Klik2 sahaja

Sunday, December 21, 2008

Koleksi Teka-teki 2




Peringatan:
Jika ada yang tidak puas hati dengan jwapan teka-teki di bawah, aku mahu ingatkan bahawa dua orang permberi teka-teki berkata, "Pemberi teka-teki mempunyai kuasa mutlak untuk jawapan teka-teki mereka."

Teka-teki 6

Ikan apa ada dua kepala?

:: Ikan kering
:: Ikan kembar siam
:: Ikan berkepala dua la

SALAH!
Jawapan: Ikan yang sedang tengok cermin

Oleh: L

Teka-teki 2

Ikan apa ada lapan kepala

:: Empat ekor ikan sedang tengok cermin (confident!)
:: Ikan sedang tengok lapan cermin
:: Surrender (kecewa)

SALAH!
Jawapan: Ikan tadi ajak lagi tiga ekor kawan-kawan tengok cermin sama-sama

Bantahan: Jawapan aku yang empat ekor ikan tadi betul!
Jawapan untuk bantahan: Pemberi teka-teki mempunyai kuasa mutlak untuk jawapan teka-teki mereka. Aku
cakap salah, salah lah


Oleh: L

Teka-teki 3

Ikan apa ada bulu ketiak
:: Ikan dewasa
:: Ikan keli
:: Ikan jantan

SALAH!
Jawapan: Tokey ikan

Oleh: L

Teka-teki 4

Kuda apa ada di padang pasir
:: Kuda tengah buat penggambaran. Berlakon
:: Kuda mainan
:: Kuda di dalam TV

SALAH!
Jawapan: Kuda sesat

Oleh: Sara

Teka-teki 5

Apa ada tengah malam?

:: Bulan
:: Bintang
:: Hantu

SALAH!
Jawapan: Huruf L

Oleh: L


Nota:
Aku paling tak puas hati teka-teki ikan tu! (Muka tak puas hati)

Saturday, December 20, 2008

Mood: Jiwang



Peringatan:
Jiwang. Sesiapa terutama rakan-rakan, ketawakan aku sepuasnya. Ini memori rasa aku ketika aku dilamun cinta. Dengan siapa, Diana si Sepet tahu. Tanya dia. Tetapi, memori. Ini memori. Memori tau!

Aku cinta akan dia
Tapi dia tidak rasa apa kurasa
Aku rasa dia pandang aku walhal aku perasan
Aku teruja pandang dia namun dia tidak rasa apa-apa
Aku terkial-kial dan dia berlagak biasa
Aku benci sebab aku suka dia
Dia tidak suka aku
Apa aku boleh buat, itu apa aku rasa
Aku tak minta rasa itu balut jiwa aku
Aku mahu pergi jauh dari rasa itu lalu aku berusaha
Aku rasa aku berjaya
Namun, dia melintas dan terpandangku
Jiwa bergetar lagi
Aku perasan lagi
Aku teruja lagi
Aku terkial-kial lagi
Dia hanya terpandang
Dia tumpang lalu
Aku yang bodoh
Berambus rasa itu
Pergi jahanam rasa itu
Selamat tinggal

-Ainguzzle-

Nota buat Zezeq: Nanti aku post teka-teki dan mulut emas. Aku busy. Busy layan game. Haha
Nota buat Diana: Kau tahu, siapa ini bukan?
Ini Hijau. Kenapa aku suka Hijau, Diana? Kenapa? (Berfikir). Aku pun tak tahu kenapa.

Nota buat semua: Ini hanya kenangan ok. Jangan hidup dalam kenangan. Doakan agar dia tidak melintas lagi. Uwahahahhahahah. (Aku bimbang aku tewas! Shit! Be strong, Ainguzzle)

Saturday, December 13, 2008

Koleksi Teka-Teki



Aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang suka menjual teka-teki. Walaupun aku tak pernah cakap aku mahu beli, mereka menjual sewenang-wenangnya kepadaku dan orang-orang lain juga. Jawapan-jawapan teka-teki itu kadang-kadang tidak boleh diterima ku bulat-bulat. Namun, aku buat-buat terima sahaja memandangkan ada beberapa di antara mereka berkata, “Pemberi teka-teki mempunyai kuasa mutlak untuk jawapan teka-teki mereka."


Teka-teki 1

Bayi apa, bila dilahirkan tidak menangis?

:: Bayi bisu
:: Bayi cacat
:: Bayi binatang

SALAH!
Jawapan: Bayi tak ada kepala.

Oleh: D


Teka-teki 2

Satu perbuatan yang Tuhan marah manusia buat, syaitan pun marah.

:: (Diam)
:: Bunuh syaitan
:: Buat agama baru

SALAH!
Jawapan: Rogol anak betina syaitan

Oleh: Sidi


Teka-teki 3

Di dalam satu perlumbaan (lumba lari) diantara siput-siput. Siput apa yang paling lambat?

:: Siput babi
:: Siput Sarawak
:: Sungai Siput

SALAH!
Jawapan: Siput yang tak bergerak

Oleh: Sidi


Teka-teki 4

Ada seekor lembu sedang meragut rumput di sebuah padang. Hairan, lembu itu meragut di kawasan rumput yang kering (berwarna kuning, mungkin disembur racun, berpenyakit, dsb. Sila andaikan sendiri). Kenapa lembu itu tidak meragut di kawasan rumput hijau?

:: Satu padang tu rumput kering
:: Suka hati lembu itulah
:: Lembu itu nyanyuk

SALAH!
Jawapan: Lembu itu memakai cermin mata berwarna hijau

Oleh: L

Teka-teki 5

Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun menaiki sebuah bas. Sebelum dia turun, dia bertanya kepada pemandu, “Berapa umur Pak cik?” Pemandu itu berkata, “40 tahun.”

Sepuluh tahun kemudian,

Kanak-kanak itu membesar menjadi seorang pemuda yang berumur 20 tahun. Dia menaiki bas yang dipandu pemandu yang sama. Sebelum dia turun, dia bertanya, “Berapa umur Pak cik?” Pemandu itu berkata, “40 tahun.” Pemuda itu terkejut. “Pak cik, 10 tahun yang lepas umur Pak cik juga 40 tahun, bukan? Kenapa sekarang umurnya masih sama?”

Apa jawapan pemandu itu?

:: Umur aku, suka hati aku lah
:: Awet muda
:: Dah tahu kenapa tanya?

SALAH!
Jawapan: “Pak cik seorang yang tetap pendirian.” (Baca dengan nada yang tegas)

Oleh: L


Nota:
Ini baru 5 teka-teki. Aku ada banyak lagi. Berminat?

Wednesday, December 10, 2008

MULUT EMAS bahagian 2


MULUT EMAS
bahagian 2

Klik pada gambar untuk besarkan saiz

1.

Salah Kepala babi
Betul Wahab

Aing : Aku nak keluar kejap. Nak jumpa kepala babi. Eeehhhh! (terkejut). Nak jumpa Wahab.
Bet : Hahahahaha (nada tidak ikhlas)

*Bet bersahaja mencatat kesilapan Aing.

Aing : Kasihan Wahab. Jadi kepala babi.
Bet : Kaulah.

Sepanjang perjalanan menuju ke HS Café, Aing rasa bersalah kepada Wahab.

________________________________________________________________________

** 15 minit sebelum peristiwa ini berlaku.
Bet seorang yang rajin belajar. Dia sedang meganalisa Lloyd Fernando’s Green is the Colour untuk peperiksaan akhir sem itu. Subjek: Malaysian Singaporean Literature.
(Aing dan Bet mengambil jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris)

Bet : Aing, dalam notes kau tak ada pun pasal simbol kepala babi
Aing : Aku tak sampai kat situ lagi.
Bet : Ok.

*10 minit kemudian.

Aing : Bet, aku dah tahu pasal kepala babi.
Bet : Kejap lagi, cerita kat aku, ya.
Aing : Ok.

*Tiba-tiba, ‘tit tit, tit tit’, bunyi mesej telefon bimbit Aing. Aing membaca mesej itu. Aing bersiap-siap untuk keluar.


Nota:
Ketika di awal perkenalan dengan Bet, Aing sangkakan dia suka buat-buat ketawa (ketawa tidak ikhlas). Sangkaan Aing meleset. Bet memang dilahirkan untuk ketawa begitu.
Sorry to Wahab.

2.

Salah AGV
Betul AVG

Paten : Aku rasa laptop aku ada virus. Kawan-kawan, anti-virus apa paling bagus?
D : Kawan aku cakap Karpesky
Aing : Kau pakai apa, Paten?
Paten : AGV.
Aing : Woit, AVG lah.
Paten : Eh, aku sebut apa?
Bet : AGV (telah selamat mencatat keemasan mulut Paten)

*Paten ketawa versi hikhik

Nota:
Paten dan Sara selalu tidak perasan mereka telah meemaskan mulut mereka


3.

Salah kakukaku
Betul calculator

Salah computer
Betul calculator

Paten : Kawan-kawan, siapa ada calculator. Aku nak kira gaji aku. Babi betul J**** ni.

* Semua orang di dalam bilik tidak mempuanyai mesin kira-kira a.k.a calculator

Paten : Macam mana ni, aku nak kira gaji aku. (merengek manja)
D : Apa susah, handphone kau Nokia, bukan? Masuk Extras. Buka kakukaku.
Eh, calculator. (D suka pronounce sesuatu dengan betul. Mungkin kerana berbelit lidah ingin speaking in English, dia tersasul)
Bet : Haha. Entahnya, semua handphone ada computer.
D : Haha. Computer, Bet?
Bet : (Terkebil-kebil)

*D siap memakai tudung untuk ke kelas. D mengambil pen terselit di beg ke kelasnya untuk mencatat. Sara yang sedang menunggu D untuk ke kelas sedang ketawa versi vibrate beserta bunyi perlahan.

Nota:
Paten suka merengek manja. Samada dia memang manja atau buat-buat manja, hanya dia dan Tuhan yang tahu.
Kadang-kadang, Bet akan terkebil-kebil. Dia lost sekejap.

Nota tambahan: Cerita ini mungkin kurang tepat berdasarkan cerita asal. Namun, hanya sesiapa yang memahami akan faham. Buat D, Paten, Sara, Bet, dan pengunjung Nusaibah E2.8

-Ainguzzle-

Thursday, December 4, 2008

Rumit bahagian 2


Serba putih pakaiannya
Berdiri tegak memandangnya
Dia rasa kurang selesa
Tidak mampu berkata apa

“Aku perlukan seseorang”
“Untuk melunaskan satu urusan”
“Kamu tidak berkaitan”
“Kamu belum matang”

“Umurku sepuluh tahun”
“Kita memang tiada ikatan pun”
“Aku di sini ingin menolong”
“Seorang kawan telah memohon”

Ikhlas senyuman budak perempuan itu
Dia dapat rasa itu, terharu
Anak matanya bersinar dan lalu
Dia mendapat semangat baru

Kepala budak itu diusap
Tiba-tiba dia menjerit kuat
Kemarahannya meluap-luap
Dia rasa takut. Oh, tidak!

Sebaik membuka mata, kelihatan cahaya
Lagi, serba putih pakaiannya
Dia mengejar layang-layangnya
Malam itu samar-samar cahayanya

Budak itu bersatu dengan layang-layang
Dia bercahaya, Matahari punyai sinaran
“Aku mahu buru seseorang!”
“Pembunuh yang lari bertempiaran”

Hujung pen dikulum
Tin-tin bertaburan dihitung
Darah dan ayam sudah disembelih pun
“Celaka!” dia menjerit mahu ditolong

Gembira tawanya budak itu
Tidak! Tangisannya pilu
“Yang bersalah itu kamu!”
Dia mula berfikir, mencantum klu

Bersepah seperti sampah sarap
Dia sudah mula melonjak
Dia mula sedar itu sangat jahat
Dia tidak boleh hanya berharap
-Ainguzzle-
Bersambung...
Poems related:

Unsolved pt. 2


A girl in white
Stood by her side
She felt it was not right
But she could not fight

“I need someone”
“So I can run”
“You are not the one”
“And you are so young”

“I am ten”
“I am not your friend”
“I am here to lend”
“A help for a friend”

The girl smiled sincerely
She could see the sincerity
Her eyes glowed happily
She absorbed the energy

She touched the girl’s head
The girl screamed like she was mad
Her face turned into red
Oh, no! She was dead

She opened her eyes and saw light
Again, she saw that girl in white
And she was chasing a kite
And it was a dark night

That girl and kite merged into one
The girl glowed as bright as the sun
“I want to hunt someone?”
“She ran after the murder was done”

She took a pen
She saw an empty can
Blood-stain and slaughtered-hen
She stood, cried and yelled, “Damn!”

The girl laughed happily
No! The girl cried sadly
“You are guilty!”
She fused the pieces neatly

They were scattered in red
She was being led
She realised it was bad
And she could not go back
To be continued...
-Ainguzzle-
Poems related:
Rumit bahagian 1

Monday, December 1, 2008

MULUT EMAS bahagian 1

Klik pada gambar untuk besarkan
MULUT EMAS bahagian 1


1.

Salah Extra hard disk
Betul External hard disk

Paten : Extra hard disk satu berapa harganya?
Aing : External hard disk la, Paten.
Paten : Ha? Aku sebut apa?
D : Haha! Tulis, Aing!

*Paten ketawa terkekek-kekek.



2.

Salah Sup Cappuccino
Betul Sup Campbell



Paten : Kawan-kawan, aku buat sup Capuccino. Makaaan!
Paten : Eh, Sup Campbell. (Bersahaja)
Aing : Mulut emaas!

*Gamat dengan ketawa.

Nota:
Tradisi kami: Bila nak makan, beritahu semua orang di dalam bilik. Seakan pelawa mereka untuk makan bersama-sama. (Walhal tidak dan kadang-kadang makanan itu sedikit). Tetapi, kadang-kadang kami kurang faham bahasa (mungkin kerana lapar). Jadi, kami tumpang satu mulut. :)


3.

Salah veterinar
Betul vegetarian


D : Kawan-kawan, Malinja jom malam ni. Nasi lemak yang nikmat. (Menjenguk di sebalik langsir
compartment Aing.

Aing : Sedapnya, char kuey teow Malinja. (Buat gaya Slurppp)
D : Paten, jom!
Paten : Aku kan ada tournament silat. Coach aku suruh aku jadi veterinar.

*Aing dan D ketawa terbahak-bahak. Lantas, Aing mencapai pen di atas meja belajarnya.

D : Vegetarian ke veterinar, Ten?
Paten : Aku sebut veterinar ke? Hahahhaahaah (Ketawa dengan ikhlas versi Paten)


Nota:
Veterinar ialah satu perkataan yang tidak wujud. (Isk. Apa ni, Paten).

Doktor haiwan: Veterinary surgeon / Vet



4.

Salah Budak-budak GPRS
Betul Budak-budak GPMS

Aing : Aku tak suka budak-budak GPRS. Politik sangat.
Bet : GPRS?
Aing : Eh, GPMS.

*Bet, yang sedang membaca melangkah ke ruang tengah bilik, mencatat kesilapan Aing.

Nota:
Bet, seorang yang dingin. (kadang-kadang)
Aing, GPRS ialah benda yang berkaitan dengan connection handphone (kot) manakala
GPMS : Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung.


Nota tambahan:
Cerita ini mungkin kurang tepat berdasarkan cerita asal. Namun, hanya sesiapa yang memahami akan faham.
Buat D, Paten, Sara, Bet, dan pengunjung Nusaibah E2.8
-Ainguzzle-

Menggigit


Menggigit

Rasa itu datang lagi
Menggigit
Selangkah
Aku rasa gigitannya
Selangkah lagi
Gigitan itu seperti anasir jahat
Aku gagahi
Menjengah
Deras bunyinya
Sakit ini
Bilakah
Akan berhenti
Berbeda dengan onar di luar
Namun tampak sejajar
Aku melangkah
Ah, menggigit hingga ke tulang hitamku
Dan di luar, deras kedengaran
Makin lebat
Tanpa berhenti


-Ainguzzle-

Rumit bahagian 1

Rumit
bahagian 1


Kotak itu mula dibuka
Dia perlu sedikit masa
Berterabur, amat nyata
Dia rasa kurang selesa

Dia terasa kehilangan
Dari tapak permulaan
Dia menerima bantahan
Dan dia masih bertahan

Senja, itu pasti
Seorang kawan menanti
Lampu itu menerangi
Di dalam genggaman, kurang pasti

“Aku bawakan untukmu”
“Kamu makan ini selalu”
“Ini juga untukmu”
“Dari teman anakmu”

Dia rasa lemah
Dan sedikit resah
Otaknya mula diperah
Dan sakit itu semakin parah

Lelaki itu memakai pagoda
Dan dia bersama media
Gambaran itu tidak nyata
Dia rasa kurang selesa

Itu semua khayalan
Dia berkhayal, dan ada wartawan
Seorang lelaki kelihatan
Dia duduk, berfikir secara mendalam

Tangan, dia amat pasti
Pokok, pasir dan kali
Orang berlindung ramai sekali
Tanah berlecak, mereka berlari

Dia perlu rancang sesuatu
Agar dia tidak hilang satu pun klu
Untuk mencari hala tuju
Oh, tidak! Doktor itu menunggu

Dia bersalah
Otaknya lambat diperah
Sekarang, dia rasa lemah
Lagi, sakit itu makin parah

- Ainguzzle-

Bersambung…

Unsolved pt. 1

Unsolved pt. 1

She opened the chest
She needed a rest
Everything, in a mess
This became a pest

Something was missing
She knew it from the beginning
People were denying
And she kept telling

It was 6.00 p.m.
There she came, a friend
She switched on the lamp
Something in her hand

“I bring you these”
“Things you must not miss”
“Eat them with this”
“Given by your niece”

She felt sleepy
And a bit lonely
She thought deeply
It was scary

He wore a vest
She talked to the press
It became less and less
That vision became a pest

She was dreaming
To the press she was talking
There, he was standing
She sat, deeply thinking

She saw a hand
Trees, river, and sand
There was a camp
The soil was damp

She wanted to do a list
Anything would not be missed
Then she could think the gist
Oh, no! The hypnotist

She was so silly
Acted and thought slowly
And now she was sleepy
Again, it was scary

-Ainguzzle-

To be continued…

Running-Hiding-Seeking

Running-Hiding-Seeking

He was running
Running and had been hiding
He knew they were seeking

He was naked
His shadow faded
His life was sacred
His feet landed

He was hiding
And they were seeking
The reason why he was running

The white girl was fool
The red girl was beautiful
The chief was helpful
He was not grateful

They were seeking
He was running
And he was hiding

He stopped
He was not caught
Yet he thought
It was really hot

They were running
Because they were hiding
Hiding while seeking

He was not naked
To Him he thanked
It was founded
When he landed

He merged with the air
It was rare
People did not care
Because it was not rare

Water was dancing
Wind was singing
Animals were acting
They were performing
It was a never-ending
play and He is watching
-Ainguzzle-



Note:


Was written by N. Scott Momaday

I read this 2x but I did not get what the writer is really trying to convey. (Many would disagree perhaps) but that was what I had found. No. I had not found anything. Erm. Yes. I had found something. (Because I had to present it to my American Literature class). Abel is proud with his identity. He does not think that Angela is beautiful. Abel thinks that women from his race are more beautiful than whites. However, Angela thinks that he is very attractive. Aha!

Then, Angela is flirting. Erm. Sort of. (She asks Abel to have sex with her) because she thinks that she is hot but yet why with the Native? Why she thinks that Abel, a Native American is better than men from her own race though she feels that she is better than those women who are Natives. Why? WHy? And why? (She thinks Abel is so gagah perkasa).

I did not understand neither so I dedicate this poem to all readers who do not understand this story.

Langit



Langit


Langit itu hijau
Tidak memukau
Mereka terpukau
Kepada langit biru
Biru yang kaku
Kerungsingan berputar
Seakan di kelar
Kemudian ia menjalar
Keluar

Merah itu darah
Bumi merekah
Aku resah

Malam kelam
Sedikit seram
Bulan terang

Aku lemas
Tidak cemas
Aku keras

Kerungsingan keluar berputar
Aku berlari mengejar
Aku berdebar
Seolah dikelar
Langit itu biru
Seperti selalu
Tubuhku kaku, berderau
Matahari itu silau
Suara mengerumuni, garau.


-Ainguzzle-

One morning

One morning
It was 8. 24 a.m. He cried. “Aaa!”
Mak laughed.
He cried. “Aaa!”
“Aaa.” Mak said .
“Tek.” He said.
“Tek.” Mak said.
“Si.” He said.
“Si.” Mak said.
“Boo.” He said.
“Boo.” Mak said.
“Taak!” He said.
“Taak.” Mak said.
“Ke.” He said.
“Ke.” Mak said.
“Chik.” He said.
“Chik.” Mak said.
“Aaa-tek si boo-dak ke-chik.” He screamed.
“Aaa-tek si boo-dak ke-chik.” Mak laughed.
He went to his bedroom. He opened his bag-pack.
“Atek buat apa?” I asked.
“Melukis. Tak nampak ke?” He sighed. I laughed.
Chirping birds accompanied me. Laughing till my mom called.
“Anak dara, mari makan.” I grinned.
-Ainguzzle-

Thank-you


ThankYou.SangatTerharu.
Siapa malu-malu.Dia suka menggaru.
Garu dagu.Termangu-mangu.Aku tidak suka menunggu.
Baru aku tahu.





-Ainguzzle-


P/S: Original version bukan begini, ya. Ini hasil kerjaku yang tak seberapa.

Cinta Aku dan Kamu

Cinta Aku dan Kamu
Kami makin dewasa.
Kami ada cita-cita.
Aku cinta kamu.
Kamu cinta aku.
Aku kejar cita-citaku.
Kamu kejar cita-citamu.
Cinta bawa aku dan kamu.
Seperti dulu.
-Ainguzzle-

Adik

Kakak sedang membaca komik di dalam bilik tidurnya. Tiba-tiba Adik datang, menjenggukkan kepala di sebalik pintu.

Kakak mengangkat kening. “Nak apa?”

“2-3 minit pukul berapa?”

Kakak mengerutkan kening, berfikir. “2-3 minit tu 2-3 minitlah”.

Adik sengih mempamerkan barisan gigi hadapan yang rongak. Dia berlalu pergi. Kakak meneruskan pembacaannya yang tergendala sebentar tadi.

“2-3 minit pukul berapa?” Adik datang lagi. Kali ini dia menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik. Dia masih tersengih. Kakak melihat jam loceng di atas meja. “Pukul 2.39 petang,” getus hati kecilnya. “Pukul 2.42,” kata Kakak setelah mencongak di dalam otak. Selepas 3 minit berlalu, sudah pasti 2.42 petang jika dikira dari waktu sekarang.

Adik sengih dan berlalu pergi.

Kakak berfikir seketika. “Dia mahu buat apa?” Kelakuan Adik yang agak pelik itu tidak diendahkannya. Dia meneruskan pembacaannya.

Adik datang lagi selepas 2 minit. “Kakak, pukul berapa?”

“2.41”.

Adik keluar. Kakak tidak mengambil kisah kelakuan adiknya itu.

“Pukul berapa?” Adik datang lagi selepas 2 minit. Dia sengih.

“2.43”.

“Yea!”

Adik menjerit gembira. Kakak bertambah hairan dengan kelakuan kanak-kanak berumur 7 tahun itu. Tidak sampai seminit, Adik datang membawa mi cawan segera. Dia memakai topi besbol. Tuala diikat dipinggangnya seakan dia memakai apron.

“Jeng, jeng, jeng!” Mi cawan segera itu dihulurkan kepada Kakak. Kakak bingkas bangun dari katil. Dia sedikit terkejut. Mi cawan segera diambil dari tangan adik. Adik berlari keluar. Kemudian, dia datang dengan membawa satu lagi mi cawan segera.

“Adik masak sendiri ke?” Soal Kakak.

“Yelah,” Adik sengih.

“Macam mana?” Soal Kakak.

“Adik baca dekat arahan. Tuang air panas, tunggu selepas 2-3 minit,” cerita Adik.

“Mana ambil air panas?” Soal Kakak.

“Masak lah. Adik guna kerusi nak ambil air dari singki. Lepas tu, Adik letak atas pemanas guna kerusi juga. Mak cakap, nak masak air, jangan letak sampai lebih paras merah,” kata Adik. Dia meniup mi segeranya.

“Terima kasih,” Kakak terharu.

“Sama-sama,” Adik sengih.

“Lain kali kalau nak masak, suruh akak tuang air panas tau. Berat cerek tu. Bahaya,” Kakak sedikit gusar.

Adik angguk. Persoalan Kakak telah terjawab. Rupa-rupanya Adik menganggar masa untuk menunggu mi segera masak. Tindakan Adik memang bahaya. Kakak ingin sahaja memarahinya tetapi dihalang niat itu. Adik cuba untuk melakukan sesuatu yang bermakna kepada Kakak.

Kadang-kadang di dalam kehidupan ini, sebagai kakak atau abang, kita hanya tahu memarahi adik-adik kita yang masih kecil. Marah kita bukan marah kebencian tetapi tanda sayang. Namun begitu, adakah kita memikirkan kesan amarah kita kepada mereka? Adakah kita terfikir yang mereka akan sedih dan kecil hati dengan amarah kita yang kadangkala agak melampau? Walaupun kita lagi lama hidup dari mereka, itu tidak bermakna kita betul dalam semua perkara. Kita perlu fikir kenapa mereka melakukan itu dan ini? Teguran adalah jalan terbaik selain daripada marah. Kanak-kanak lebih patuh jika ditegur. Teguran pula hendaklah dilakukan dalam keadaan sepatutnya. Kadang-kadang, marah memang diperlukan untuk mendidik mereka tetapi ia tidak wajar dipraktikkan selalu kerana ia hanya mengundang ketakutan dan kegerunan mereka terhadap kita. Kita tidak mahu ditakuti sebaliknya dihormati.

Kadang-kadang kita tak sedar akan kemarahan kita terhadap mereka melampaui had yang sepatutnya. Mereka hanyalah insan kerdil yang bergelar kanak-kanak. Mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang seperti mana kita. Namun, adakah orang dewasa sering berfikir panjang di dalam melakukan sesuatu? Fikirkan. Kadang-kadang, kita sendiri bertindak mengalahkan kanak-kanak. Kenapa harus kita memarahi mereka? Lainlah kalau mereka mencuri atau pun membunuh. Kalau mereka malas sembahyang, apa yang kita lakukan? Adakah kita memarahi mereka seperti mana kita memarahi mereka kerana berebut untuk memegang kawalan automatik televisyen?

Sebeleum memarahi mereka, kita perlu fikir dahulu. Adakah tindakan kita itu betul? Kedewasaan kita bukan tiket untuk mencari kesalahan adik-adik kita. Untuk yang tiada adik, pasti sukar kalian gambarkan suasana kanak-kanak bising, meraung, bertempik, berlari ke sana sini dan rumah yang bersepah dengan mainan. Adakah ini keburukan mempunyai adik? Aku rasa, inilah keistimewaan mempunyai adik. Aku tak kata bagi yang tak mempunyai adik, kalian kurang bernasib baik. Mungkin ada nikmat lain yang kami (sebagai kakak dan abang yang mempunyai adik) tidak dapat rasai seperti mana kalian rasai. Sama seperti kalian tidak dapat merasai apa yang kami rasai sebagai kakak dan abang.

Menduga perasaan juga melayan karenah kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang degil. Memang terbakar hati aku kalau melayan adik aku yang berumur 3 tahun ni. Menangis dan meraung seakan aku ni pembunuh bersiri. Itu tak nak, ini tak nak. Yang dia reti hanya lah mengamuk sambil meggelepar dan menjerit serta menangis dengan suara yang sangat kuat. Menggelepar di atas lantai dengan pusingan 360 darjah. Menangis break-dance agaknya.

Tetapi, apabila aku fikirkan balik, kenapa perlu aku marah? Mereka masih kecil. Berak pun, kita yang cuci. Makan masih bersuap. Minum susu, dengan menggunakan botol. Kalau berlari, mereka seringkali terjatuh. Bercakap pun tak berapa betul. kalau nak mandi, kita yang mandikan mereka. Mereka hanyalah insan kerdil yang baru belajar untuk hidup. Kemarahan kita terhadap mereka jika dihamburkan hanya menunjukkan ketidak matangan kita sebagai seorang yang kononnya telah dewasa.

-Ainguzzle-


Jadi, siapa yang masih kanak-kanak di sini?

Emptiness and Occupied


Emptiness and Occupied


I was waiting
Waiting for nothing
Waiting and hoping
Hoping for nothing
So I will be leaving
Leaving with nothing

Life will be better
Better than yesterday
My dream becomes bigger
Harder
Greater

I am sad
It feels bad
I am mad
It was bad
I love red
Red is mad
Mad and sad

I was fooled
Fooled by you
Hope is the main root
Main root is trusting you
I see my food
I think about you

Food is delicious
I will be serious
Thinking about you will be useless
I am not hopeless
Because I was not homeless
I was not jobless
You are heartless
Less less less about you
More more more about me
Less and more
It is me


-Ainguzzle-

Aku berjalan


Aku berjalan


Aku berjalan. Aku nampak bunga.
Aku tak peduli.
Aku berjalan. Aku nampak sampah.
Aku peduli.
Aku kutip. Aku buang.

Aku berjalan. Aku nampak bunga.
Aku peduli. Aku mahu bagi dia sekuntum bunga.
Aku berjalan. Aku nampak sampah.
Aku tak peduli. Aku pijak sampah.

Aku berjalan. Aku nampak bunga.
Aku tak peduli.
Aku berjalan. Aku nampak sampah.
Aku tak peduli.

Aku berjalan. aku nampak bunga.
Bunga itu cantik. Udara segar. Subhanallah.
Aku berjalan. Aku nampak sampah.
Sampah siapa? Aku kutip. Aku buang.

Aku terus berjalan.
Aku berjalan terus.
-Ainguzzle-

Scattered


Scattered


There. There and there.
They run away and hide.
I run after and seek.
Think. Think and think.
Pressure gives madness.
Madness is good.
Madness shows the truth.
Human ignores the madness.
Human beings are mad.
Logical and reasonable.
Human feels superior.
Human feels inferior.
Superior is inferior.
Inferior is superior.
Neutral is positive.
Over positive is negative.
Over negative is negative.
Which ‘over-’ is not negative?
Mind believes what eyes see.
Sometimes eyes lie.
Desire and heart create the lie.
Fake.


-Ainguzzle-

Isolation


Isolation


Sometimes,
Isolation peace me.
Isolation hurt me.
Isolation neither nor.
I love you.
Friendship is mysterious.
Let distant it.
But I love you, friends.
I don’t allow you to love me
back though I know you
tried.
I love this way.
if you don’t like it.
Choose apart.
I don’t mind
because I don’t mind
if I’m alone.
I deserve isolation.


-Ainguzzle-

Malaise


Malaise


Malaise
Malcontent
Malediction
He is the man
The man who might think that I’m freaky
The man who is frazzled with me
I fray when I see him
He is my freaky factor
Fraternity
Frame of mind
Fragile
Fractured
Friendship
I want a hideout
Hie there
Loll there
Lollop
Alone
Alive
-Ainguzzle-

Tiresome


Tiresome


weariness,
sleepless a day before
tireness,
restless a week before
happiness,
hardless a month before.
Commitment has many meanings.
One of the meaning is
how to think before going to think.
Yawning again… Almost closing
the lids.
He entered without words.
Dream of Tireness.
Cure me!


-Ainguzzle-

Damn Bad Day

Damn Bad Day

What my sis did really annoy me!
What ‘that person’ did really hurt me!
People say what goes around comes around
What I had let go that caused these to come?
I wish for a better day, tomorrow
I wish for a better laugh, tomorrow
I wish for a better smile, tomorrow
I wish for a better destiny forever
And I believe you will wish the same
Come here, genie
I want only one wish
It will be
I could wish for anything that I want anytime
No matter how many they are
No infinite numbers
No limit of wishes
-Ainguzzle-

THAT MORNING


THAT MORNING


A morning.

The sky,

The birds,

The wind,

The light from the window,

A beginning,

An end,

Cold,

Sneezing,

Sounds of fan,

Sounds of snoring,

Drowning in a dream,

Bad dream,

Sweet dream,

Bad omen,

Good luck,

Butterfly flies,

Nowhere,

Mind goes everywhere,

Stop writing,

Full stop


-Ainguzzle-

POSITIVE THOUGHT


POSITIVE THOUGHT


it was so sad

I was so bad

Really wanting it

but couldn’t get it

Learn to accept

think the concept

Be wise

A small size

life is too short

go to the port

standing straight

Don’t be late

Look at the sea

what will you see

it is the life

Life is precise!


-Ainguzzle-

Hiding-the-Feeling


Hiding-the-Feeling


Exciting feeling,

Pleasure is happy,

Cu-ri-o-si-ty?

Pressure is gloomy,

Worrying thinking,


Smiling while watching,

Watching and hiding

and heart is bumping

and knees are shaking,

Wanting a meeting,

Meeting and knowing,


This is a feeling.

Accidentally,

falling to him.

Loving while hiding.

Intentionally,

growing this feeling,

and anxiously

waiting and hoping…



-Ainguzzle-

STABBED-BACK!


STABBED-BACK!


Thank you for your hatred,

Emotions control my mind,

Emotions and feelings are sacred,

Thank you for your kind,


Rarely you showed you love me,

Seldom you showed you hate me,

Rarely you showed you need me,


I tried to understand you,

I tried to ease myself,

I became confused because of you,

Myself and yourself,


Apologising is an easy thing,

Simple act and says to be done,

Forgiving is an easy thing,

Fake smiles and shake hands were done,

You with your way,

Me with my path,

I wish it is gay,

Before my graduation day,

One thing I need to say,

I don’t want you to pay,

I’ll give you a pray!



-Ainguzzle-

OUT of Your Mind



OUT of Your Mind


Deep and thin,

Imbalanced is immanent

causes I-R-R-I-T-A-T-I-O-N!


I think it is thick,

I’m lost in a thicket,

Air is thick in this thicket,

It becomes thicker

like using thickener into liquid.

No!

Tickling, tickling, tickling,

My ticker grows fonder,

Don’t stop tickle my ticker,

I won’t tick off you,

I want to be a tickety-boo.


I close the lids,

I imagine the dream,

I mumble to myself,

What is this sound?

Inconsistent rhythm?

Immanent!

My mind C-A-N-N-O-T work!


No tickling anymore,

My ticker isn’t satisfy,

Stop tickling my heart,

I want to tick over this,

I ain’t a tickety- boo

because I can’t stand this!


It is 3.00 AM.

I want to stop the damn tick-tock!



-Ainguzzle-

My Friend



My Friend


He said that he is my friend
Befriended with him
Fell in love
No! Looked back
We were friends and will be friends
Today, he’s gone
I know where he is but don’t know who is he
Waiting


-Ainguzzle-