Though the ending is hang like that, it shows uncertain future of the child and this happens. I love this than Yasmin Ahmad’s Chocolate. I do hate the ending. Yet, this is the real ending for one chapter of a boy's life, whom we do not know but lives nearby, perhaps.

www.15malaysia.com

Tuesday, August 18, 2009

Bahasa Bukan Jiwa Bangsa

Ungkapan pensyarah aku tadi mengganggu fikiran aku sampai sekarang. Aku berfikir dan terus berfikir.

Dia seolah-olah terlampau mengangkat bahasa Inggeris atau mungkin aku yang negatif. Tetapi, ‘seolah-olah’ ya. Maksudnya, aku pun hanya berfikir dan ini hanya pendapat.

Menurutnya (Setelah diolah),

I think that Asian languages have variety of words that deal with emotions. In English, there is no such great relational words for emotions as we do.
English has many cohesive links, variety of words that can be used for logical discussion but in Malaysia, for my language, we don’t.


Nota: Bahasa ibunda beliau ialah Tamil.

Aku rasa dia cuba untuk menyampaikan bahawa kekurangan kosa kata bahasa-bahasa Asia menyebabkab orang Asia kurang kritikal berbanding orang-orang Barat yang menggunakan bahasa Inggeris.

Aku tidak bersetuju jika kita rujuk antara bahasa yang terlibat ialah bahasa Malaysia.
Cohesive links bermaksud kosakata yang digunakan di dalam penulisan akademik dan memang aku tidak sangkal bahawa bahasa Inggeris banyak kosakata untuk penulisan ilmiah seperti, therefore, nevertheless, nonetheless, as such, indeed, in fact, rather than, such as, either… or, neither.. nor, moreover, thus dsb.

Dan kosakata di dalam bahasa Malaysia untuk penulisan ilmiah adalah seperti berikut:-

Misalnya, tambahan pula, jesteru, oleh yang demikian, walhal, sementara itu, namun begitu, contohnya, adalah seperti berikut, tetapi, walaubagaimanapun dsb.

Banyak juga, bukan? Jadi, kita boleh jadi kritis dan kreatif juga. Namun, diakui bahawa kita tidak menggunakan kosakata ini untuk perbualan sehari-hari. Untuk berdebat, penulisan akademik, mungkin ya.

Aku sayang bahasa ibunda aku walau aku budak jurusan Linguistik bahasa Inggeris. Jika aku boleh putar balik masa, aku mahu pohon jurusan sastera Melayu ketika mengisi borang UPU.

Tapi, tidak rugi pelajari banyak bahasa. Menurut Dr. S lagi tadi, mempelajari banyak bahasa membuka minda kita dan kita menjadi lebih kritikal berbanding orang-orang yang tidak. Bersyukurlah jika anda berkebolehan dalam banyak bahasa. Ada kajian akan isu ini dan sudah dibuktikan. Pendedahan mungkin yang mempengaruhinya.

Aku, anak Terengganu yang asalnya gagap ketika bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Gugup. Kurang yakin. Dan dipandang rendah mungkin oleh rakan-rakan sekelas.

Amalina pernah cakap penulisan Inggeris aku teruk. Baik jangan tulis kalau tak pandai. Dia sebagai kawan baik aku malu apabila membacanya. Itu sepuluh tahun lalu.

D pernah cakap aku speaking ada slang Terengganu, empat tahun sudah.

Kini, Sara cakap, aku speaking ada slang Indonesia? Tabah.

Apa-apa pun, aku tetap orang Melayu, pengguna bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tidak rugi pelajari banyak bahasa. Jika berpeluang aku mahu mendalami Arab dan Jepun. Jika ada peluang…

Aku sokong PPSMI.

Aku rasa bahasa Malaysia kritikal juga. Aku rasa aku kreatif juga dan aku yakin dan berpuas hati dengan diri aku.

Jangan malu jika membuat kesilapan.

Speaking slang orang Melayu pun jangan malu. Pensyarah aku yang seorang ni, DR. Z, belajar di Amerika, mengajar guna Malaysian English. Dia bangga dengan jatidiri Malaysia itu mungkin. Dan kelakar. Dan aku suka akan dia.

Aku masih pekak cakak ganung. Bijok ah ye!

Belajarlah untuk menerima pendapat. Ini hanya pendapat. Yeah!

Sunday, August 9, 2009

Aku ada parut

Apabila saya bosan ini yang saya akan buat iaitu menulis tanpa henti.
Oleh yang demikian, saya pun terus menulis kerana ingin mengisi masa lapang.
Sepertimana,
orang bercakap untuk mengisi masa lapang atau mengeji orang lain.
Seronok apabila mengeji kerana kita fikir kita betul dan orang lain silap.
Atau kita fikir kita bagus dan orang lain kurang bagus atau tidak bagus.
Atau, adakalanya kita cemburu kerana mereka ada apa yang kita tiada dan mungkin kita inginkan apa yang mereka ada atau perolehi.
Aku ada parut di bawah bulu kening mata kiri kerana terkena bucu pintu peti ais. Ada sesiapa cemburui aku?

Nota:
Aku sedang mengemaskini nota-nota dan terjumpa kertas peperiksaan akhir semester lepas. Aku tidak ingat bila aku menulis ini namun membacanya membuat aku senyum. Teringat kawan-kawan lain begitu ghairah menulis jawapan dan aku termangu-mangu berfikir apa yang mereka tulis, panjang lebar lalu aku cuak dan bimbang. Tabah. Senyum. Mengukir senyuman kerana mengenang masa kurang lampau. Tabah. Dan mungkin gigih, kata saudara Saufi.

Monday, August 3, 2009

Tab-AH 2

Bila aku Marah aku akan rasa muka aku Merah
Sebelum jadi lagi Parah, aku harus Redah
Kalau tidak aku akan jadi Lemah dan mungkin kau nampak Gagah
Namun, aku fikir mungkin aku akan Gagah dan kau yang Lemah
Aku Lelah kerana diKerah
Jadi, usah kita Susah Payah dan Resah
Ayuh ber-Pisah

Friday, July 31, 2009

Tab-AH!

Situasi aku sekarang. Memetik ayat remaja masa kini: Maalu giileer!

Andai ada pilihan tukar wajah seumpama tukar tudung. Aku mahu simpan wajah ini sebulan dua. Tab-AH!

Tuesday, July 21, 2009

Transformers 2



Too much expectation perhaps was put on this film. Indeed, this piece of work is predicted to be one of 2009 blockbuster shows. Yes, it does. Undoubtedly, the technology used astonished me. Yet, it was the only thing that manipulated my thought to make me admit that this movie is somehow O-Klah. Other than that, it does not really OK.

Saviours for this film are Leo and Mr.Simmons and the mother (Mrs. Witwicky). Leo, thank you for your hectic and chaotic attitude when you are accidentally involved with Transformers' stuff. (In the beginning, he is not that good). I'd prefer to define it as clumsy perhaps. Yet, it entertained me. I laughed most of the time when you were there. And for Mr. Simmons, his spirit of being a good citizen evolved. Funny. I forgot his slogan but I like it.

Two and half hours is not really a proper duration. The longer the duration does not mean the better the movie is. Cut it short. Haven't heard people say 'The simpler the better ah'?

Too much unrealistic stuff is shown through out the film. It is like Sam goes to space. Ironically, the incident happens on Earth so unnecessary stuff should be left behind and try to make it balance. I think that Transformers 1 got the fitting distribution scenes in which how much personal life should be put in and how much robotic mission should be involved.

The biggest, major spoiler occurred after I had been sitting and watching the film and was ready to get my ass off the chair. It is no need to Optimus Prime to stand beside Sam as if indirectly telling that he is charming and tough. Well, he is one of the heroes. No need to over-expose him. People know the fact. Certainly, we will. The intended meaning for that abstract message (My interpretation): 'Look at me people, I won the fight. Comic and I hate that. After all, not all movies can insert comical elements in them.

To people out there, it is just a matter of opinion. To my friends who do not agree, it is OK. No need to insist your opinion in a determined way as if I am your opponent in a court or a debate as if I am stealing your boyfriend stealthily.

Megan Fox is hot.

Sam got less expression when it comes to emotions. He hardly can not cry, so no need to try very hard because it will spoil more than what you've gotten. Don't be greedy.

Friday, July 3, 2009

Ayuh Mengeji.



Tadi, dia memuji aku. Aku nampak anak matanya. Kerlingannya. Dan senyumannya. Senyumannya tidak sejajar dengan kerlingan dan anak matanya. Usah memuji jika engkau tidak mahu memuji. Usah muntahkan apa yang tak perlu. Simpan sahaja. Untuk... untuk... untuk apa-apa..

Teman aku pernah berkata.

D: Kalau aku memuji, bukan semua pujian aku ikhlas. Tetapi, kalau aku mengeji, aku mengeji dengan ikhlas. Kesemuanya.

Kenapa? Kerana kita mahu membeli hati. Apabila kita cuba membeli hati, kita terlebih jual manisan. Hasilnya, tidak ikhlas. Apabila mengutuk, kita geram. Sepuas hati. Lebih ikhlas. Jadi, ayuh mengeji. (Jika perlu)

Pendapat ini agak terpesong. Di saat kita mendengar luahan, keluhan akan musibah menimpa. Ayat biasa: "
Bukan rezeki", "Sabar", "Tuhan mahu uji kau".

Aku rasa ayat terbaik untuk memujuk... D-I-A-M. Dan hanya menjadi pendengar.

Kita bercerita mahukan pendengar, bukan pengulas.

Friday, June 26, 2009

Semalam

Aku masih di sini. Sama seperti semalam. Aku fikir aku masih sama. Di sekeliling ku. Sekilas pandang. Sama seperti semalam. Pejamkan mata sejenak. Aku yang berubah atau jalan ini yang berubah?

-One litre of tears-

Monday, June 15, 2009

...




Hari ini aku jatuh lagi. Aku pandang langit. Masih biru, senyum padaku.
Esok, jika aku jatuh lagi. Aku tidak akan sedih lagi.


-One litre of tears-

Tuesday, June 9, 2009

Aku Rasa Dia Memang Kool

Satu malam, aku sedang bersantai. Makan burger. Kurang lazat dan berzat. Tapi sebab lapar, aku makan sampai habis.


Tiba-tiba, telefon bimbit ku yang buruk itu berbunyi. Bunyi sistem pesanan ringkas. Ada mesej masuk.

Semek Boloq: Aing ada di mana. Sihat? Cuti ke?

Aing: Sihat. UIA. Cuti tapi saya kerja sambilan di sini

Semeq Boloq: Nak minta tolong Aing. Boleh?

Aing: Kalau mampu, saya tolong. Apa dia?

Semeq Boloq: Ada lelaki bodoh kacau akak

Aing: Ok. Hmm... (So-what?)

Semeq Boloq: Tolong buat satu iklan kereta sewa paling murah, tampal di semua kampus perempuan di UIA

Aing: Hahaha. OK. Budak tu orang Terengganu ke?

Semeq Boloq: Ya. Dia mencabar keperempuanan akak.

Aing: Cool. Di tanggung beres.

Semeq Boloq: Terima kasih.



Iklan itu berbunyi begini:


Kereta Sewa Termurah. Hubungi **** 014*******

1 jam: RM4

1 hari: RM60

Ada yang berminat?


Nota: Cerita setelah diolah berdasarkan satu perbualan melalui sistem pesanan ringkas.


Monday, June 8, 2009

Nostalgia 1: Aku Benci Dia




Aku kurang faham kenapa aku menyampah akan dia. Mungkin kerana aku rasa dia berlagak. Apa yang pasti ramai kenalan aku tidak suka dia. Mungkin kerana dia ada teman lelaki hensem. Mungkin kerana kami cemburu.

Ketika itu, aku adalah pelajar tingkatan tiga sekolah itu. Kurang matang. Seperti biasa, pulang dari sekolah, kami bergegas ke dewan makan. Beratur untuk makan tengahari. Sekolah berasrama.

Suasana dewan makan itu gamat. Ada yang sibuk bercerita. Hanya omong-omong kosong namun itu memberi kepuasan kepada mereka. Ada yang memerhati mereka yang bercerita. Ada yang sibuk mencari kelibat pelajar lelaki yang mereka suka. Suka dalam diam. Sekolah menengah rendah… Itu perkara biasa. Remaja baru nak kenal dunia. Yang ada teman lelaki, cari teman lelaki masing-masing. Bila rasa dirinya dipandang, mula rasa malu. Cuba berlagak seperti terpandang.


Ada banyak karenah.

Sedang aku beratur, dia memotong barisan itu. Berdiri selang dua tiga orang di hadapanku. Sial. Memang aku rasa geram. Aku pandang. Bersahaja. Di dalam hati, aku sumpah seranah dia sepuas hati, jiwa dan raga. Aku tak tahu kenapa aku geram sangat. Mungkin kerana aku memang tidak suka akan dia.

“Kenapa kawan baik kau selamba potong barisan?” DD kurang puas hati.

“Kita tengok. Tak apa.” Aku senyum. (Dia bukan kawan baik aku).

Sebaik dulang makanan penuh berisi hidangan, aku bergegas ke tempat mengambil minuman. Dia? Dia meluru ke meja makan, meletakkan dulangnya terlebih dahulu tetapi aku yakin dia akan datang mengambil minuman.


Para pelajar boleh menambah minuman dan bebas untuk mengambil minuman terus atau mengambil minuman sesudah makan atau mengambil minuman selepas meletakkan dulang di atas meja makan. Dan aku yakin dia akan datang mengambil minuman sebentar lagi. Dia pergi cop meja tu.

Sangkaan aku tepat. Dia beratur di belakangku selang dua tiga orang untuk mengambil minuman.

Aku senyum (Di dalam hati). Berjalan ke arahnya. Sengaja kutumpahkan air sirap itu ke atas uniform putih itu.

“Aing!” Separa menjerit.

“Oh, maaf. Aku tak sengaja.” Muka tidak bersalah, seperti mahu menangis.

Aku rasa semua mata memandang kami. Lelaki mahupun perempuan.

“Aku…”

“Urgh! Aku dah tak boleh makan. Kena salin baju. Melekit!” Dengusnya. Manja. Dia bergegas keluar dari dewan makan itu.

Aku? Aku menuju ke arah DD. Meletakkan dulang berisi makanan dan pergi ke singki, mencuci tangan. Sebaik melabuhkan punggung ke kerusi, DD bertanya.

“Kau sengaja?”

“Kau rasa?” Aku senyum puas.

“Ish, kau ni! Dia marah tak?”

“Maraaah. Tapi apa boleh buat. Dia kena pulang ke dorm, mandi atau lap badan sebab baju dia basah kena air sirap murah yang pekat tu. Pewarna pun likat. Siap mandi, salin baju, dewan makan dah tutup. Dia tak boleh makan. Kena pergi prep terus.”

“Kau tak takut ke?”

“Takut apa. Memang dia tak suka aku?”

“Mana kau tahu?”

“Aku pernah baca diari dia.”

Mata DD bulat.

“Bukan aku seorang. Ramai.

Mata DD masih bulat.

Hari itu aku mengunyah makan tengahariku dengan puas. Aku berumur kurang lima belas tahun ketika itu. Kurang matang. *Senyum.

-Ainguzzle

Friday, June 5, 2009

Tagged Pt. 4

5 Tempat membeli belah yang wajib dikunjungi:

Jarang aku kunjungi tempat membeli belah. OK. Ini definisi tempat beli-belah aku.

1. KLCC: Dekat
2. Alpha Angle Wangsa Maju: Sangat dekat
3. Astaka Kuala Terengganu: Balik kampung kena teman mak aku beli barang dapur sebab dia tak reti baca
4. Pasar Malam BMI: Aku kena beli buah. Sini buah-buahan murah wa cakap lu
5. Pasar Pagi Pulau Kambing: Kena paksa rela ikut mak aku beli barang mentah bila balik
kampung. Apa yang penting sini ada satar yang masyuk.


5 benda yang wajib anda beli:

1. Air Mineral: Desa Mineral Water is my favourite
2. Makanan: Sushi, jagung, makanan berkuah blablabla
3. Satar: Bila ke pasar pagi
4. Buah-buahan: Bila ke pasar malam
5. Tiket LRT / Bus: Bila naik
public transport


5 benda yang wajib ada di dalam dompet anda:


1. Pelbagai kad: IC, StudentCard, ATM Cards,Credit Card
2. Money
3. Driving license: Though aku tak memandu
4. Nota untuk sesiapa (jika dompet aku hilang)
5.- !




5 tempat yang anda gemari bersantai bersama pasangan/teman anda:


1. Kedai makan: Borak dengan puas hati. Makan asyik topup
2. Tempat yang boleh tengok alam: Sebab dia pencinta alam kot
3. Tempat ilmiah. Tabah. (Tapi baru sekali)
4. Shopping Mall. Bosan
5.-!

5 topik yang anda gemari semasa bersama pasangan/teman anda:

1. Kutuk kritik cerita. Pengkritik filem. Yeah..
2.Pasal kerja masing-masing walaupun tak faham. Gagagaga
3. Pasal study aku. Huh. Kena luahkan. Stress dowh pendam
4. Pasal anak saudara dia. Tabah. Tak pun mak atau family dia. Atau adik aku.
5. Cerita rakan-rakan. Gosip kot. Heh



5 mangsa tag yang anda gemari:

Sesiapa yang lapang. Ngeh3 (Tak menjawab soalan)




Penutup: Kurang 5 items dalam wallet aku, kurang 5 tempat aku suka lepak dan aku tak tahu nak tag siapa.

Aku Orang Terengganu. So What?




This morning, while I was having my breakfast… Urgh. Not really breakfast. My friend bought me fruits. Good for health. So I ate an apple. An apple a day takes the doctor away… *Sigh.

OK. Here is the conversation between me and N.

N: Aku ke Uptown dengan Nickos semalam.

Aing: Hmm…

N: I heard this woman spoke. She is Sarawakian. I got excited.

*Aing still listening. She nodded.

N: Sarawakian sik? Aku excited. Aku tegur dia.

Aing: Tapi… (as if could guess what would happen next)

N: Yup. She looked at me and said nothing. OMG! Muka dia ada question mark besar. (Angry)

Aing: Hmm…

N: Nickos said that these people are ashamed of where they come from. This is not my first time.

Aing: Oh. I see… Bukan orang Sarawak je malu nak mengaku dia Sarawak. Classmate aku ni, orang Kelantan. Dia tengah sembang ngan Sara after class IOK. Budak Literature.
Siti mesti kenal.

N: Dah lama aku tak jumpa Siti. Mesti dia banyak cerita kan.

*Out of topic for a few seconds.

Aing brought in the story back.

Aing: Sara tanya dia, “Aren’t you going back?”. Aku tak tahu kenapa diorang melebat in English.

N: Ok.

Aing: Dia cakap, "No, I won't".
N: Aha

Aing: "Where are you from?" Tanya Sara. And he said, "Kelantan". Aku pun excited. Aku tak tahu kenapa. Bila jumpa orang Kelantan atau Terengganu, aku akan excited. Maybe sebab share sama bahasa. And sebab aku ada mak angkat kat sana. Kedah pun.
Sebab aku pernah belajar sana.

N: Oh. Of course. Same goes here.

Aing: Aku tanya, "Which part of Kelantan?" Dia cakap Machang. Then, aku cakap, "Kito jighe. I’m from Terengganu". And.. He said, "Why do you consider myself as your neighbour. We are not even in a same team for football. Kelantan and Terengganu. It is too far". Muka sinis as if aku ni asabiyyah kot.

N: WTF

Aing: Aku geram dan sedikit malu so aku cakap, "I am talking about border. Kelantan and Terengganu. When people say they are from Kuantan, I will consider themselves as my neighbours also. So, if you are not my neighbour so stay away and we are not friends". Mashi ngan Sara ketawa. Sara sambung. "Enemy, enemy".

N: Dia?

Aing: Dia cakap, "If we are talking about the border, we are neighbours". Aku buat muka Whaattever! Lepas tu attempted to have conversation with me. Aku bolayan. Dia guna English je. Aku tak tahu kenapa. Aku pernah dengar dia cakap Melayu. Ada slang Kelantan sikit. Malu kot. Kalau aku, aku tak kisah. Who cares.

N: Some people do care but just be yourself.

Aing: Yup. Even, kalau aku di UK. Aku jumpa Indonesian, aku akan excited.

N: Yes. Because we share the language.


Aing: Betul betul betul. Tabah.



Be proud of yourself.

I am positive today. *Smile

Thursday, June 4, 2009

Aku sedang merogol bahasa

Mamat ni melintas. Muka serabai. Pecah rumah. Pakai headphone gedabak yang memang old-skool gila2. (Buruk tah zaman bila).

Kataku kepada N, "Mesti dia rasa dia kool kan?"
N ketawa.
Bukan niat aku nak hina. Tapi apa yang dia buat memang...
"Memalukan diri sendiri," kata N.

Aku naik bas. Baru balik dari hospital. Panas. Berpeluh. Tengah hari. Tension. Sampai kat sebuah pekan ni, ramai budak sekolah menengah dan rendah naik bas buruk tu. Budak-budak laki ke belakang. Aku tak faham kenapa tempat duduk belakang bas dengan budak-budak laki sinonim. Bas bergerak perlahan. Nak muntah aku. Budak-budak laki kat belakang melalak, menjerit macam monyet. Aku rasa, mesti diorang rasa diri diorang kool. Aku pandang budak-budak pompuan sedang berdiri. Sarat. Busuk. Masam. Diorang pakai jam tangan sepesen. Beg sekolah pun lebih kurang sepesen. Aku rasa diorang rasa diri diorang kool gak. Jam dengan beg tu rata-rata beli kat pasar malam tak pun kat kiosk tepi-tepi di shopping mall. Aku bukan nak hina diorang tapi share pengalaman. Aku pernah jadi remaja gak. Pernah jadi mangsa fesyen gak sebab nak kool. Tapi aku harap dan rasa aku tak seteruk diorang. Tabah.

Sekarang aku dah dewasa. Dulu time belajar kat U. Aku perasan minah-minah yang bergaya. Bagus la bergaya. Aku tak kesah pun korang bergaya. Tapi, ada satu jenis manusia ni, diorang bila jalan mesti breast ke depan, bontot tonggek sikit ke belakang. Memang breast berada di depan dan bontot berada di belakang.Tapi diorang sengaja lebihkan aset diorang tu untuk terkeluar. Pastu jalan macam satu dunia pandang dia. Mungkin ini apa yang aku perasan je. Tapi seriously, hell yes. Ada manusia kategori macam gini.

Senior aku pernah cakap, "They think that they are the coolest people on earth". Aku ketawa.

Tapi aku bengang bila jalan laluan sempit diorang main langgar sebab taknak mengelak. Jadinya, aku yang dah mengelak akan tergesel bahu dengan kuat. Sakit la bodo. Muka tak cun pun! Tapi memang ada yang cun tapi rata-rata memang aku lagi pandai dari mereka. Tapi ada juga yang pandai dari aku. Tabah.

Satu hari tu, budak pompuan lisptik merah naik bas dengan muka the coolest person on earth. Aku pandang sekali. Terasa nak pandang lagi sebab...
Jadinya aku pandang dia dua kali. Muka dia memang berlagak habis rasa macam paling cun dalam bas tu lepas aku pandang dia dua kali. Sebab aku pandang kali ketiga, aku rasa macam nak tendang je muka lipstik merah tu. Menyampah!
Aku kesian, aku pandang kali ketiga sebab celah kangkang jeans dia yang ketat tu ada benang tertanggal. Panjang pulak tu. Tabah. Takpelah.

Bagus la. "Confident," kata D.

Ini cerita budak laki yang rasa diri dia hensem though dia tak hensem. Satu hari tu, aku duduk berdiri kat koridor tingkat dua. Pukul 2 petang. Aku praktis nak presentation. 5% je markahnya tapi aku nervous tahap jantung berdegup kencang nak mati. Aku perasan seorang mamat ni tengah jalan kat bawah sambil pandang aku. Aku pun pandang dia. Tapi dari air muka dia aku tahu dia rasa diperhatikan dan tengah kontrol macho. Aku buat dek je sebab aku tak kenal sapa dia dan aku takut serta cuak sebab presentation tu. Sedang aku berpraktis lagi. Gedebuk! Mamat tu terpeleot, jatuh. Aku terus blah sebab aku rasa dia malu sebab dia kontrol sangat pastu jalan tah macam mana jatuh kat tempat jalan rata. Tabah.


Kesimpulannya, jangan jangan jangan. Aku pun tak tahu apa. Yang aku tahu entri aku kali ini memang jelaslah bahawa aku sedang menjadi seorang perogol bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Tabah.

Aku benci boss aku. Aku rasa dia rasa diri dia best. Aku tak sabar nak tunggu bulan lapan ni takpun
dapat kerja baru. Siapa yang baca tolong doakan aku. Semenjak bermenjak ni, aku tempuhi banyak dugaan. Aku rasa aku banyak buat dosa tu sebab Tuhan kacau hidup aku nak kasi aku sedar sikit. Tabah. Aku memang berdosa. Tapi aku rasa aku manusia lemah. Aku memang lemah.

Aku tak tahu aku mampu atau tidak. Untuk tabah. I hate everything. Aku tahu kata-kata ini sungguh berbaur negatif. Negatif


Friday, May 29, 2009

Rasa itu pahit




Ubat itu pahit. Rasa perit. Perit itu rasa sakit.
Bagaimana rasa itu? Seringkali mereka tanya akan rasa itu.
Baiklah. Kalian mahu tahu.


Rasa itu seperti urat-urat umpama wayar-wayar berlingkaran terbelit dan dipintal. Dan dipintal. Dan diperah dan diperah. Ah, perit. Itulah dia. Umpama setelah urat-urat itu berbelit dan menjadi seperti bola, dicucuh pula dengan api yang separa marak. Ngilu sedikit.

Aku mengerang. Meramas cadar. Cuba menggapai apa-apa di sekelilingku. Jatuh bergelimpangan barang-barang di tepiku.


Aku mengerang lagi. Otot-otot mula menegang. Kejang. Bibir diketap. Mata dikejam. Rapat. Air mata mengalir. Terhapus dosa kata orang. Mudah-mudahan ya.


Aku bangun dan berlari. Belum sempat sampai ke tempat di tuju. Muntah tersembur. Aku hamburkan segalanya. Sisa-sisa yang belum tercerna menjadi tenaga. Baunya memang boleh tahan. Terduduk dan tersandar. Bibir menggeletar. Tangan menggeletar.


Gagahi diri bangun. Mencuci muka dan berkumur. Rebah lagi. Rasa datang lagi. Tidak mampu untuk mengerang lagi. Air mata saksi rasa itu. Gugur menemani sepiku.

Wednesday, May 20, 2009

Dumb or Sincere?

I was reading my so-called 'oldies' emails. I found these. Sort of funny but yeah, children are sincere enough. Enjoy!

































































Tuesday, May 19, 2009

Hari Jahat 190509

Semalam kau tipu aku. Dua kali.
Kau fikir aku tidak tahu?
Penipu!

Kau sombong. Melarikan diri. Pelawaan tidak ditolak.
Namun kau tidak hadir. Menyepi. Ditolak. Fikirku.

Aku keluar bersama teman kau. Teman akrab kau. Kekasih kau. Itu mungkin apa yang kau fikir.
Apa? Tidak cukup berkasih seorang? Sehingga aku kau cemburui?
Apa? Kau cukup kenal dia? Sehingga semua ayat ucapku kau sangkal?
Apa? Aku ganggu hidup kau? Ada? Bila ya?

Aku pelik. Aku rungsing juga. Seketika fikirku. Lama juga rupanya.
Umpama lalat menerawang ke dalam setiap pelosok kotak fikiranku.
Baik. Geli tekak. Lalat hijau. Tapi itu umpama. Umpama.

Aku cuma pelik. Kau benci aku, ya?Apa salahku? Apa kataku semua salah.
Aku fikir kau seorang kawan.
Rupanya kau seorang lawan.


Aku masih berfikir walau aku tahu tiada guna aku berfikir.
Banyak lagi masalah dunia dan akhirat yang perlu aku fikir
Siapa tahu aku mungkin mati esok.
Jadi, aku mahu minta ampun sama kau.
Kalau aku ada buat salah.

Jangan benci akan aku. Kerana aku pernah sayang akan kau.
Jangan berlagak kau tahu semua.
Kerana… kerana... kerana...
Ya, aku tiada sebab kukuh.
Namun jangan berlagak tahu.
Sebab tiada siapa yang tahu.
Apa yang bakal berlaku.

Semalam aku sedih. Hari ini aku kesal.
Esok, aku pun tidak tahu. Apa?

Bad Ass 190509

I checked my bank account
They banked in my salary
What-the-fcuk!
It was only 240
It supposes to be more
I counted. I thought. For awhile
Yezza



I taught at least 5-hours per week
Let me count first...
What if I taught 4 hours a week?
It will be 160 hours a month and I taught for three months and I did not submit the third month attendance.
So it will be 160 multiply 2.
Ha! 320.
So it supposes to be 320!
It is the minimum amount and I taught more than this.

I want to quit. I renewed my position but I’ll quit. No regrets!
Time is precious. I want to be firm. Determined.

I checked my second bank account
What-the-duck!
The payment is not yet banked in
But...
This fucking connection between MEPS and BANKCARD
Government-Private
They cut off my money for 14.
Yeah. Perhaps it is a small amount but it means a lot for me now.
I wish the money is there before new semester begins

I walked down the street

Shitshitshitshitshitshitshitshitshit

(Astaghfirullah…)


Did I do anything bad? Perhaps so…

Another bad day. Urgh.

Thursday, May 14, 2009

Asshole




She rolled her eyes
No point of smiling anymore
Because that was really ass-hoooole


*Damn
-No regrets!

Friday, May 8, 2009

Terkandas



Semalam aku perasan ada sesuatu di belakangku. Aku gusar. Temanku ajak siasat. Aku fikir elok biarkan saja. Dia gesa aku. Aku akur.


Sesudah siasat. Benda itu berbahaya. Jadi, aku mahu selamatkan diri. Aku lihat sekeliling. Laut. Itu jalan tunggal.


Aku cari sampan. Ingin mendayung ke daratan sana. Aku jumpa satu sampan. Tetapi perlu dibaiki dahulu. Aku cari peralatan. Terokai pelosok kecil yang belum pernah aku terokai.


Siap dibaiki. Tiada pendayung. Aku cari, jejaki. Aku jumpa.


Aku mula mendayung. Fikir. Aku harus selamatkan diri. Laut gelora. Hari ini aku terkandas. Aku tunggu dan masih menunggu. Sampai surut. Sedikit.


Hari-hari jahat.

Tuesday, May 5, 2009

Ayuh Kahwin



Dia menjadi pemerhati. Mereka bercakap itu dan ini. Depan dan belakang. Luar dan dalam. Bukan seluar dalam.

Kahwin. Nikah.

Nikah tuntutan. Walimatul urus tuntutan juga. Apa itu walimatul urus. Itu kahwin.

Wajarkah perkahwinan itu gilang gemilang? Wajarkah perkahwinan itu meriah? Dia fikir wajar tetapi kegemilangan dan kemeriahan itu di atas pemahaman maksud setiap individu. Ada majlis memerlukan kurang puluhan ribu ongkosnya. Ada majlis memerlukan lebih. Terpulang. Apa yang penting? Kerjasama. Kata Wonderpets. Kerjasama bagaimana? Organisasi dan pengurusan.

Jiran-jiran mengata. Saudara-mara mengata juga. Ada yang mengherdik. Ada yang mengomel. Ada yang simpati. Ada yang menolong.

Dia mahu simpan duit. Kahwin dengan orang kaya. Biar tiada air mata kesedihan mengalir. Air mata kegembiraan dibenarkan. "Pedulikan." Boleh saja... tetapi dia tidak kuat. Tapi tak mengapa. Lambat lagi dia mahu kahwin. (Ketawa)

Dia fikir lagi. Seorang teman bakal berkahwin nanti. Bakal. Tak sabar menanti hari indah, kamu. (Sengih nampak gusi)

Sunday, April 26, 2009

Lembu Jadian


Mereka beri aku tali. Mereka cucuk lubang hidung aku. Mereka tarik aku. Dan... aku patuh?
Ya, aku patuh. Aku akur kerana aku kurang sedar.

Aku fikir mereka ikhlas dan tulus. Rupa-rupanya, aku terlalu polos.

Apabila aku sedar, aku fikir aku bodoh. Sedangkan aku pandai. Pandai bererti aku matang. Aku ada akal.
Aku mampu fikir. Mana hijau dan mana...
Kita tukar warna.
Mana coklat dan mana tahi. Ok. Bukan warna. Pilih secara rawak.
Aku jadi lembu mereka. Semalam.
Hari ini, mereka ambil gunting dan potong tali itu.
Sedangkan aku mampu potong sendiri kerana aku ada tangan dan mata. Dan jari jemari.

Aku senyum. Senyuman tidak ikhlas. Itu balasan. Umpama susu dan tuba.
Seorang teman berbicara, "Di mana senjata engkau?"
"Senjata apa?"
"Peluru penembus hati itu. Sakit buat sekejap sahaja tetapi itu kebenaran."
"Aku simpan kerana aku fikir aku sudah dewasa. Harus berkelakuan seperti aku matang."
"Jangan dipijak orang kerana kita harus berpijak di atas tanah. Bukan atas orang."

Aku diam. Aku fikir lagi.
"Baik. Aku mahu kembali kepada manusia semulajadi."
"Bagus. Buang ilmu lembu jadian itu."

Akur dan nekad. Serta tekad mahu laksana. Janji aku. Doakan aku, ya. Hati aku mudah kendur.


Friday, April 24, 2009

Godaan Buas



Bisikannya gemersik
"Pergilah," dia membisik
Aku gagahkan diri
Menangkis kata hati
Namun aku kian tewas
Aku ditakluk olehnya
Aku terpana dengan godaan buas
Iblis, aku benci mereka!


Nota:

Aku selalu berusaha untuk cekal dan gigih belajar di dalam bilik yang penuh godaan seperti katilku yang sentiasa melambai-lambai ingin membelai dan mendodoi aku. Dan... komputer riba yang menyanyi-menyanyi memanggil aku.
Katanya, "Animasi sudah dimuat turun". Katanya lagi, "Filem-filem merayu minta ditonton".
Dan menurutnya, "Perisian permainan komputer pun merengek manja".

Aku? Aku paling longlai apabila berdepan dengan animasi dan permainan komputer. Kenapa? Kerana mereka sungguh menyeronokkan mengalahkan lelaki-lelaki yang tampak seksi apabila memasak. Melainkan, ada sesiapa mahu belanja aku stimbot dan tomyam ayam yang pedas dan penuh kuasa tendang?

Kesimpulannya, pergilah ke perpustakaan nescaya iblis tidak akan berjaya menakluki diri kau. Salah iblis atau aku? Fikir sendiri. Tak perlu jawab. Aku tahu jawapannya.

Hadiah Valentine




Hari Valentine dah lepas. Orang kata Hari Valentine dinamakan sempena nama seorang paderi bernama Valentino. Paderi itu menyeru orang ramai untuk menyemai kasih sayang sesama manusia.

Orang kata lagi Hari Valentine jatuh pada hari di mana umat Islam dibunuh secara beramai-ramai. Jadi menyambut hari Valentine sama seperti menyambut hari kematian umat Islam itu semua.

Saya kata saya sayang orang yang sayang saya. Yang tidak sayang, buat apa saya sayang? Fikir sejenak. Muktamad. Tiada perasaan. Tidak sayang. Tapi saya tidak tahu siapa yang sayang atau tidak sayang saya. Saya peduli apa! (Kata-kata manusia penuh amarah atau sombong atau bongkak atau ego). Abaikan.

Saya terima anugerah-anugerah ini dari seorang blogger. Sempena entri untuk kekasih-kekasih saya agaknya. (Senyum). Terima kasih, encik.


The Rules:

1. Place the award logo in one post as soon as you receive it.
2. Do not forget to mention who gives you the award.
3. Answer the award's question by writing the reason why you love blogging.
4. Tags and distribute this award to as many friends as you like.
5. Do not forget to place their links in your post.

Question 1: DONE

Question 2: DONE

Question 3: I like writing

Question 4: I will. InsyaAllah

Question 5: Whose links?

Tuesday, April 21, 2009

Sincerity Brings Happiness


Pada mulanya dia fikir manusia ini seorang yang sangat pendiam, baik hati namun agak sombong. Sedikit. Sekarang dia tahu manusia ini tidak pendiam. Masih baik hati. Sombong juga. Bertempat.


Manusia ini telus apabila berbicara. Lantang. Mungkin mengundang kebencian kerana bukan semua orang bersedia untuk menerima kebenaran. Kerana kebenaran itu pahit. Kadangkala. Namun, kadangkala kebenaran manis juga.


Dia fikir lagi. Manusia ini seorang yang sangat cinta akan kanak-kanak. Jujur juga. Bukan keras dan palsu seperti perempuan-perempuan tegur bayi-bayi atau kanak-kanak berhampiran mereka seperti ini.


A: Ini anak saya

B: Wah, comelnya anak encik. Alaaa


atau


C: Ini anak saudara aku

B: Coomeeelnya. Ala ala. Meh kat akak meh


Mungkin ada yang jujur. Situasi ini berlaku di depan mata dia dan dia tahu serta yakin B sangat palsu. Matanya, senyumannya. Palsu. Berbalik pada cerita asal.


Dia pernah lihat manusia ini menyuap makanan kerana adik itu terlantar sakit. Dia pernah dengar cerita bahawa manusia ini menemani adiknya yang berumur dua belas tahun mandi.


Manusia ini pendengar yang baik. Dia suka bercerita kerana manusia ini faham akan peranannya. Dengar dan komen jika perlu. Jika dia ingin mengeji, manusia ini memang pakar juga. Jujur. Mengeji itu memang kurang bagus. Tapi meluahkan ubat hati. Luahan kadangkala menyelitkan keji, maki dan umpat sebagai perisa tambahan. Jangan ikut tabiat mereka berdua. Mereka sedar tabiat ini tidak bagus untuk batin.


Baru-baru ini, dia terbuang sekeping kad hari lahir ke dalam plastik sampah. Kad hari lahir yang belum siap. Buatan sendiri. Untuk manusia ini. Ampun, sahabat! Kesibukan mencetuskan kealpaan lantas dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Perkenalkan, seorang lagi kekasih saya, Saufi Amri,


Manusia ini

Kenangan. Aku tak sinonim dengan ular. Jadi aku pandang sahaja



Rinduuu (Senyum)

Promosi kasut


Nota:
Lagi tiga bulan, aku belanja kau. Janji! (Sengih)

Thursday, April 16, 2009

Nasi Lemak, Roti Canai, Charkuetiau

Tengok video ni dari satu blog ni. Tertarik untuk ikut dia mempromosikan ini:








Nota:
Kita umpama nasi lemak, roti canai dan charkuetiau. Sedap!
Thanks ary, cause I never saw this before. Gila kuno aku. (Gigit kuku sampai hancur)
Aku suka suara Atilia dan Pete Teo.

Tuesday, April 14, 2009

Kekasih Saya


Saya ada seorang kekasih. Ramai kekasih. Tapi dia istimewa. Yang lain istimewa juga. Tapi dia lebih. Semalam dia hubungi saya. Dia telefon. Saya rasa seronok bercerita. Saya rasa rindu akan dia. Rindu. Dia suka peluk saya. Tapi itu dulu. Sekarang kami jarang berjumpa. Agak jarang. Ok. Kekasih. Perkenalkan. Dia budak sepet.














Dia suka buat muka bajet comel


Saya ingin mencapub juga


Ini versi gedik. Tapi hanya kami yang kelihatan gedik. Sila keji jika kurang puas hati


Bersama kekasih kami. Siapa paling buncit?




Yesterday. It was Nineteen-Fifty-Seven






One man climbed. He got the chair.
Directly. Indirectly.
Paradoxically, both took place.
One man went down.
One familiar man entered the house. Again.
Audiences are watching the play.
Some are confused.
Some are paranoid.
Some are satisfied.
Some are indifferent.
Which are you in?

Thursday, April 9, 2009

Mesej Lucah



Tit tit. Tit tit. Bunyi mesej telefon bimbit mengejutkan dia dari tidur. Pad kekunci diaktifkan bagi membaca mesej itu.

"Nombor siapa ni?" Getusnya di dalam hati.

"Apa hantar mesej lucah! Nombor sesat!" Dia sedikit geram akan tidurnya yang terganggu dek mesej itu.

Dia menutup mata, menyambung tidurnya. Dia cuba untuk tidur namun mindanya tidak lepas dari berfikir berkenaan mesej lucah itu.


Pad kekunci diaktifkan . Dia membalas mesej itu.

Mesej itu: Kenapa kita nampak awak kat sekolah? Kelas Seni pukul dua bukan?

Dia balas: Kelas Seni sekarang. Kelas 5 Delima. Cepat datang.

Dia memejamkan matanya. Katup. Sebelum tidur, memori persekolahan yang ditinggalkan semenjak tujuh tahun lalu menerjah ke ruang mindanya. Dia senyum.

Thursday, April 2, 2009

Kosong



Dunia aku gelap. Semalam, kawan aku pesan. Jangan tamak. Bersyukur. Baik. Dunia aku sudah ada cahaya tetapi kosong. Aku bersyukur akan itu. Betul. Tak bohong.

Dunia aku kosong. Kosong tapi bukan hitam. Putih. Mungkin. Aku sesat. Aku fikir aku lemas.
Bantuan pernafasan tidak diperlukan. Aku masih bernafas. Secara normal. Manusia selalu kurang puas.

Aku cuma perlu pen. Sebatang. Dua. Tiga. Pinjam kan kepada ku. Sesiapa. Ada?
Aku mahu lukis peta. Petunjuk bagi cari jalan keluar dari keserabutan yang kosong dan putih ini.

Siapa? Apa?

Mulut Emas bahagian 5




Betul Penyu bertelur
Salah
Telur berpenyu

Esan: OK. Siapa ada calendar.
* Semua orang mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Kecuali Azam.

Esan: Telefon korang ada cuti setahun ke?
*Azam ketawa. Yang lain, ketawa juga. Tidak ikhlas. Ada yang senyum. (Heh)

Azam: Aku ada calendar. (Mengeluarkan mini calendar dari dompet)
Azam: Ogos ada cuti. Merdeka.

Esan: Tak boleh. Kita kena pergi Julai. Telur berpenyu start akhir Jun sampai Julai.


* Gamat. Maki. Gegar.


Betul Mengaum
Salah
Mengimau

L: Game aku, biawak dan buaya. Biawak buaya biawak buaya (Sebut laju-laju)

D: Susah. Jadi biaya buawak

*Ketawa

Esan: Kita masuk kandang harimau kena mengimau

*Ketawa. Yang panjang

Betul
Abang Madi
Salah
Penyu

Esan: Aku kena tahu tarikh sekarang.

Azam: Lainkali. Tak pasti la.

D: Semua ambil cuti hari Jumaat, sudey.

Esan: Haa! Decide tarikh. Senang aku nak contact penyu

*Ketawa. Berpanjangan.

Esan: Aku contact Abang Madi, nak beritahu pasal kedatangan kita. (Serius)

*Masih ketawa

Sila bayangkan Esan menggunakan walkie-talkie bagi menghubungi penyu di dalam laut.
“Penyu, sila naik bertelur sekarang”. Oh, ya. Penyu memakai radar.

Monday, March 30, 2009

Susu dan Tuba



Mesej A: Hi. Kabare

Mesej B: Sihat

Mesej A: Saje SMS. Dah lama tak dengar cerita

Mesej B: Nak habiskan kredit lah ni

Mesej A: Mana ada. Tak terfikir pun

Mesej B: Dah tu. Bosan? Pastu mesej semua orang?

Mesej A: Aku mesej kau seorang je. Tak apa lah. Ada kerja. Bye

Mesej B: Eh, tiba-tiba. Nak jimat kredit la tu.





A dengan rasa ikhlas ingin bertanya khabar si B. B sungguh kerek dan negatif. Kali ini keikhlasan tidak membawa kegembiraan.



Selepas sehari dua.



Mesej B: (Mesej forward wishes)

* A berfikir: Apa kes



Nota: Tabah!

Tagged pt. 3




1. Go to "My Pictures" or your Photo Folders in your computer

2. Go to the sixth folder of your photos' folders

3. Go to the sixth photo of that folder
4. Upload it here

5. Describe it

6. And finally, tag six other bloggers and leave a comment in their pages.



This is the photo ...



Dua orang kanak-kanak sengal.

You are tagged:
D
Sara
Fifon
SaufiAmri
KakDira
3GadisDTMP

Saturday, March 7, 2009

Ah Beng



P/S: This is not mine. Someone forwarded this to me. Enjoy!

Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said, 'My Mobile No. has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'



Ah Beng: I am a proud, coz my son is in Medical College.

Friend: Really, what is he studying?
Ah Beng: No, he is not studying, they are studying him.



Ah Beng: Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng: Can I take this tomorrow, tonight is final game.



Ah Beng: If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng: No, I'll also stay with your sister.



Ah Beng: People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng: When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.



Ah Beng complained to the police: Sir, all items are missing, except the TV in my house.

Police: How the thief did not take TV?
Ah Beng : I was watching TV news...



Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'. He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complimnt.'



How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.



Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other. So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot



Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and Says 'Hello, how did you know I was here?'



Ah Beng: Why are all these people running?
Man: This is a race, the winner will get the cup.
Ah Beng: If only the winner will get the cup, why others running?



Teacher: 'I killed a person'. Convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'



Ah Beng told his servant: Go and water the plants!
Servant: It's already raining.
Ah Beng : So what? Take an umbrella and go.